Monday, August 21, 2017

:: Kacang Pool Haji - Larkin ::

Assalamualaikum & Hi,


Setelah hampir 5 tahun x merasa kacang pool haji (dulu masa ulang alik jb memang tak pernah la tinggal kacang pool haji ni). Trip ke jb kali ni memang ai x sia-siakan. Dengan penuh semangat pagi ahad tu ai ajak incik pinky singgah kacang pool haji. Jujur, tak ada resepi so far yang dapat lawan rasa kacang pool Haji ni.







Terletak berhampiran dengan Balai Bomba Larkin, kalau sesiapa yang tak biasa dengan jalan ni mesti terlajak sebab food court terletaknya gerai kacang pool ni terlindung dek pokok. Tapi..waze kan ada!
Orang kata rezeki tu tak pernah salah alamat. Sebaik saja ai selesai makan tetibe ai nampak seorang yg macam ai kenal sedang mop lantai. Terus ai cakap kat incik pinky "eh....tuan haji ada kat sini la hari ni." - dalam hati dah excited.



"Siapa?" Balas incik pinky
"Tuan haji la..owner kacang pool. Tuuuu haa tengah mop lantai, siap p hantar order lak" - incik pinky toleh belakang
"Jap lagi nak amik gambar la ngan Tuan Haji...''
Kebetulan..tuan haji lalu tepi meja kami. Terus ai tegur. Mintak izin amik gambar. Tergelak kecil beliau.
"Saya biasa dah..hahaha" katanya

Tak sangka tuan haji ni..ramah betul orangnya. Cerita,bagi tips, sembang² macam dah lama kenal!
Sempatlah bagitahu beliau yang ai memang minat kacang pool dia. Sebab tak jumpa lagi yang boleh lawan resepi dia so far.





Haaa..kalau korang nak tahu Tuan Haji ni dah meniaga lebih 20 tahun. Dia memang suka masak dan suka menjahit.

Dan dia pesan untuk orang yang duduk kl dengan selangor dia ada cawangan dekat putrajaya. Tentang rasa? Jamgan bimbang..dijamin sama katanya.


Dah la dapat makan kacang pool dapat jumpa dan sembang dengan owner. Haaa..gumbira tau.
Rasanya? Masih lagi sama macam pertama kali ai rasa kacang pool haji ni tahun 2002 dulu.


So..korang yang pernah makan kacang pool, tapi tak pernah cuba rasa kacang pool Haji ni..silalah rasa kat Putrajaya kalau korang dekat ngan Putrajaya or kalau korang je JB, jemputlah datang ke gerai Kacang Pool Haji memang highly recommend.

1 comment:

InaYusoff said...

hehe..
kacang pool ni selalu join event kami..

MAHA setiap dua tahun sekali ada je kacang pool ni hunny..

Top Post