Monday, March 9, 2015

:: Part 4 - Backpacking dengan anak kecil Kuala Lumpur - Suratthani- Koh Samui::


Besoknya seawal kul 0645 kami sudah dijemput oleh agent/pemandu mini van pergi ke jeti untuk aktiviti island hopping. Mujur Mimi dengan sukarela bangun tak macam selalu jenuh kejut lepas mengamuk baru segar mata. Mungkin dia pun sama-sama excited kot!



jeti ke Koh Phangan/Koh Tao tak jauh dengan Big Buddha. Tetapi perjalanan dari hotel ke jeti dalam 20 minit jugak la.

Menggunakan perkhidmatan/pakej yang kami dah beli awal-awal lagi semuanya melegakan hati, sampai jeti check in...dapat ribbon khas. Sarapan pagi semua dah disediakan atas ferry. Tapi....perjalanan dari jeti ke Koh Tao pula lebih kurang 2 jam! Tapi selesa la sebab ada coach aircond.


Dalam ferry ni jugak ada cafe..so jangan risau. Ingat..baca label sebelum membeli makanan!


Sampai di koh Tao kena tukar kepada bot lain pula.
Dari Koh Tao ke Nangyuan pulak amik masa dalam 30 minit macam tu...penat ke tak penat?? Mimi dari bangun-tidur-bangun tak sampey-sampey...hehehhehehehe


Sampai pulak di Koh Nangyuan kena naik bot kecil pula sebab bot besar tak dibenarkan masuk, takut coral rosak!
Tukar je bot amik masa 2-3 minit nak sampai jeti.......Seronok tak terkata Mimi sebab angin kuat menerpa muka dia.


Dekat sini korang tak dibenarkan pakai FIN!
Makan minum semua ada atas pulau, tapi harga agak mahal.
Tempat duduk berpayung juga adalah untuk sewaan berharga THB150 untuk sepasang tempat duduk.







Di sini kami snorkeling dan jangan risau makanan tengahari provided tapi bukan di pulau sebaliknya atas bot besar. Makanan HALAL! Don't worry.




Untuk mereka yang nak amik pakej berasingan ke Koh Nangyuan, satu kepala biasanya akan dikenakan THB1500.









Lepas dari beraktiviti selama 1 jam 30 minit di Nangyuan....kami ke area sairee beach/mae haad bay..
di sana airnya lebih dalam dan coralnya lebih cantik dan elok. Di sini andai ada yang berhajat nak amik lesen scuba leh la register dengan diver professional. Sebab dekat sini la newbie berscuba!







Bersambung............sorry banyak pulak episod!


*************************
Sewa khemah = RM15

Total = RM15




watermark

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...