Monday, April 10, 2017

:: Goo.N diaper - Comel dan tahan lasak! ::



Goo.N Baby diaper adalah satu nama yang meningkat naik di dalam pasaran Malaysia.
Ia mula menambat hati kebanyakkan ibu bapa dan menjadi pilihan untuk anak-anak mereka.
Dengan harga yang berpatutan serta kualiti ditahap maksima, Goo.N memastikan tahap keselesaan anak anda di paras yang optima.



Ai sendiri dah cuba diaper pants Goo.N ni. Secara jujurnya saya suka akan coraknya yang mana bila ai buka sahaja bungkusan anak ai teruk menjerit suka "mama....!! Doraemon! Wahhhhhhh" - means that 1st impression, diaper ni dah memenagi hati anak-anak tu sendiri.


Bukan dia yang pakai pun tapi dia yang xcited lebih sebab ada gambar Doraeamon.




Goo.N diaper+wet tissue and super cute tissue box







Sebagai seorang traveller yang agak tegar dan setiap kali travel memang ai akan bawak anak-anak. Sudah tentu ai nak sesuatu yang mudahkan ai dan jimatkan masa ai waktu menyalin diaper anak. Sebab uolls tahu la kadang-kadang tukar diaper anak ni macam berperang dan ada sesetengah tandas awam yang 'kurang' mesra.

Ai berpeluang bawa diaper Goo.N ni pada short vacation ai ke Melaka hujung minggu baru ni. Yang bestnya. Ia sangat mudah dibawa dan..memang senang nak dikendali sebab tak payah nak suruh anak baring untuk pakaikan diaper ni dan..dia pun tak lari macam selalu sebab dia cakap dia nak pakai diaper cantik. Dalam kereta pun leh tukar diaper dengan mudah bila tiba masanya. Ni nak cerita sikit, Masa tu kat kedai makan, kids...you will never know bila diaorang nak "membuang" what so ever. Bawak dia p tandas, settle apa yang patut..sarung. Siap!
Tq Goo.N! Sebab selama ni memang agak sukar nak tenteramkan anak waktu pakai diaper.



Ok, now...kita beralih pada cerita lepas dah pakai diaper ni. Anak ai adalah seorang yang sangat kuat minum air. Kalau boleh timbang sekali pemakaian dalam 2 jam tak tahu nak kira berapa kilo beratnya. Yes..sekerap itu kadang-kadang ai kena tukar diaper dia. 

Ai test diaper Goo.N waktu malam, nyatanya ia tak menghampakan dari segi ketahanan. Cuma, bila ia terlampau berat, ia senang terlucut atau pinggang anak ai yang kurang besar - itu ai tak pasti.
Baby wipes juga sangat bagus. Mana taknya bukan anak je boleh pakai, mak pun boleh guna untuk remove makeup. Heheheehe.

Overall, ai dah start jatuh cinta ngan Goo.N ni. Sebab mudahkan travel ai bawak anak yang masih berDiaper. Dan juga kerana menjadi tahan lasak dalam pemakaiannya. Tapi....boleh tak nak request buat corak Hello Kitty pulak?



Final verdict : 4.7/5

Thank you Goo.N






watermark

No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post