Saturday, February 20, 2010

:: Secangkir Teh ... Sepotong Sandwic - Pt 2 ::

"Kamu tak cam muka saya ke?" dia tanya lagi
"Erkkk.........." aku masih lagi rasa nak pengsan
Apa gurdian angel aku buat kat sini??? Apsal muka dia dalam gambar lain dari kat luar?
"Kamu lupa? Kamu tadi bagitau kat saya kamu kat mana? Saya risau ... saya tak nak kamu sorang sorang kat sini. Jadi saya datang la. Rumah saya 30minit je dari sini"
Aku masih lagi kaget sebab aku terlupa yang aku ada bagitau dia aku nak ke mana. Tak sangka pulak mamat berkacamata ni adalah Guardian Angel aku yang nampak SUPER NERD/GEEK dalam gambar tapi kat luar lain pulak!!!!!
"Saya belikan kamu sandwic..kamu belum makan kan??" Dia senyum.
"Kenapa kamu sanggup datang sini untuk saya?"
"erm.........................." dia diam. Muka dia merah. Dia pandang tempat lain.
"Kamu makan ye...nanti perut kamu masuk angin" dia tolak bungkusan sandwic tadi pada aku.
Lepas berHi-Tea ...
"saya nak bawak kamu jalan jalan. Tak kamu sedih sedih dah...kita pegi makan sundea ye...."
Aku diam. Sedang mentafsir apa yang sedang berlaku.
Petang itu angin dingin mula bertiup. Boleh tahan bendul lawak mamat nih. Aku akui aku happy sangat sangat!
Dia bawak aku jalan sana sini. Belikan aku itu ini.
Last last sampai malam kami berjalan jalan.
"Rasa macam tak nak bagi kamu balik je" katanya sambil mengiringi aku ke kereta aku
"Kenapa?"
"Ermmm.....tak de ape ape la....kamu tunggu sekejap ye.." dia berjalan menuju ke arah keretanya
"Ni untuk kamu...." dia menghulurkan sejambak bunga dan sebuah patung gebu hello kitty yang separa saiz aku.
Reaksi aku?? Mejerit la....apa lagi! Aku mana leh tengok hello kitty!!!!!
Dan oppsssss....aku terpeluk Incik Pinky (bak kata Vin) sebab aku terlampau xcited!
"Kamu tau....?? Saya suka kat kamu....." dia pandang aku
"Erm...."
"Saya sayang kat kamu lebih dari kamu tau.....dah lama saya simpan. Saya tak faham kenepa Mr Kitty kene buat kat kamu macam nih..look at you....you are a nice person.
Orang sepatutnya hargai kamu. Saya nak jaga kamu....boleh?"
Aku telan air liur berkali kali...
Apekah????




-Bersambung-

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...