Friday, October 11, 2013

:: Seram - Siapa Duduk Rumah Sebelah? ::


Ni sekitar tahun 2008 peristiwa ni berlaku. Al-kisah nak duduk kat rumah tamu ni pun sebabnya bawak kawan-kawan menginap kat sini atas event yg berjalan kat JB time tu. So kitaorang sewa 2 pintu rumah la. Level yang kitaorang duduk tu tak berapa nak busy. Kitaorang ok je asal ada tempat nak solat mandi makan tido.

Memang tak nampak apa-apa yang pelik kat level tu mahupun rumah2 yg lain. Ye la rumah tamu..mesti la tak de menda.

Kisahnya malam tu la...ai dah nak tido sekali dok dengar ada org ketuk pintu kuat2. Terfikir ni ada yang kuar balik lambat la nih. So p la nak bukak pintu. Bukak je pintu - tak de orang. Ceh! Masa bukak pintu tu ternampak la rumah 'jiran' ni meriah...tak tidur lagik gamaknya ngan anak2 bagai. Ok..ignore. Masuk tidur.

Esoknya still nampak lagi pintu rumah jiran tu terbukak. Ada member sorang ni mulut ringan siap pegi menyembang katanya ngan jiran tu. Ye la..meriah la katakan. Satu family nampak macam Arqam..berpurdah bagai. Hehehehehe...

Ok....lepas tu tak de benda sangat jadi pun. Setakat dengar bunyi2 halus tu..bio je sebab ai dah biasa. Masa nak check out keesokkannya. Tengok rumah jiran dah tertutup rapat - tak de orang. Eh masa bila pulak derang kuar kan? Ok ignore lagi.

Ni part best dan misteri, masa nak balik tu p tanya kat  orang yang jaga bangunan/rumah tamu kat situ pasal jiran meriah ai tu. Nak tau dia jawap apa?

"Rumah tu dah lama tak guna dik, paip/lantai/bumbung bocor...memang tak de orang masuk dan dibenarkan masuk,"

dah tu.....siapa yang ramai dalam rumah tu semalam n kelmarin?

JENG JENG JENG...............

ce klik sini



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

3 comments:

  1. jeng . jeng . jeng . :3 hoho . kita baca pun ikut takut dah ni :)

    ReplyDelete
  2. aku rasa ni masa kite TT kan?? nasib baik aku xterlibat dlm cerita ni..tapi skrg pun seram dah..heeee

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post