Thursday, August 24, 2017

:: ZZ Sup Tulang, Johor ::


Assalamualaikum & Hi

Ini lagi satu cerita makan. Lama sungguh tak ke mari rasanya dekat 3 tahun kalau tak dulu tiap=tiap bulan datang makan kat ZZ nih.

Ai ni adalah peminat no satu mee rebus tulang & ayam beserta BANDUNG SODA kat ZZ ni. Tak de sapa dapat melawannya.

Cara nak ke sini mudah sangat-sangat. Kalau korang lalu depan Hospital Sultanah Aminah, jalan terus je nanti jumpa dataran, himpit kiri, nanti belok kiri...dari jauh nampak KFC kat trafik light make sure himpit kanan. Trafik light masuk je kanan lagi...jalan terussssss je sampai jumpa kubur, then nampak terowong masuk terowong jalan terus, jumpalah ZZ sup tulang nih.



Dari zaman ai berjinak-jinak dengan ZZ mula tahun 2005 sampai sekarang tak banyak berubah termasuklah rasa kuah mee rebus dan jugak rasa air bandung sodanya.



Speechless. Tu je leh kata sebab setiap kali pergi tak pernah ketinggalan bungkus bawak balik KL confirm lebih 5 bungkus!



So korang try la pegi ye kalau korang ke Johor.







watermark

1 comment:

Amanda Suria said...

Terus terliur..bagai terasa- terasa ha...SA pun suka mee rebus...

Top Post