Thursday, December 30, 2010

:: Esok Public HOLIDAY ::


Trimas to PM bagi esok public holiday...



Cuti sebab kita menang suzuki cup after 14 years menunggu ....



.. tapi aku tak EXCITED macam orang lain pon sebab kampeni aku mmg dah bagi cuti awal2 infact kampeni aku sepanjang minggu ni memang dah CUTI.....so...ape agaknya kta HR aku pasal benda nih....hoepfully derang bayar la if derang tak kasik cuti on MONDAY.....hurmmmmm~






anyway!! TAHNIAH Harimau MALAYA!!! aku dah cakap Kucing kan MAKAN Burung!!!

Wednesday, December 29, 2010

:: AFF Suzuki Cup ::


Selepas 14 tahun menunggu...akhirnya




JAKARTA - Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2.

Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam tadi, Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009.

Kecemerlangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama serta jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali pada awal babak kedua menjadi detik pengubah perlawanan malam tadi.

Isu laser yang sering diperbesarkan Indonesia sebelum ini akhirnya terpalit kepada mereka sendiri apabila Khairul Fahmi tiga kali diganggu pancaran laser ke arah mukanya.

Ia bermula apabila Indonesia memperoleh sepakan sudut pertama pada minit kelapan diikuti ketika sepakan percuma pada minit ke-12 dan satu lagi sepakan sudut seminit kemudian.

Namun, Khairul Fahmi membuktikan dirinya tidak selembik penjaga gol Indonesia, Markus Harison yang 'alah' dengan pancaran laser ketika aksi final pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Permainan hampir berubah menjadi milik Indonesia apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-18 setelah bola terkena tangan Sabre Mat Abu ketika berlaku pergelutan di depan pintu gol.


Trimas KOSMO





Tuesday, December 28, 2010

:: AUTOSHOW KARNIVAL USAHAWAN KOPERASI ::




Bertempat di Padang Dobi, depan Padang Sarkas berdekatan dengan Lake Garden Taiping...












Enjoy the pictures!!!
MORE pictures @ My FB!!!!

Sunday, December 26, 2010

:: Autoshow Lake Garden, Taiping ::


Hari ni aku kat Autoshow Lake Garden, Taiping, Perak.
Wish me luck uolls!!!


Gambar di atas bukan ai ok....model abang Rizal.hehehehe..saje je tu nak market kereta!!! buahahahahhahaha!!

Saturday, December 25, 2010

:: Merry Xmas!!! ::




mana santa clos nih?!! aku nak hadiah nih.....dalam 60k kalao ada la...hahahahhahaha

Friday, December 24, 2010

:: Kek Kawen Aku - HELLO KITTY! ::



Kek Perkahwinan adalah salah satu tarikan kat mana mana kenduri kawen!!
as for me yang sangat minat pada HELLO KITTY ni dah ada plan sendiri ..aku nak KEK HELLO KITTY for my wedding nanti!! at least dua tingkat! setingkat pon tak pe asalkan aku nak ada hello kitty tu kat atas kek aku! Pink and White is a MUST!
aku tengah mencarik tukang buat kek yang boleh buat kek ikoot tema aku HELLO KITTY!!!!!
aku skang tgh sebuk mencari org yg sesway.......ada yg sesway tapi tak tau leh buat yang macam aku nak ke tak...



aku tak nak sugar paper hello kitty.....aku nak hello kitty+hello daniel sepasang..tak dapat yg Porcelain yg pelastik pon tak pe.....paling cikai pon yg dari gula...tapi tak nak yg muka cacat or senget benget! nak runner sendirik boleh tapi selama ni jumpa hello kitty je barang DANIEL susah betul nak carik!






aku dah tanya kat seseorang ni dari website nih : http://pinkovencakes.blogspot.com/2010/05/hello-kitty-cake.html

ini hasil kerja tangan dia
v
v
v







tgk macam ni..giler CACAT!!! TAK NAK yang macam ni!

tetibe dapat new IDEA ..kalao sugar paper yg keras letak menegak pon ok what?!! kan?!!
so ada sesapa tahu kat mana nak carik Hello Kitty and Dear Daniel Porcelain Wedding Figurine dekat MALAYSIA??????


Thursday, December 23, 2010

:: Sejuk ::



Hari hari pon hujan...hari hari pon sejuk....haihhh just recover from a bad FLUish week!!! Nasib baik semalam cepat2 pegi beli CLARINASE walaupun harga gila2 nak baik punya pasal..selammm je!!!

