Monday, January 25, 2016

:: Bayi Pramatang - Penjagaan Khas ::


Adakah bayi pramatang memerlukan penjagaan khas?

Keperluan penjagaan bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang seseorang bayi.

Penjagaan am adalah diperlukan untuk semua bayi pramatang:

·                     Mengawal suhu badan
o                  Perlu dirawat di dalam inkubator atau di bawah pemanas radian/warmer
·                     Memeriksa tahap gula dalam badan
o                  Untuk mengesan dan merawat tahap gula sama ada tinggi atau rendah.
·                     Pembekalan Nutrisi
o                  Bayi yang hampir matang iaitu melebihi 35 minggu yang mana dalam keadaan sihat selalunya boleh diberi penyusuan ibu secara eksklusif. Untuk bayi yang lebih pramatang selalunya memerlukan susu formula sebagai tambahan pada peringkat awal umurnya.
·                     Mengelakkan dari jangkitan
o                  Mencuci tangan adalah perkara asas yang penting sebelum dan selepas merawat bayi. Ini sangat penting sebabnya anda atau sesapa yang ingin menyentuhnya perlu berada dalam keadaan sentiasa bersih. Ciuman adalah dilarang sama sekali!

Rawatan khas bergantung kepada keadaan bayi dan komplikasi yang dialami. Contohnya :

·                     Ventilasi dan rawatan serakan terapi untuk masalah pernafasan.
·                     Pemantauan yang rapi untuk bayi yang menerima oksigen terapi.
·                     Pemberian cairan dan elektrolit untuk bayi yang tidak sihat.
·                     Parenteral nutrisi (Nutrisi yang diberi terus ke dalam saluran darah) diberi kepada bayi yang tidak boleh menerima susu melalui usus. Perahan susu badan atau susu formula selalunya diberi melalui tube orogastrik kepada bayi pramatang yang mana boleh menerima susu secara enteral.
·                     Antibiotik diberi sekiranya disyaki atau pasti ada jangkitan.
·                     Ultrabunyi dilakukan pada otak untuk mengesan dan merawat perdarahan dalam otak atau lain-lain yang tidak normal.
·                     Saringan untuk penyakit retina (rop) mata,rawatan laser atau terapi crayo akan diberi pada bayi yang mempunyai masalah mata yang serius.
·                     Bayi yang mempunyai penyakit paru-paru yang kronik dan boleh dirawat di rumah, bekalan oksigen perlu disediakan di rumah.


Baru-baru ini ai follow up Bidadari di HKL, ai sempat bertanya pada doctor yang bertugas tentang anak pramatang dan penerbangan. Menurut doctor seeloknya dielakkan sehingga Bidadari lebih dari 6 bulan. Enviroment airport/dalam kapal terbang mungkin tidak sesuai untuk anak seperti Bidadari. Kerana ada risiko terdedah pada mereka-mereka yang tidak sihat.


Pemulihan adalah aspek yang penting dalam rawatan?

Semasa discaj nasihat berkaitan perlu diberikan:

·                     Perlu meneruskan apa sahaja ubatan yang diberi termasuklah vitamin dan zat besi.
·                     Pemakanan yang diperlukan oleh bayi. Kesabaran adalah diperlukan dalam memberi penyusuan kepada bayi pramatang. Mereka selalunya lambat dalam menghisap susu. Susu badan adalah yang paling baik tetapi jika menggunakan susu formula hendaklah menggunakan susu formula pramatang untuk memastikan nutrisi yang diberi menepati tahap maksima pada bayi pramatang.
·                     Mengikut jadual pelalian yang rutin untuk kanak-kanak.
·                     Menjauhkan tempat yang sesak untuk mengelakkan kanak-kanak mendapat jangkitan seperti batuk atau selesema.
Temu janji untuk bayi pramatang (<32 minggu) adalah penting:

·                     Untuk menilai tahap pertumbuhan dan perkembangan.
·                     Merawat komplikasi.
Sesetengah kanak-kanak akan memerlukan:

·                     Fisioterapi,terapi cara kerja dan lain-lain terapi.

·                     Pendidikan khas

watermark

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...