Friday, January 9, 2015

:: Pontianak Menangis Lagi ::




Masih ingat lagi tak tempoh hari ai tulis sikit pasal "Pontianak Menangis"?
Haaa...meh sini ai nak cerita. Ini cerita real memang berlaku. Berlaku dalam keluarga ai.

Mangsa di sini anak buah ai berumur 3 tahun. Perempuan.
Ada satu malam ni...masa dekat rumah, my brother baru balik dari kerja. anak-anak ngah seronok main. Dia pun balik keja terus layan anak. Tak kisah apa pun. Selang lebih kurang nak sejam macam tu...tetiba "Aa" (panggilan anak buah ai), menggigil. Mak dia pun pegi la dekat dia....rasa badan panas semacam. Tetibe demam pulak Aa. Dah demam tu ok la..bawak pegi klinik amik ubat. Sampai dekat rumah Aa tak nak duduk tak nak baring nak berkepit je. Tapi mak dia suh baring jugak. Sambil baring Aa ni pandang je arah pintu. Kejap kejap mata dia merayap ke dalam rumah.

Yang paling merisaukan adakala Aa dok ketap bibir sambil menggigil. Tak tahan skali bila Aa ketap sampai berdarah bibir dia!

My brother tak sedap hati. Jarang Aa jadi macam tu kecuali dia takutkan sesuatu. Tengah rasa tak sedap hati tu tetiba dengar barang jatuh kat luar rumah. Dia masuk bilik tengok dari tingkap bilik. Dari tingkap bilik dia leh nampak luar terus. Tak de apa-apa.

Dia pun keluar balik keruang tamu. Ajak anak-anak masuk bilik. Kejap panas-kejap sejuk dalam bilik tu. Dah la tak boleh nak tidur pulak. Last-last Aa menangis meraung-raung dalam bilik yg cahaya suram-suram tu. Haishhh..pujuk punya pujuk tak nak diam. Last-last my brother pun Azan la sekuat-kuat hati dia. Tau apa jadi?

Dia dengar bunyi hilaiannnn tapi mcm sayup.....sayupppppppppppppp (sambil m enaip tetiba naik bulu roma ...aih!!)

Habis je hilai tu....dia dengar tepi tingkap bilik hiiiiiiiiiiiiikkkk hikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk hikkkkkkkkkkk ada bunyi perempuan menangis. Ahhh sudah....dia Azan lagi......masih lagi ada suara tangisan. Tadi kan ai cakap dia bukak tingkap bilik. Tapi dia tak tutup tau tingkap tu....tepi tingkap tu ada buaian besi. Buaian besi tu terbuai-buai pulak tanpa manusia pada jam dekat 4pagi....

My brother habis azan siap mengaji. Dia takut nak jenguk dah. dia biar je ...lama jugak rasanya sebab dekat nak subuh baru dia leh nak tido bila dah dengar bunyi ayam berkokok n bunyi moto lalu lalang.


Dari mana datangnya 'kakak' itu? Kami semua tak pasti. Ai syak dia ikut my brother dari tempat kerja. Ye la tempat kerja dia tu memang banyak makhluk halus.

Semalam Aa dah sihat lepas my brother suh my dad buat air penawar. Tapi semalam jugak ayah ai demam. Aa ada datang rumah semalam. Tengah malam masa ai berdua dalam bilik ngan mimi ada siapa tak tau ketuk ketuk tingkap bilik. Berderau darah tapi buat dekkkk je.

Sekian, cerita yang tak berapa seram.



watermark

4 comments:

Mar Mansor said...

seram juga kisah ni..memang menakutkan

Maria Hasun said...

bila baca tang ngilai tu bulu roma kta naik.. haishhh

CT Humairah said...

yang bace ni pun huuurrrm...

Chekgu Azrine said...

Fuuh..scarynya tang ngilai tu

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...