Monday, January 18, 2016

:: Doa buat Arwah Abang Iwan ::







Al-Fatihah~
Tak sangka keceriaan abang Iwan akhir-akhir ni berakhir dengan tragedi. Apabila beliau meninggal sewaktu dalam perjalanan ke Machang. Beliau dan kawan beliau berangkat ke Machang pada tengah malam Sabtu lepas, tugasnya membawa/towing lori sawit yang rosak. Sampai di pertengahan jalan, towing beliau pula rosak, jadi beliau cuba membaiki sendiri lori beliau sementara kawan beliau tadi menjaga bahagian belakang lori. Malang tidak berbau bila ada satu treler datang dan merempuh mereka semua. Abang Iwan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di bahagian kaki dan kepala. Kawan abang Iwan pula cedera parah.

Terkejut kami sekeluarga mendengar berita itu pagi Sabtu lepas. Abang Iwan minggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki.

Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan mereka yang soleh. Amin~

watermark

2 comments:

  1. al fatihah untuk abang iwan..
    semoga Allah mencucuri rahmat..

    Semoga family abang iwan tabah..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post