Monday, June 11, 2018

:: Resepi Ayam Goreng Ala Korea Super Simple! ::



Bahan A :

Ayam : tak kisah la isi ayam ke peha ayam je ke kepak ayam je ke ikut suka korang la
Tepung goreng ayam

Bahan Sos :
8 sudu madu
Kicap manis
Sos Cili
Sos Tomato
Sos tiram
Bawang putih
bawang kecik
minyak masak atau minyak zaitun atau minyak bijan.
To

Caranya :

Ayam yang dah basuh bersih korang celup dalam tepung goreng ayam dan goreng sampai masak. Toskan letak tepi.

Untuk sos :
Panaskan minyak (ai pakai minyak zaitun sebab tak de minyak bijan pakai minyak bijan lagi menaikkan rasa keKOREAN tu)
Hiris bawang putih dan bawang kecik. Kalau korang nak blender pun boleh tapi ai lebih suka biarkan ia macam tu je. Bawang-bawang ini nanti, sila tumis sampai naik bau dan kekuningan.
Lepas tu, masukkan sos cili, sos tomato (ni suka hati nak letak berapa banyak, kalau rasa nak macam basah sikit letak lebih asalkan kena la dengan jumlah ketulan ayam yg ada)
Gaul.
Letak pulak sos tiram (tak yah banyak nanti masin), kicap manis.
Gaul lagi.
Kalau korang suka pedas letak la sos cili sahaja tak yah sos tomato or kicap tu. Ai punya resepi ni tak berapa pedas.
Korang biar seketika bahan sos tu, lepas naik buih-buih masukkan ayam yang korang dah goreng tadi dan gaul sampai sebati.
Angkat.

Tabur bijan kalau ada, sila sangai dulu bijik bijan tu ye.

Siap!
Senang kan? Apa lagi...buatlah!




p palang s : ai buat memang basah sikit sebab husband tak suka kering sangat.

Ehhhh?? Siapa cakap ai tak masak?









watermark

3 comments:

Shafyqah Azahar said...

nampak sedap. boleh try buat nih. btw jemput join giveaway sha :)

ejulz said...

terbaek.. simple dan nampak sedap :)

Amanda Suria said...

Nampak menarik ni...nanti nak buat la...

Top Post