Sunday, December 12, 2010

:: Semut...Shopping dan NoDaHitam ::

Sabtu.....
Hari yang biasa-biasa aje.banyak tido dari beraktivi dan hidup aku bermula diwaktu malam....
Aku,Semut,Robin,Arepit n Shiroz pegi dinner lepas balik dari KLIMS ......tapi dinner ini adalah dinner paling kontroversi bilamana..si NoDaHitam telah meMSG kepada semut dengan marahnya!
Kenapa?? "Oh..patot la tak pickup saye ni semua sebab pompuan jahat tu kan?!!!!" yeapp POMPUAN JAHAT tu adalah aku!!!
punyalah HAWT STUFF aku ni kan?? menjadi rebutan LELAKI dan PEREMPUAN GILA!
Semut siap tunjuk kat aku lagik MSG tuh....sorry la...semut ni member baik laki aku n member aku. So pepaham sendirik la ye

Semut : I tak penah jumpa dia ok...i tak pernah cakap apa2 kat dia.apsal dia jadik cenggitu??????
Robin : dah makin gila pompuan tu semut...ko kene hati hati
Arepit : dia suruh ko amik dia kat Dengkil ke?? gila jauh! apsal tak suh amik kat JB je?
Shiroz : ada pompuan gila minak kat ko semut? gila la!
Aku : dia kan macam Nora Danish

Semua pandang aku macam tak percaya! Semut terus hentak kepala dia atas meja makan!
Dan perempuan gila tu terus menGGILA kat FB dia...dok maki hamun aku...padahal aku rilex je...update status bunga-bunga.
Dia lak tak benti-benti BITCH BITCH kan aku. So skang ni siapa yang tak WARAS? aku ke dia?!

Dia siap tulis 'tunggulah satu hari nanti selipar jepun aku ni hinggap kat pipi dia'
nak je aku jawap : kelas sangat ke seliapr jepun ko tu? Selipar jepun aku lagik best tau...Tunang aku belikan time tali high heels aku putus..romantik tak?
selipar jepun ko sape belikan?!

Dia tulis lagi : oi bitch! ko tu ada laki ...jaga la laki ko elok2.sebuk nak jaga laki aku kenapa?
nak je aku jawap : ermm...ko ada laki ke? eh ada ke lelaki nak kat ko?! muahahahahahahhaahha

Dia tulis lagi : aku benci la tgk muka ko bitch! boleh tak ko blah dari hidup aku?
nak je aku jawap : ko tu yg patut blah semua-semua yg ko add tu kawan aku yg aku dah kenal sejak ko tak habis skolah lagik la

Dia tulis lagi : apasal ko suka sibuk dalam hidup aku? apsal kat mana ada aku mesti ada ko?
nak je aku jawap : ko ni dah meroyan nih....nampak aku kat mana-mana je nih. hidup dalam bayangan aku ke?

dan banyak lagi la dia tulis...aku ni lak datang penyakit nak nyakat aku. aku amik la gambar waktu DINNER kami tuh..letak dalam FB n tagged semua org terutama SEMUT!
apa lagik makin naik angin la dia...sudahnya aku dituduh PERAMPAS!
GILA? aku nak rampas member aku sendirik dah jadik bodoh ke dia tu??????

Puan Nane kat opis aku ni cakap...POMPUAN tu dah sewel n sangat DESPARATE!

Hari ahad pon hari kontroversi bila Semut n the gang keluar shopping ngan aku!
Sekali lagi hamukkan berlaku........dan aku..senyum je la...dan bergelak-gelak sampai tengah malam akibat mengomen gambar2 aktiviti hujung minggu kami semua..


sekian. Trima Kacip

ikhlas,


No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post