Wednesday, March 11, 2015

:: Part 6 - Backpacking dengan anak kecil Kuala Lumpur - Suratthani- Koh Samui::

Bangun je pagi, macam selalu yang kami buat, kami akan amik angin pagi. Pantai Lamai ni lebih bersih dari Chaweng. Serius, pemandangan juga lebih cantik. Mungkin kerana kawasannya sedikit ke arah perkampungan.



Kami breakfast dekat cafe hotel je. Lepas breakfast, basah2kan diri pool. Kitaorang terus keluar berjalan-jalan sekitar Lamai. Viewpoint, Hinta & Hinyai (Grandmother's & Grandfather's Rock).



Terasa tak puas sebenarnya duduk di Lamai, kami dah kena ke Suratthani. Lamai sangat cantik dan damai bagi ai...terasa rugi tak bermalam 3 hari! Hahhahahahhaa~

Dari Coconut Beach kami di jemput oleh agent ke jeti untuk ke Suratthani. Memandangkan tiket semua dah beli so tak de problem la.

Sampai di Suratthani, agent untuk hantar kami ke Hotel MyPlace dan pun menunggu. Tapi rupanya dia tak hantar sampai hotel pun. Dia hantar sampai opis dia je..lepas tu dari opis agent kami naik tuk-tuk ke hotel. Kami sampai jam lebih kurang 1730. Tapi kami tengok Bandar Sratthani macam dah nak CLOSE! Sunyi.......

Sampai di hotel kami di welcome dengan sangat 'warm' siap bagi peta bandar dan tunjuk mana tempat menarik yang kami boleh pegi.

Mujur hotel yang ai book ni dekat dengan semua tempat..walking distance semuanya. Tapi pepaham la walaupun walking distance tapi agak penat sebab kena berganti2 dukung Mimi.Ni lagi saru nak cerita. Bandar Suratthani bukan tempat Halal friendly food! Kami terpaksa mengekori student2 yang muslim di pasar malam. Kat mana derang berhenti beli makan kat situ la kami makan. Dan akhirnya malam tu kami cuma jamah meehoon goreng dan cocok-cocok. Oklah dari tak de.



Kepada peminat Hello Kitty, kat Suratthani ada banyak kedai Hello Kitty ye...leh la datang tengok2...hehehhehehe..



Suratthani lepas kul 2200..dah tak de apa yang korang boleh tengok...hiburan pun kurang ada...so TIDO je la... :P


Night-night. Bersambung.

***********************************************
Cenderahati = RM10
Minyak Motor = RM 8
Tuk-Tuk = RM2
Hotel MyPlace via AirAsiaGo = RM60
Dinner = RM15

Total = RM95

watermark

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

cantiknya tempat itu...

Maria Firdz said...

Seronoknya jenjalan...
Saya datang ziarah, baca entry dan follow...
Moga diberkati dan dirahmati Allah selalu... :-)

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...