Wednesday, August 23, 2017

:: Seram - Budak Dalam Tandas ::




Assalamualaikum & Hi,
Ni nak cerita sikit bukan pengalaman ai tapi pengalaman adik ai. Dulu dia kerja posmen tapi dah berhenti sebab dapat kerja dekat salah satu institusi perubatan yang terkemuka kat Malaysia ni.

Sebenarnya kalau nak ikut banyak betul cerita pengalaman dia sejak 4 bulan dia kerja kat sana. Tapi ni cerita paling terbaru - semalam dia cerita.

"Opis" Adik berdekatan dengan bilik mayat. Kejadian semalam tu tak de la jadi kat bilik mayat tu, sebaliknya dalam tandas. Waktu dah nak Maghrib semua orang dah nak balik termasuk adik la. Sebelum balik nak la singgah tandas. Dia ngan member dia masuk tandas buat macam biasa. Sampai dalam tandas nampak sorang budak kecik tengah main paip air. Derang berdua nampak ye budak yang sama - tapi nampak bahagian belakang je la.



Rules yang derang sendiri tahu - JANGAN TEGUR! Sambil main paip sambil ketawa budak tu. Lastly derang pandang sesama sendiri, tak cakap banyak terus beredar la dari dalam tandas. Waktu nak keluar tu makin kuat pulak budak ni ketawa..apa agi jalan laju-laju la. Balik!

Kat area tu dulu kata Adik adalah wad kanak-kanak. Tapi wad sekarang dak tukar ke tempat lain. Anak siapa la tu ye agaknya. Heheheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee


p palang s : Next nanti kita share cerita lain pulak ye

watermark

4 comments:

blasahje said...

haha... cabut!!!!!!!!!!!!!

Amanda Suria said...

sib baik akak baca time pagi...kalau baca time overtime petang..confirm angkat bag terus balik

Yana MIB said...

huii mujur dtg berdua..adoii seramm

Hunny Kitty said...

blasahje : mmg cabut laaaaa

Amanda : vce baca balik malam sikit jap lagi

Yana : berdua pun kecut...kalau sorang tak tahu la apa jadi adik kata mmg nampak jelas betul budak tu bukan bayang2

Top Post