Tuesday, May 29, 2012

:: Review : 3D/4D scan with Ms Jezzlyn ::

Date : 120512
Time : 1630
Venue : Klinik Fauziah & Rakan-rakan
Sonographer : The famous Ms Jezzlyn

Pengalaman pertama buat 3D/4D scan.
Tak susah nak cari klinik fauziah nih. Kalau sesapa tahu kawasan ampang nak menghala ke bukit ampang tu memang sangat la senang. Klinik Fauziah ni betul2 dekat simpang 2nd last sebelom simpang naik ke bukit ampang.
Landmark kedai Baby Manjaku di sebelah kiri jalan. Pandang kanan kat tepik lite terus leh nampak Klinik Fauziah.

Kami tiba awal jugak la before 1630 kat klinik. Duduk menunggu dengan penuh kesabaran sebab ramai jugak tengah menunggu. Walaupun appointment dah dibuat, memang tak semestinya kita masuk ON TIME sebab manalah tau orang yg sebelom kita tersasar sikit jadualnya.
Mungkin sebab baby susah nak nampak. So tak pe..sabar je tunggu. Dalam kul 1700 nama di panggil. Masuk dalam bilik Ms Jezzlyn dengan senyum senyum sengeh sengeh. Comel rupanya tuan punya badan (Ms Jezzlyn) ni.
Nampak peramah dan sememangnya peramah. Masuk-masuk je, tanya khabar mama n baby. Wahhhhh......!!!

Dia mintak baring atas katil yang ada. Papa dia suruh duduk menghadap monitor ke-2. Dia pun terus je buat apa yang patut, letak gel kat atas perut bla bla bla.
Dia bagi greeting kat baby dalam perut ni sambil pegang perut..alaaaaaaaaaaaaaahai sweetnya (tapi dia tak kawen lagi ok). Mula-mula buat details scan.
Dia terangkan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bagi dengar heart beat baby...masa tu Allah je yang tahu perasaan ni macamana bila kita dengar bunyi jantung anak dalam perut nih!!! Kuasa Allah......

Ms Jezzlyn terangkan lagi kedudukan dia, detail tulang belakang dia, jantung dia, perut dia, kaki, tangan, kepala..semua-semua la secara detail. "semua atas graf! good..good.." katanya.
Sambil dia terangkan selang-seli dia pujuk n cakap ngan baby. "Baby...mama baby n kakak n papa nak tengok baby nih...tunjuk muka tau..tau" memang ai gelak la. Kelakar pun ada Ms Jezzlyn nih!
Sambil scan sambil sembang sambil buat lawak. Itulah perwatakan Ms Jezzlyn and ai sangat senang dengan cara dia. Bila baby tak duduk dia. Dia pujuk lagi.
Dia suruh ai mengiring skit dan terus scan lagi. Sambil pujuk lagi supaya baby jangan lasak sangat. Susah nak nampak muka.
Mana tak nya tangan kaki habis naik ke kepala. Bukan main lagi buat aksi akrobatik.

Yang paling best baby asyik nak menguap aje. Patut la dia tak nak dok diam, kacau dia time dia tidur rupanya. Hahahahahha...Ms jezzlyn tak putus asa. dia terus pujuk n pujuk n pujuk. Siap cakap "Baby..bagun la kejap...kejapppppppp je...akak nak tunjuk baby kat mama ngan papa nih"
ala alalalalalalallaa....so cute!!!!

Alhamdulillah, baby makan la jugak pujukkan tu. Walaupun dia asyik nak menguap aje.
Rasa macam tak puas tengok baby dalam monitor, dengar heartbeat dia, tengok kelasakan dia, tengok dia menguap, tengok jari2 kecil dia..tapak kaki dia. *cair cair cair*

Lepas habis scan, Ms Jezzlyn burnkan imej n video dalam CD. Dapat several printout. Handover pada kami.
Bayaran RM100 je untuk service yang superb!!!!

dan lepas tu kami kuar dari klinik makan - kedai makan depan klinik tu sedap ok!! siakap 3 rasa n sup campur dia sangat BEST!!!!!!!
Lepas makan kami pun balik dengan happynya! Dan sampai je kat umah terus transfer file dalam hard disc n tengok berkali-kali-kali-kali lagi...*MELTING*

jadi sesapa yang nakkan 3d/4d scan kat KL/Selangor, yes..i highly recomended Ms Jezzlyn nih. Tapi kena booked/buat appointment la dengan dia sebab dia macam buat freelance kat klinik2 yang tertentu.



Cenggane nak contact dia? Detail adalah seperti berikut :

Klik Facebook 3D/4D Scan Malaysia
Lepas tu klik kat link untuk buat appointment. Siap!




