Friday, March 6, 2015

:: Part 3 - Backpacking dengan anak kecil Kuala Lumpur - Suratthani- Koh Samui::


Haaaa.....sambung dari cerita semalam.
Kami tunggu Mini Van dalam 15 minit. Duduk depan sekali tu.....bukan nak kata apa la. Pengalaman naik mini van dari jetty ni banyak mengajar ai tentang betapa berbezanya budaya dan kesopanan orang Malaysia dengan negara lain.

Bayangkan time nak naik van, ai tengah dukung mimi depan pintu van..tak de siapa yang bagi ai laluan naik dulu..siap ditolak ke tepi adalah. Sampai isi tengah van penuh tak de sapa offer ai duduk, sampai la pemandu can suh ai ngan incik pinky duduk depan aje dengan dia.



tapi untung la leh tengok perjalanan. Jalan sempit tengok teknik cilok mencilok van sebesar hi-Ace mencelah hahahhahaha~



Sampai di Chaweng pun dah dekat Maghrib, senja dah....kami disambut mesra oleh penyambut tetamu yang membawa kami terus ke bilik. Nanti ai buat review berasingan tentang hotel nih.

Disebabkan dah penat dengan perjalanan yang jauh......lepas berehat sebentar kami amik keputusan nak berjalan-jalan sekitar Chaweng dan sekali lagi perjalanan kaki kami mencabar bila terpaksa berjalan jauh mencari kedai makanan halal. Padahal tak jauh pun tapi salah lorong!


Restoran FarEast, satu2nya kedai orang Pattani dekat Chaweng yang menyediakan makanan halal yang sedap. Kena dengan tekak orang Malaysia. Ai memang try elak makan dekat kedai Arab ataupun India yang harganya MAHAL!


Bersambung lagi sebab dah penat.....

*************************
B2 @Samui 2 night = RM160 (booking via booking.com)
Dinner = RM40

Total = RM200
watermark

1 comment:

nurul harnani said...

CEPAT SAMBUNG sebab nak baca next review. hihi :)

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...