Thursday, March 5, 2015

:: Part 2 - Backpacking dengan anak kecil Kuala Lumpur - Suratthani- Koh Samui::


Perjalanan dari Airport Suratthani ke jeti Donsak mengambil masa lebih kurang 1jam-1jam 30 minit.
Sepanjang perjalanan korang tak mungkin la boring kalau korang jenis suka tengok alam sekitar.
As for me ai suka tengok keindahan dunia modifikasi pickup truck derang hahahahhahaha....







Dalam bus Mimi dah start tak  nak duduk diam. Dah boring agaknya sampai ai terpaksa paksa dia menyusu untuk bagi dia diam sambil dia tengok movie fav dia.
Kalau tak dicontrol....mau dia lari keliling bas!

Sampai sahaja di jetty terus check in. Dan masuk ke passenger entrance. Luas ferrynya dan yang best segala kontena lori besar bas semua boleh masuk tak macam ferry penang.



Perjalanan dari Donsak ke Samui lebih kurang 1 jam 30 minit.
Cuaca bulan February memang superb. Atas ferry tu tak de orang Malaysia kecuali kami bertiga.
Tandas,cafe, bilik berhawa dingin semua ada katas ferry  ni so tak de masalah kalau lapar, nak buang air atau nak tempat duduk selesa.


Cuma perlu di ingat time beli makanan, sila baca label terlebih dahulu. Pepaham la kita bukan di tanah sendiri.




Sampai sahaja di Jetty Samui a.k.a Nanthon, kami check out dan berjalan kaki ke tempat menunggu hotel transfer. 




Mujur dah beli siap-siap tak yah la nak bertanya sana-sini. Tapi kalau nak ikutkan rate standard satu orang memang akan dikenakan bayaran THB 200 dari jeti ke hotel sekitar Samui.


Untuk hari pertama kami memilih untuk menginap di B2@Samui.
Perjalanan dari Nanthon ke Chaweng di mana terletaknya B2@Samui adalah 20 minit.

Bersambung lagi......................


watermark

2 comments:

Mawardi Yunus said...

Nice sharing bro.

Hunny Kitty said...

huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..i bukan BRO.. T_T

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...