Tuesday, August 9, 2011

:: Resepi - Ayam Masak Kicap ::

Bahan bahan
Ayam yg di potong2 - dikukus sebentar
Kentang yg dipotong2
1 inci halia,
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 batang serai
1 bunga lawang
1 kulit kayu manis
1 biji cili merah - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tomato
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh tepung jagung
Garam dan perasa - jika perlu
1 peket kecil taucu
Minyak dan sedikit air



KLIK


Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan ayam , gaul rata dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika perlu.
3. Masukkan kicap,taucu, sos tomato,serbuk lada hitam dan serai. Masukkan sedikit air.Biarkan ia mendidih.
4. Biarkan seketika, bancuh tepung jagung dengan sedikit air, masukkan ke dalam kuali. Gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng (tak nak goreng pun tak pe), cili merah dan hijau yang telah dipotong serong. biarkan sampai empuk semuanya. SIAP!





Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

2 comments:

Gadis said...

wahhh...

hari ni Gadis masak ayam blackpepper..

sedap jugak ni...=)

Syima Syaz said...

noted
nanti dah kawin wajib try masak ini!

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...