Monday, April 3, 2017

:: TRAVELOKA - Senang je nak melancong ::

Hai semua!

Korang kalau melancong style macamana? Terjah je ke? Atur satu per satu jadual melancong korang?
Kalau macam ai, ai ai akan buat research terlebih dahulu dah kemudian pilih cara perjalanan yang paling sesuai serta tempat tinggal yang selesa – maklumla dah tak bujang lagi.

Tak kira la dengan menggunakan jalan darat, udara atau air. Mimi, anak ai yang nombor 1 tu dari umur 4 bulan dah ikut mama pergi travel!
Pasal penginapan atau tiket flight? Jangan risau, bila kita BIJAK memilih dan membuat keputusan dan pilihan, kita 'MENANG'!

Eh, korang tahu tak sekarang ni ada satu app/site yang boleh bagi korang pilihan dengan harga yang BERBALOI...baloi baloi baloi!!



Pernah dengar tak? 




Kalau korang tak de PC nak layari website TRAVELOKA nih.
Jangan susah hati, dunia di hujung jari....install je apps TRAVELOKA!




Apps TRAVELOKA ni sangat mesra pengguna selain dari interfacenya yang ceria.
Senang cerita tak susah la nak guna. Macam ai, pengguna android. 
Pergi PLAYSTORE dan taip :  Traveloka .





Haa.....apps/site ni memang serius bagi tawaran harga rendah.  
Serius ai cakap, memang senang sangatlah perjalanan korang kalau korang install app TRAVELOKA ni kat phone korang.


 Dari tiket flight, hotel ke taxi driver sekalipun semua korang boleh arrange kat sini!




Yang BESTnya , di mana sahaja dalam dunia ni korang berada TRAVELOKA ni boleh membantu perjalanan percutian korang! Boleh la bercuti dengan hati yang tenang bila semuanya boleh diuruskan dihujung jari! Masakan tidak sebab pilihan hotel sangat banyak. Pilihan penerbangan domestic dan antarabangsa ada, jimat masa korang tak payah nak keluar masuk lain-lain app/website.
Ok, sekarang jom kita intai sikit apa yang ada dalam Taverloka ni dan jom follow ai kita explore Traveloka app ni!

Lepas korang dah install app TRAVELOKA ni, sila LAUNCH app :


Ia akan minta korang untuk log atau register menggunakan nombor telefon atau email atau google account atau account Facebook! Nak senang? KLIK je Facebook (hehehehehe).




Lepas dah register, korang akan nampak page ni yang mana korang leh edit maklumat tentang diri korang. Dekat page ini jugak ada menu seperti pusat bantuan a.k.a HELP,  serta maklumat promosi yang sedang berlangsung pun ada kat page ni!







Klik pada "Tempahan Saya" untuk tengok apa yang korang dah pernah tempah. Tak kira la flight ticket or hotel.

Kalau account baru klik pada DAFTAR/Register.
Nampak tak menu "Penerbangan" dan "Hotel" tu?
Haaa...kat situ la korang kena tekan kalau korang nak buat sebarang tempahan flight atau hotel.
Senang je kan? KLIK KLIK KLIK….Travel!

So far ai sangat suka dengan interface Traveloka nih.






Jom...kita cari hotel yang berkenan dihati. Klik pada “Hotel” ikut la kalau nak hotel antarabangsa klik pada hotel antarabangsa.




Terkejut sekejap tengok harga yang agak murah dekat sini.

Ada antara tempat yang ai pernah stay harga murah dari sebelum nih. Lepas ni kalau nak tempeh hotel boleh la melalui Traveloka nih. Yang penting Traveloka ni menawarkan harga diskaun kalau time promosi.





Dan....kalau korang klik pada PRMOSI korang boleh nampak beberapa "SALE" yang dijalankan oleh pihak TRAVELOKA! Cuba tengok kat bawah nih...harga diskaun sampai RM35! Siapa nak bagi?


So jangan la korang tangguh-tangguh lagi. Install TRAVELOKA kat phone korang sekarang tau.




Bukan setakat nak cari HOTEL, dekat TRAVELOKA ni korang boleh cari tiket kapal terbang murah pun!
Sama jugak kalau korang nak tempah flight ticket melalui Traveloka ni, pilih pada penerbangan dan masukkan destinasi serta tarikh pilihan korang. Traveloka ni akan filter seluruh syarikat penerbangan yang ada dan berikan senarai penerbangan bermula dari harga yang paling rendah!

P palang s : Ai baru je check hotel kat Cameron Highlands. Terkedu kejap tengok harga hotel yang ai selalu stay kalau pergi sana murah dari selalu dekat RM50 tu murahnya!


Ni yang mula nak shopping flight tiket dengan hotel nih.

Tak sabar dah nak pergi bercuti!

watermark

No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post