Thursday, August 20, 2015

:: Kisah Panda - Cerita bagaimana Liang Liang melahirkan anaknya ::



Meh kita sambung cerita panda memandangkan Liang Liang baru je melahirkan seekor anak betina. Semalam my brotha balik rumah dengan segeranya kami semua interview dia, mintak dia cerita apa jadi sebenarnya.


this is my brotha


Kalau korang nak tau, Panda bunting tak lama..3 bulan je. Lepas tu bersalinlah. Mula-mula my brotha cakap derang memang dah saspek Liang liang ni preggy tapi masa amik darah for the 1st time dalam bulan 6 yang lepas keputusan makmal tak menunjukkan hormon Liang Liang ni macam dia preggy. Tapi dia menunjukkan gejala macam preggy sebab tak lalu makan dan moody. So, bulan lepas nak amik sekali lagi darah kali ni sample darah tu bawak p UM kalau tak silap. Dua pakar analisa darah tu sorang cakap tak sorang lagi cakap ye Liang Liang preggy.

Di sebabkan nak kompem lagi sekali dalam 2 minggu lepas try nak amik darah Liang Liang lagi, tapi kali ni dia tak nak bagi. Pujuk beriya pun tak nak bagi jugak. Siap merajuk bagai. Panda memang manja dengan penjaganya ok. Hehehehe

So kehidupan pun diteruskan lah, sambil-sambil tu alert je la kalau apa-apa berlaku. Nak di jadikan cerita, 18/8/2015 my brotha masuk ruang pameran waktu tengahari sebab nak bagi makan kat panda-panda berkenaan. Masa tu pengunjung pun tak ramai ada la dalam 3 family.

My brotha dok seru-seru nama Liang Liang panggil dia nak bagi makan tapi dia tak datang-datang, nampak Liang Liang duduk menyorok kat satu sudut ni diam je. Panggil lagi tak toleh pun. My brotha rasa pelik la..apsal tak nak makan nih? Tup-tup dia terdengar satu suara halus nyaring sangat. Ah sudah.......Liang liang beranak ke? Dia pun berlari kat Liang Liang tengok-tengok memang ye ada baby. Kelam kabut dia call boss dia suruh datang cepat sebab Liang Liang dah beranak.

Memang suara anak panda sangat nyaring dan kuat. I tengok video yang my brotha tunjuk. Alaaaaaaaaaaaaahai comelnya. Liang Liang sangat protective terhadap anak dia, anak dia pun sangat manja kalau Liang Liang bergerak sikit nak ke lain amik makan ke apa ke mula la dia bising. Anak dia jenis nak berkepit je kat mama dia. So makanya terpaksa la Liang liang makan bersuap sebab anak tak nak berenggang.





gambar : from my brother's phone


Mesti ada yang terfikir tali pusat segala ke mana? Mak panda makan semua tu.
Anak Panda yang Liang Liang lahirkan adalah betina dan seberat 175gram sahaja! Tapi dia akan cepat membesar. Anak panda ni hanya akan minum susu ibunya SAHAJA. So kalau ada berita cerita cakap nak beli susu anak panda sampai berjuta tu..semua tu BOHONG belaka!

Bila ai tanya my brotha Liang Liang ngan anak dia kena kuarentin kan? Yes, kena kuarentin sampai 2 bulan. So nanti masa cuti sekolah yang panjang akan datang anaknya akan dipamerkan kepada orang ramai - In Sha Allah....



Haaa..my brotha cerita lagi selepas kelahiran tu Liang Liang memang sorok anak dia tak kasik org sentuh atau tengok. Sebenarnya sesiapa yang ada kat ruang pameran waktu tu memang beruntung menyaksikan perkara nih. Yang part kelakarnya penjaga yang dari China tu siap kena kejar ngan Liang Liang waktu dia 'curi' anak Liang Liang. Sebabnya nak bawak p jumpa VET sebab nak timbang segala. Hehehehehe

Kalau korang nak tau jugak dalam banyak-banyak negara kat dunia yg China bagi loan Panda ni, Malaysia la negara pertama yang paling cepat membiakkan Panda. So far, dalam sejarah paling cepat pun nak tunggu panda beranak kat negara lain dalam 5 tahun tu paling cepat dan tak salah ai kat San Diego Zoo. Pihak China pun mintak laporan setiap hari dan setiap jam derang pun nak tau sangat cenggana leh biak dengan cepat Panda kat Malaysia nih.

Fakta yang lain korang kena tau adalah Liang Liang dan Xiang Xiang merupakan Panda yang dilahirkan dalam kandang, dan anaknya pun sama.

Apa lagi ye nak cerita? Rasanya macam tak de yang ai missed kot dari apa yang my brotha cerita semalam. So kalau ada soalan nak tanya leh ajukan nanti ai tanya kat my brotha so ai leh cerita kat uolls pulak k.

Till then....jangan macam-macam, cintailah semua makhluk Allah. Kbai!

p palang s : i dah tanya my bro pasal video tu...SORRY sangat tak leh nak share sebabnya P&C..so sorry ya!


watermark

9 comments:

Athirah Diyana said...

share video plishhhh

Hunny Kitty said...

in sha Allah..kalau my brotha kasi share kena dapat persetujuan dia dulu cos video dia punya

Hunny Kitty said...

in sha Allah..kalau my brotha kasi share kena dapat persetujuan dia dulu cos video dia punya

Azieera TajulRahim said...

Geramnyer tgk Liang Liang ni... pic ank xde ke yunk? nk tengok juga klo ade video die tuh...

Allene typicalmommy said...

ala.. tak dapat tgk ahad ni... sobbb....

Ibu Dilah said...

alahai.. keciknye baby panda tu.. 175g jer ye.. tak padan ngan panda yg jenis besar gitu.. hehe.. x sabar nak tengok dia membesar la.. mesti comel sgt.. nanti anak panda tu akan diserahkan pd china jugak ke? or jadi hak milik malaysia?

Hunny Kitty said...

ibu dilah - anak panda kena pulangkan kepada China lepas 2 tahun

rubiah kadir said...

berapa ek agak2 berat anak si panda tu

Puan Wawa said...

Alahaiii cutenye anak panda... brape bulan bru tumbuh bulu comel tu..

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...