Monday, July 21, 2014

:: Bila Anak sepatutnya boleh bercakap ::

Bila sepatutnya kita kena jumpa doktor untuk tanya pasal masalah anak yang belum menunjukkan tanda-tanda untuk bercakap?

Menjangkau 12 bulan:
  • Masih tidak menyebut 'mama' atau 'papa'
  • tidak menggunakan gerakan seperti melambai, menggeleng atau menunjuk sesuatu
  • tidak faham dan tidak memberi respon terhadap perkataan seperti "no" atau "bye bye"
  • tidak menunjukkan perkara yang sepatutunya menarik minat seperti burung terbang atau aeroplane
  • tidak menyebut single word dalam usia 12 ke 15 bulan
  • tidak babble (merepek bahasa budak) seolah-olah dia sedang bercakap  



Menjagkau 18 bulan:
  • tidak menunjuk kepada sekurang-kurangnya satu anggota badan apabila ditanya
  • tidak berkomunikasi dengan anda walaupun pada masa itu dia perlukan bantuan atau memerlukan sesuatu yang dia hendak
  • tidak menyebut sekurang-kurangnya 6 perkataan

Di antara 19 dan 24 bulan:
  • Tidak mempunyai perkembangan perkataan (sekurang-kurangnya 1 perkataan baru seminggu)

Menjangkau 24 bulan:
  • tidak memberi respon kepada arahan yang simple
  • tidak berpura-pura bermain dengan patung atau diri sendiri (contoh berpura-pura menyikat rambut atau memberi patung makan)
  • tidak meniru perkataan atau perbuatan orang lain
  • tidak boleh menunjuk kepada gambar yang disebut dalam buku 
  • tidak boleh menggabungkan 2 perkataan
  • tidak tahu fungsi perkakas rumah yang asas (contoh: garpu atau berus gigi)

Menjangkau 25 bulan:
  • tidak menggunakan 2  ke 4 perkataan simple untuk satu ayat
  • tidak dapat menamakan beberapa anggota badan
  • sukar untuk melengkapkan nursery rhymes yang biasa didengarnya
  • tidak menanyakan soalan yang simple

Menjangkau 30 bulan:
  • Percakapannya tidak dapat difahami oleh sesiapa dalam keluarga

Menjangkau 36 bulan:
  • Tidak menggunakan kata ganti diri (saya, awak)
  • Most of the time dia tidak dapat difahami oleh orang lain yang bukan keluarga 

Menjangkau 3 tahun:
  • tidak dapat bercakap dalam frasa pendek / rangkai kata
  • tidak dapat memahami arahan yang pendek
  • tidak berminat untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain
  • sangat sukar berjauhan dengan ibu bapanya
  • percakapan yang sangat tidak jelas
  • masih lagi gagap dan menunjukkan mimik muka bila cuba untuk bercakap

Menjangkau 4 tahun:
  • masih belum mahir single conconants (contoh 'p', 'b', 'm')
  • tidak faham akan konsep "sama" dan "tidak sama"
  • tidak menggunakan kata ganti diri "saya" dan "awak" dengan betul
...dan bagi ai sebenarnya. semua ni ikut perkembangan budak tu sendiri. Ada budak yang rajin 'parroting' memang akan cepat bercakap. Yang malas hanya listening pun ada...so depends la. Sebab ai ada kenal sorang budak ni 3tahun 6 bulan baru boleh bercakap...tapi dia ni memang pendiam orangnya. Tu je la....

Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

2 comments:

Syima Syaz said...

yap betul depends pada budak tu kan... tak semestinya ikut jadual tu sangat. ada certain budak memang lambat cakap tapi dia boleh je cakap.

Azhafizah Md Nor said...

great sharing

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...