Friday, June 29, 2018

:: Happening Now - NYX Cosmetics KLCC launching ::


Yes...i i  here right now for the NYX Cosmetic KLCC launching.

Hehehehe as early as 0800 people start to que up!
Launching at 10 lak tu.








watermark

Thursday, June 28, 2018

:: Hello Kitty Happy Meal Tea Pot Set ::




Minat punya pasal, bukan takat Malaysia, Thailand...sampai ke Jepun & US ai carik untuk lengkapkan set ni!


Comel kan?




watermark

Wednesday, June 27, 2018

:: Resepi - Ayam Panggang Sumbat ::


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – dibersihkan dan di tos
5 biji kentang (saiz kecil) – dipotong kecil
100 gram brokoli yang telah dipotong

Bahan perapan
4 sudu serbuk kari
1 sudu serbuk briyani
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar madu
1 sudu sos tiram
1 sudu mustard
Sedikit garam
Sedikit rosemary



CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan bahan perapan dan lumurkan pada ayam. Perap selama 1 hingga 3 jam.
2. Rebus separuh masak kentang. Kemudian gaul kentang tadi bersama brokoli dengan lebihan perap ayam.
3. Sumbatkan kentang dan brokoli ke dalam ayam dan letak selebihnya ke dalam dulang pembakar bersama ayam.
4. Kemudian bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 1 jam atau hingga ayam masak.






Maaf gambar lepas bakar tak de sebab sebaik angkat ..sekelip mata habis...haih!

watermark

Tuesday, June 26, 2018

:: Pulut Ayam, Air Kelapa - Khlong Hae Floating Market ::



Menu utama tiap kali "balik kampung" rindu pulak rasanya.
Macam lama sangat dah tak balik sana.
Hahahahahaha






watermark

Wednesday, June 13, 2018

:: DIY - Divider Rumah Hello Kitty ::



Al-kisahnya rumah ai ni kecik je, dari pintu masuk kalau ikutkan leh terus nampak ruang depan TV.
Dok la cari idea macam-macam nak buat divider untuk asingkan ruang tu.
Last-last buat macam ni je la...
OK tak?








watermark

Monday, June 11, 2018

:: Resepi Spicy Korean Chicken Super Simple! ::



Bahan A :

Ayam : tak kisah la isi ayam ke peha ayam je ke kepak ayam je ke ikut suka korang la
Tepung goreng ayam

Bahan Sos :
8 sudu madu
Kicap manis
Sos Cili
Sos Tomato
Sos tiram
Bawang putih
bawang kecik
minyak masak atau minyak zaitun atau minyak bijan.
To

Caranya :

Ayam yang dah basuh bersih korang celup dalam tepung goreng ayam dan goreng sampai masak. Toskan letak tepi.

Untuk sos :
Panaskan minyak (ai pakai minyak zaitun sebab tak de minyak bijan pakai minyak bijan lagi menaikkan rasa keKOREAN tu)
Hiris bawang putih dan bawang kecik. Kalau korang nak blender pun boleh tapi ai lebih suka biarkan ia macam tu je. Bawang-bawang ini nanti, sila tumis sampai naik bau dan kekuningan.
Lepas tu, masukkan sos cili, sos tomato (ni suka hati nak letak berapa banyak, kalau rasa nak macam basah sikit letak lebih asalkan kena la dengan jumlah ketulan ayam yg ada)
Gaul.
Letak pulak sos tiram (tak yah banyak nanti masin), kicap manis.
Gaul lagi.
Kalau korang suka pedas letak la sos cili sahaja tak yah sos tomato or kicap tu. Ai punya resepi ni tak berapa pedas.
Korang biar seketika bahan sos tu, lepas naik buih-buih masukkan ayam yang korang dah goreng tadi dan gaul sampai sebati.
Angkat.

Tabur bijan kalau ada, sila sangai dulu bijik bijan tu ye.

Siap!
Senang kan? Apa lagi...buatlah!




p palang s : ai buat memang basah sikit sebab husband tak suka kering sangat.

Ehhhh?? Siapa cakap ai tak masak?









watermark

Saturday, June 9, 2018

:: Syahoney muncul dalam Harian Metro & Metro TV ::


Assalamualaikum & Salam Ramadhan.
Ya Allah.....dah lama biarkan blog ni tak berupdate sebab busy yang amat kat opis nun.

Sampai masak apa pun bulan puasa ni tak nyempat nak share resepi segala. Tak pe la..nanti-nanti la ye.




Ni pun amik masa sikit sebab projek dan nak settle.
So, baru-baru ni (tak la berapa baru sangat pun.............) sapa ada terbaca HARIAN METRO atau tertengok METROTV?

Haa....kalau korang perasan la. Ada muka ai tertepek di situ. Terima kasih kepada pihak Metro/NST sebab sudi nak cover cerita ai yang tak seberapa nih.

Dan disebabkan itu jugaklah baru ai sedar yang sebenarnya ai ada banyak sangat barang Hello Kitty kegemaran ai tu. 

So meh ai share sikit apa yang ada dalam Harian Metro tu.
Selebihnya korang leh klik kat link yang ai share ye.




Keratan Harian Metro :




MetroTV : Gila Hello Kitty




YouTube : Berhabis kerana Hello Kitty


p lanag s : yang kelakarnya sampai hari ni tak habis kena kecam..ehh sangat! HAHAHAHA




watermark

Thursday, June 7, 2018

:: Resepi Macaroni Tuna Simple & Sedap ::




Nak masak Macaroni Tuna ni tak susah, rasanya resepi paling simple dan budak-budak pun suka.
Jom cuba!





Bahan-bahan :

1. Macaroni
2. Minyak Zaitun
3. Leeks
4. Mayonis
5. Tuna Chunks in Olive Oil
6. Bay Leave
7. Black Pepper
8. White Peper
9. Sosej






Caranya :

Rebus Macaroni sampai lembut - tos & ketepikan
Rebus sosej - tos, ketepikan, potong-potong
Leeks hiris halus (1 batang untuk 1 beg macaroni)

Masukkan tuna, mayonis, sikit olive oil, bay leave - hancurkan isi tuna gaul rata dengan semua bahan tadi.

Sekalikan macaroni+campuran tuna+sosej+leeks = gaul rata.
Letak black pepper+white pepper = gaul rata.

SIAP!

Tuesday, June 5, 2018

:: Syahoney - The Hello Kitty Junkie ::



Gigih lagi lap habuk, tu la kumpul lagi banyak-banyak.
Hehehehehe


Maaflah masa ni memang bersepah habis..tak sempat nak kemas.... T_T







Selepas lap habuk & susun cantik-cantik





watermark

Top Post