Assalamualaikum & Hi uolls,
Meh ikut ai, kali ni ai nak kenalkan uolls dengan satu tempat baru yang 2-3 menjak ni dok lalu kat timeline ai kat FB nun.
Ai dok cerita kat Incik Pinky ada satu tempat makan baru dekat area rumah tapi tak pernah nampak pulak dari highway Taman Samudera. Nak di jadikan cerita ada satu malam ni kitaorang nak bawak Mimi pegi klinik, lepas dari tu plan nak cuci selimut segala la. Dok fikir kat area Batu Caves a.k.a Giant tu mana ada laundry. Hurm.......dok teringat kedai makan yang dok lalu kat FB tu, still tak dapat nak tangkap kedai dia kat mana. So, Incik Pinky pun cakap la..jom je la kita usha kat lot kedai kat tepi Giant tu.
Sebaik sahaja dia masuk kanan...terus terjerit. "HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA..sini rupanya kedai makan laundry tu...!!!"
Incik Pinky blur-blur. Terus cakap kat dia. Ni la dia kedai makan yang ada laundry. Jom try makan sambil cuci-cuci kat sini. Dia pun cakap ON!
Ok..kedainya nama WASHOUT. Senang je nak cari, kalau korang tahu mana GIANT Batu Caves, korang mesti jumpa kedai ni. KEdai ni terletak dalam deretan lot perniagaan yang ada CIC,Bahrulmazi,Domino's yang sebelah Giant tu.
Kami pun masuk, kedai tak ramai orang malam tu senang je nak dapat meja. Dalam hati teringin nak makan yang sedulang penuh macam dalam FB tu tapi ..datangnya 2 adult 2 kids. So, order je COUPLE set yang mana tetap jugak banyak tu.
Sementara tunggu order sampai, p buat apa yang patut kat laundry yang letaknya betul2 kat bahagian belakang kedai. Selesa juga sebab kalau tak nak makan nak berLaundry je memang ada kerusi meja segala.
Bila makan sampai, ai agak seronok tengok presentation yang sedap mata memandang. Rasa pulak? Memang tak menghampakan! Yang ai tahu Bidadari sangat suka coleslow dia sebab dia makan sampai habis tak berhenti!
Chicken grill, lamb chop = SUPERB!
Steak = boleh la tapi agak liat
Blackpepper sauce = Marvellous!
Bun = gebu gebest!
Air Milo = Hoi!! Air milo korang memang kaw likat pekat sampai ai terpaksa order tambah lagi!
Kebersihan = tip top!
Layanan = Mesra senyuman sepanjang masa
Harga = kena gaya
Sepanjang pemerhatian ai, ai tahu pemilik kedai adalah orang yang 'berseni'. Mural lukis sendiri, conteng sana-sini. Ai suka!.
Meja kerusi fully dari kayu most of it dan mungkin kayu-kayu terbuang, meja sekolah yang dah tak pakai, pintu bilik pintu rumah yang di buat meja. (heheheheh ai suka konsep ni)
Yang penting ai akan repeat lagi datang bawak tentera ai sebab nak makan monster dulang tu punya pasal!
See you again WASHOUT!
I'll be back! Muahahahahahaha
Boleh la korang follow IG,FB WASHOUT ni ye~
Wahhh kedai dia cantik laaaa. Best, sambil basuh baju boleh lepak makan. Hehehe
ReplyDeletePekerja tak ramai. Sorang aje. Org yg sama amik oder dan hantar makanan. Kesian tgk dia terkejar2..
ReplyDeletePekerja tak ramai. Sorang aje. Org yg sama amik oder dan hantar makanan. Kesian tgk dia terkejar2..
ReplyDeletejangan lupa try nanti @sayaiday
ReplyDelete@bob .. tapi dia cuba adhere service dia untuk serve customer secepat mungkin
ReplyDelete