Thursday, March 21, 2013

:: Misteri - Ada Pocong Atas Rumah! ::



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasanya dah lama sangat ai tak cerita tentang cerita yang agak seram kat uolls kan?
Apa yang ai nak cerita lepas ni pun tak de la seram mana. Tapi boleh dikategorikan sebagai MISTERI jugak la.

17/03/2013 - ewahhh....lebih kurang pukul 0330 ai terjaga dari tidur sebab Mimi merengek2 sebab selsema dia tak berapa nak baik lagik. Terbatuk pulak ngan nak susu. So ai pun bangun dan alih kedudukan tidur dia.

Seraya dengan itu (hah! ayat karangan SPM nih)..ai terdengar bunyi yang bising ..amat bising atas bumbung bilik ai. Bising sangat tak macam yang ai pernah dengar. Dulu ai selalu dengar bunyi orang menyapu atas siling. Yang ni nak kata bunyi kucing nagh kejar tikus pun tak rasanya. Bunyi macam 'dum..! dummm!....serrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr' kadang2 jelas kadang2 kurang jelas.

ai biarkan aje asalkan Mimi tak berjaga nagis2 sudah. Kebetulan tak lama lepas tu ai terdengar adik ai ketuk2 pintu bilik kakak dia yang sorang lagi. Kuat lak tu...kalau Mimi tak leh tidur la time tu memang makan maki la adik ai yang sorang tu. Mujur Mimi tidur semula.

Lepas tu pulak Incik Pinky lak 'eh..honey....honey...bunyi apa tu?" dia berbisik. Ai cakap 'jangan tegur..tidur aje la'. Incik Pinky ni bukan boleh cakap benda-benda pelik sikit kat dia jap lagik dia yang freak out!

Dan bunyi tu terus mengganggu tidur ai tapi last-last terlelap jugak sebab mengantuk sangat!

18/03/2013 -

Ai balik dari kerja my sis terus datang kat ai dan bertanya 'Akak dengar tak bunyi bising malam tadi?'
"dengarlah kenapa?"
"adik ngan wan tak boleh tidur kot..sampai pukul 5pagi bising!"
"Eh ye ke?"
"adik wan takut betul malam tadi, katanya pocong!"
"Hah?! Pocong?!
"Betul kak..kalau pontianak mesti la mengilai-ngilai, dah la sebelum tu dalam pukul 1 adik atip dengar bunyi orang dok mendengus2 tepi tingkap bilik dia. Dia tegur benda tu gelak"<br />
"Makk aiii..dah lama tak de. Datang balik ke?" ai cakap la kat adik ai, ye la ai ni ada anak kecik kottt.
"Baby kat sebelah ni dah menangis meraung-raung sampai pagi, akak takkan tak dengar?"
"Betul...tak dengar, yang dengar bunyi bising atas bumbung je"
"Menjerit2 anak cikgu sebelah ni menangis sampai nak ke subuh. Adik tunggu dengar je kot-kot mimi pun nak nangis tapi tak de pulak. Dah la bunyi lompat-lompat..bising sangat..kejap bunyi atas bilik akak, lepas tu bilik adik, lepas tu atas bumbung rumah cikgu...lama-lama hilang lepas tu ada balik..takkan kucing ke musang ke kan?"
"Hurmm....kalau aku ni tak de anak kecik, aku sendiri keluar temgok tu. Mana tau pencuri ke apa ke.."
"Abang kata tah tah orang minyak tak?"
"Mana la aku tau...ce tgk malam ni ada lagi ke tak. Sesat ke orang punya ke..apa2 je la benda tu. Kita tak tau"
"Ayah cakap kat wan apsal tak kejut ayah? Ayah nak p jenguk-jenguk"

Perbualan ni tak habis di situ, ai kemudian pegi bersembang ngan ayah ai...ayah ai cakap suspek 'benda' tu macam ada sebab dah banyak kali orang nampak dekat ngan garaj ai parking kureSya. Oh...tak nak tuduh-tuduhla!<br />

Jom kita sedekahkan Al-Fatihah pada yang berkenaan ye. Al-Fatihah...


  • p palang s : mujur malam tadi tak de benda bising berbunyi. Ai tunggu jugak sebab ai ni tiap2 malam akan terjaga waktu yang sama oi.....

  • patut la my last brotha dah tak tidur kat pondok luar dengan kawan-kawan dia...mesti dah 'kena' lagi ni cuma tak bercerita...hurmmmmmm
  • teringat jugak yang my SIL ada pernah nampak pocong atas bumbung rumah mak usu ai...hayyaaaa

CAK!!! kata pok cik gugel..hehehehehehe






6 comments:

FARYN said...

aku rasa mimi dah tak heran bunyi2 camtu.. hahahaa

Renee Meow said...

perghhhhhhh.....scarynyerrr...

ALoNa CintamaniszLite said...

malaikat lindung mimi...alhamdulillah.

Akak dh tgk kureSYA hang kat dlm filem tu, hehe...tgk online aje. Lawak jgk ayat kamal adli utk skrip dlm kete tu, hehe..

jaakechik said...

pocong?? alamak nasib baik tak terjah kesini tetengah mlm, kalo x mahunya mencicit lariii...heeee!

jaakechik said...

pocong?? alamak nasib baik tak terjah kesini tetengah mlm, kalo x mahunya mencicit lariii...heeee!

jaakechik said...

tengkiu singgah komen di blog jaa td, btw done follow u...

www.jaakechik.com

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...