Lepas tu ingat nak balik Taiping this saturday naik Tren Inter City...tapi tak jadik cos tren available only at 2200. Lepas tu nak baik bus pulak [padahal dalam hati ni takoot nih]. aku ni dok pikir la nak naik bas ke tak? sebab ikoot hati aku...aku nak drive je - SENANG!

So..aku pun dah amik keputusan untuk naik DADdy je sabtu ni nanti....so masa aku tak de la strict sangat. Walaupon bas banyak kosong lagik SEATnyer.....aku pon jenis tak de hal drive solo!

Hari ahad lak ada otoshow..KureSya awal awal aku dah import p taiping..leh dia siap2 awal..tak de la aku terkejar2 nak setup dia nanti - trimas to my hubby yg sangat memahami!!!!


Wednesday, December 22, 2010

:: Ai mahukan yang INI!!!! ::

Tuesday, December 21, 2010

:: Alhamdulillah...akhirnya ::


Alhamdulillah....baru dapat berita dari Eem....Bunny dapat keluar...skang otw nak pegi endose ape yg patut!! Semoga selamatla hendaknya Bunny~


:: Tertekan ::


Tertekan lak rasanya bila tau keta member kene sita dek Puaka Oren semalam...berita yang menggemparkan seluruh dunia autoshow i guess!!

Baru je jumpa owner hari Ahad lepas kat Autoshow KakiMotor ....hari senin kene cekup lak!! adoi la......~

Sedeh je baca status2 beliau kat FB ...rasa mcm nak join nanges skalik...tgk gambar pon dah ketar..belom kene sebijik!!

Hari ni katanya nak pegi jamin Bunny nyer kuar dari jel..hopefully Allah permudahkan urusan beliau. Amin.......

Nak cakap ape pon skang ni salah....ni lah dia. bak kata abam jai :

Zailani wrote:
"Ni lah masalah negara kita.... suruh rakyat kreatif inovatif.... KBS sokong.... Kmenterian Jalan menharam pulak........ bila kita mohon..permohonan ditolak pulak.... kadangx2 kita sokong acara kerajaan mahu parti politik...... rasa negara luar tak de masalah begini.... kita bayar roadtax bukan nya tak bayar pun........ Adus.... kalau PM main keta baru halal kot..... (UNDANGX2 DUNIA BOLEH UBAH.... YANG TAK BOLEH UBAH AL-QURAN DAN HADIS JE TAK BOLEH UBAH)"


Sokong cakap n kata kata abam jai nih....kalao org buat jenayah rompak rogol isap dadah dah tentu2 la salah besar punya!!! ni ada HOBI elok.....untuk elakkan darit terjebak kat benda2 bukan2 tu pon kene MARAH jugak! dah tu nak suh buat apa lagik??? bagi la kebebasan skit untuk org-org macam kami kami ni nak ada HOBI sendiri..yg takkan EFFEK org lain atau mendatangkan kesan radiasi ke apa ke...at least we have something better to do other than berpeleseran tak tentu hala........hurmmmm tak de ke wakil rakyat ke menteri2 ke nak bela nasib orang orang macam kami nih???????

Monday, December 20, 2010

:: 2011 Autoshow ::

08 Jan 2011 Sabtu Akaido Autoshow di Bkt Jalil
09 Jan 2011 Ahad di Bkt Jalil.
23 Jan 2011 Ahad di UKM (under meeting)

31 Jan 2011 Isnin di Sg Udang Mlk msk free.
07 Feb 2011 Isnin Show Motor, Sg Udang msk free.
14 Feb 2011 Isnin Sg Udang, msk free.
21 Feb 2011 Isnin Sg Udang msk free.
(Kategori Audio 2, 4, Open Woofer & Lighting. Start 7.30 to 10.30mlm.
Program Perasmian Tapak Pasar Malam selama 4 Minggu..)

:: We Are The Champion! ::


Sedikit sedutan AutoShow KakiMotor Shah Alam...

Tahniah kepada semua yang telah menyertai autoshow KakiMotor Shah Alam semalam...kita semua terbaik!!!!!
Alhamdulillah cuaca semalam lazat-lazat aje...hehehhehe

..and termalu kejap aku bila tgk aku sorang je awek yg terkedek3 menonggeng2 setup keta aku semalam..nasib baik HERO aku datang menolong.....lev u la kaseh!!!!! trimas atas sokongan pertolongan dan anda sangat memahami minat cinta anda ini....hik3
























Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...