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Monday, May 28, 2012

:: Cerita Pregnant part 2 ::

Minggu 17-Minggu 24 :

Trimester kedua pun dah bermula. Masa ni adalah masa-masa yang best. Baby membesar mengikut jadual. Mama dia pun membesar mengikut jadual. Kehidupan kembali aktif.
Rambut dah tak gugur lagik makin rasa lebat n cepat panjang adalah pai setiap kali p saloon mesti kene tanya.."makin panjang rambut..tak nak potong ke?". Keadaan kulit semakin ok tak macam
1st trimester dulu.

Tendangan baby bertambah kuat. Makin aktif. Sampai waktu scan minggu ke 22 dia tak nak duduk diam langsung. Leh nampak tangan kaki bergerak-gerak tak berenti. Joget2 keseronokkan dalam perut mama dia nih!

Baby....Baby....


Walaupun waktu minggu 20++ dah tak leh nak jalan laju sangat sebab kalo terlampau laju mula la rasa nak tershishi la..sakit montot la. tapi tak pe, aktiviti harian mesti terus berjalan!
Aktiviti mingguan pun perlu diteruskan. Kena aktif jugak skali skala, bersukan kecil-kecilan. Perut dah mula nampak. Seronoknya!!!

Checklist untuk barang baby pun dah mula dicompletekan satu per satu. Start minggu ke 22 rasanya macam setiap minggu mesti pegi shopping barang baby walaupun untuk hanya sepasang baju! Hehehehehe

Minggu 25-now :

Dah stat tak berapa nak lena tidur malam. Kadang-kadang sebab baring tak kena gaya..ngiring kiri tak kena, kanan tak kena terlentang lagi tak kena. Baby mesti mcm tak suka. Kena ada 'post-post' special. Baru la nak lena mata nih.
Kalao malam mesti dah stat terjaga nak pegi shishi sekali dua.

Selera makan oklah..tak de la tak lalu nak makan ke apa ke. Cuma tak BOLEH.. TAK BOLEH nak makan kat rumah sangat. Nasi..lauk ke apa ke..TAK LALU. Tapi kalau makan kat luar, memang mabeles selera tekak nih. But Say NO to nasi.
Seminggu tu dalam sekali je jamah nasik. Selebehnya makan pizza la, KFC la, Johnny's la, sushi, namakan aje restoran2 dalam shopping mall semua suke!!!
Allergic selain nasik adalah aiskrim, tutti frutti, kentang goreng - ohhhh my baby hate this!! hate this a lot!!!!!!!!

Masa minggu ke 26 my hubby BFF banje makan tutti frutti - dalam hati dah ckp jgn nak mkn banyak2 2-3 sudu tak pe. Keluar je dari tutti frutti, depan2 tu jugak muntah! Hamekkkk...rasakan!
Selain dari tu permintaan makanan yang jarang2 di makan memang banyak. Layankan aje tekak ni, makan mana yg selera. Jangan tak makan langsung!

Minggu ke 27 - pegi scan for 3D..seronok sangat dapat tengok baby. The sonographer is a cute lady n cara dia memang best (yg ni nanti i review). My hubby dari duduk tgk monitor sampai berdiri-diri la punya xcited tengok anak dia nih! Hehehehehehe
Kemuntahan biasanya akan berlaku bila terlampau kenyang, makanan tidak menepati citarasa dan bila makan iron tablet!!

Baby semakin aktif, kadang2 tersedu2 (comel je)....tak sabar rasanya nak tunggu dia. Kadang-kandang bila tengok/renung lama-lama perut nih leh nampak kejap terbonjol sana-sini. Leh nampak macam siku/lutut dia terbonjol bergerak2 (heheheheh seronoknya!!!!!!!) sampai senget benget perut mama dia nih...






Semoga dia sentiasa sehat dalam perut mama dia, n mama dia mestilah kuat semangat n kuat buat kerja n mengaktifkan kehidupan tanpa melasak sangat!
Masih ada baki May n June untuk terus bergerak aktif sebelom menghentikan aktiviti permotoran bila July tiba nanti.

Doakan kami anak beranak sehat n kuat n sempurna ya...

kalau ada cerita tak tercerita tu..nanti2 la citer. 'Till then...assalamualaikum!

p palang s : ni sambil menaip ni layan baby joget dalam perut sambil dia buat somersault….ngeeeeeeeeeeeee~dan as for now ai tidak berpacking apa2 lagik untuk my bag ke hospital..sekian :P


p palang s : Citer Preggy part 1 disini

Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Top Post