Friday, March 29, 2013

:: Doa Terhindar Dari Kemiskinan ::


Kekadang kan ai terfikir cenggana la kehidupan orang yang tak berapa nak ada EVERYTHING nih. Susah payah derang tambah lagi kalau ada anak kecik.
Kereta tak de, motor tak de kerja pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Terpaksa bawak anak kecik pegi kerja sekali tak kisah la tengah panas ke hujan ke. T_T
Kekadang bila ternampak orang jalan kaki dukung anak kecik bawah terik matahari buat ai terfikir, kesian pun ada.
Kalau di tanya, YES - ai pernah try dukung mimi dan berjalan kaki dari rumah ai ke rumah baby sitter sejauh 2.2km semata-mata konon nak menginsafkan diri sendiri atas kekurangan orang lain dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Seronok jugak jalan pagi-pagi macam tu dengan angin sejuk dukung mimi, yang best mimi pulak macam seronok je dapat jalan kaki ngan mama dia. Selalu dalam kereta tak nak duduk diam, nak membebel2 je kali ni bila mama dia dukung dia sambil jalan kaki jauh-jauh macam tu kena lintas jalan bagai dia leh lak behave and suka. Aik? Macam nak suruh mama jalan kaki hari2 je pegi balik nih (sambil membayangkan diri kurus macam Mama Aisya! Hehehehhehee)
Ai pernah nampak seorang mak tengah jalan kaki kat tepi jalan raya bawak anak kecik-kecik dalam 3 orang - tak tau la nak pegi mana. Terfikir jugak mana suami dia?
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku juga berlindung denganMu daripada seksaan azab kubur. Senungguhnya tiada Tuhan selain Engkau..amin.



No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...