Thursday, October 24, 2013

:: Misteri - Lebuhraya Karak ~ Dari Mana Batu Tu Datang? ::

Lebih kurang 12/10/2013 jam 0300 Incik Pink dapat call dari client dia katanya accident berhampiran lebuhraya karak arah pantai timur. Incik Pinky dengan mata yang tak berapa larat nak bukak pun kejutkan ai.....

"Nak teman tak pergi rescue customer D?" - ai tengok jam kul 0300. Cik Mimi pun tengah nyenyak tidur...tapi disebabkan nak teman suami punya pasal, ikut ajelah.

So perjalanan kami ke tempat kejadian ok je....tapi pelik jugaklah sebab jalan super sunyi. Padahal dah ramai mula cuti untuk Raya Qurban. Mungkin faktor waktu barangkali.

Ok...sesampainya kami ditempat kejadian. Ai nampak 3 orang lelaki muda. Cermin kereta bahagian depan BERLUBANG. Yang sorang tu masih duduk di tempat duduk belakang dengan bahu dan baju yang berdarah-darah. Yang sorang lagi ok je...yang pemandu pula dok ampu tangannya.

"Bro...terima kasih la sebab datang. Saya rasa tangan saya patah nih"
Yang Incik Pinky pulak muka berkerut-kerut tengok keadaan kereta - memang tak de kemek apa-apa kecuali CERMIN DEPAN BERLUBANG.

"Macamana boleh jadi macam ni?" Incik Pinky tanya bro Driver.
"Saya pun tak pasti....kami semua pun sama-sama tak tidur..tapi tu la yang peliknya tu..." dia garu-garu kepala. Dia pandang kawan dia yang sihat tu.
"Macam ni...tapi masa kami lalu kawasan nih..memang sunyi ngan lengang la...tak de kereta. Tiba-tiba nampak ada something bersinar-sinar dari jauh......makin lama makin dekat...depan belakang memang tak de kereta....haaa....tup-tup..BOOM! benda tu terus tembus masuk dalam kereta....terkena saya n kawan saya kat belakang. Saya terus berhenti tepi." panjang lebar bro driver tu explain.

Incik Pinky pun pegi la tengok apa benda yang dimaksudkan bro driver tu....rupa-rupanya seketul batu. Ala-ala batu kristal yang org buat hias2 letak dalam bilik tu.....besar jugak la....

Tapi yang peliknya dari mana baru tu datang? Sebab kiri kanan jalan tak de bukit....hanya pokok+gaung.
Menurut bro driver tak de lori kat depan derang.
Ada kemungkinan ke ada orang baling batu tu dari arah depan?
Atau.....batu tu terbang nak pegi mana?
Hurm.......................



ni ai selitkan gambar batu dan keadaan cermin kereta bro tu.
Hurm.........





Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

7 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

seram plak tgk..huhuh

p/s: ala sis..dah lepas GA nya.. insyaALLAH ada GA lagi tahun dpena.. trima kasih sis sbb sudi nak jadi sponsor..sgt2 Yui hargai =)

Nasuha said...

misteri sungguh..

Fais-SKA said...

erkk..seram pula sy bacanya ho3 =) kalau sy, dah ambil batu kristal tu bt smpanan..pelik juga ni, tp bhya la kalau batu melayang..brapa orang dah yg mati sbb eksiden ni

Teena Tna said...

Hmmm, dengar lebuh raya karak pun macam dah seram. Nak, kata batu asteroid, impossible. Doa yg baik2 jela.

nanakimie said...

besar jugak batunya tu...huhu,,,mujur semuanya selamat...

Humairah Jimat said...

seram nya..huhu..done follow u sis=)

Rayha Rozi said...

seramnyaaaaaaaaaa

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...