Friday, July 28, 2017

:: Cara ke Koh Samui melalui Suratthani ::



Hi semua,
Setelah di fikir-fikir untuk memudahkan carian korang kat dalam blog ai ni..ai kompilasikan cerita travel ai ke Koh Samui melalui Suratthani. Cerita dah lama ni (2015) nanti ada kesinambungan cerita ni pulak nanti. Kira macam cerita re-cap la ni ye…..
So begini cara nak ke Koh Samui melalui Suratthani…..

Assalamualaikum/Hi,

Seperti yang dijanjikan, kali ini ai nak menulis sedikit tentang trip ai bersama Mimi & Incik Pinky ke Koh Samui dan kawasan sekitar.

Sebenarnya mood nak menulis tak berapa nak ada. Tapi ramai pulak yang tanya senang tak bawak anak kecik berbagpack/trip yang jauh? Untuk Mimi ini bukan kali pertama dia on a trip dengan mama & papa dia. Ai dah ajar dia since dia 8 bulan tu trip paling jauh dia pernah pegi la.

Memandangkan Mimi masih BF (breastfeed), mental dan fizikal kena fully prepared. Sebab? Mimi ni jenis yang sesuka hati dia dan bila2 masa je dia nak BF dia BF..tak kira la depan orang ramai...tengah berjalan...bla bla bla. So bawaklah 'gear' BF yang bersesuaian dan tidak membebankan semasa perjalanan. Kali ni ai bawak my long cardigan. Haaaaa..memang sangat membantu!



So, let's cerita tentang trip kali ini. Perancangan nak ke Koh Samui ni di buat agak last minit - hujung Januari. Beli tiket, tempah hotel and yang mana patut.

Apa yang perlu dibawa bersama kalau anda ingin mencuba berbackpack dengan anak kecil?



1. Pakaian anak yang secukupnya. Bawak cukup2 hari pun tak je...tapi kena basuh la setiap kali lepas pakai.
2. Lampin pakai buang (yang ni agak2 je berapa helai ikut purata setiap hari dia pakai..kalau tak cukup nnt leh beli kemudian)
3. Susu tepung kalau anak minum susu botol - ini pun sukat siap-siap
4. Breastfeeding gear yg paling senang nak bawak (kalau anak masih BF)
5. Mainan kegemaran dia untuk mengelakkan dia boring melampau
6.Baju-mak ayah yang secukupnya
7. Tisu basah - ini teramat penting!!!


Flight kami tengahari Rabu (25/2/2015). My lil bro tolong hantar sampai KL sentral, lepas tu naik KLIA express ke KLIA2. Sampai je KLIA2 sekali tak de service buggy...Mimi pulak tak nak jalan. Tak nak dukung ngan Incik Pinky - dia bukan jenis yang suka naik stroller. Makanya ai la yang kena dukung dia sepanjang-panjang perjalanan dalam KLIA2 tu....sampai rasa terkehel la belikat ni.




Lepas check in bag-immegresen semua settle berjalan lagi ke waiting hall..dah la hujung sekali! Selalu macam tu.... T_T . Time tunggu Mimi dok main dengan sorang anak mat saleh nih..oklah tu. Part paling kalut dah nak tiba...ada lagi 5 minit nak board ni sekali Mimi membuang pulak!!!! Hadoi laaa...kalut la mama dia berlari ke toilet siapkan dia cepat2.

Bila dah board dia mula mintak susu pulak (macam biasa). Kadang2 rasa rugi beli 3 seat sebab Mimi tak pernah nak duduk sendiri...dia mesti nak melekat dengan Mama dia (macam biasa). So bagilah jugak susu...tak sampai 5 minit - padam!


Mujur Mimi tido, kalau tak dalam flight tu suara dia membebel la paling kuat sekali agaknya.

Perjalanan amik masa 1 jam 30 minit dari Kuala Lumpur ke Suratthani.



Sampai sahaja di Suratthani. Lepas melepasi immegresen, terus cari perkhidmatan bas/feri ke koh samui. Untuk permulaan ni kami pilih Raja Ferry. Jangan risau kalau uolls pergi, keluar je arrival hall tu...bersepah perkhidmatan bas/ferry ke Koh Samui. Bas pun dah sedia menunggu nak bawak korang pegi jeti.




Total hangus adalah THB800 - Mimi percuma!
TBH800 ni adalah termasuk bas dan tiket feri ke koh samui ye. Agak murah di situ.


Lepas beli tiket kitaorang pun naik la bas. Tapi bas tu jalan ikut jadual ye. Sementara tunggu bas tu jalan, tetiba kami dihampiri oleh seorang agent yang memakai baju SEATRAN!


Mula-mula memang nak cari kaunter Seatran ni...tapi tak larat nak jalan sebabnya tengah dukung Mimi tidur. Belasah je Raja Ferry tu dulu.
Haaaa..part ni agak seronok. Agent Seatran ni offer kami bundle pakej.

Pakej island hopping dari Samui-Koh Tao-Nanyuan + Seatran Ferry balik dari Samui ke Surathhani + hotel transfer dari jeti ke hotel-hotel yang bakal kami menginap kat Samui nanti + transfer dari jeti ke hotel kat Suratthani dan hotel transfer dari suratthani ke airport masa nak balik KL nanti...semuanya?

= THB4000 sahaja (Me+Incik Pinky, Mimi FREE). Hah! memang tak tunggu sebab malas fikir so amik je untuk kemudahan diri sendiri.

So kami pun memulakan adventure kami kali ini....yeah!!!
Total belanja untuk permulaan :
Ticket AirAsia to Surathhani pegi balik = RM880
                                          Ticket KLIA Express =RM70
                                          Ticket Raja Ferry+Bus to Donsak = RM 88
                                          Pakej Island Hopping & Transfer = RM440
SubTotal = RM1478


********************************


Perjalanan dari Airport Suratthani ke jeti Donsak mengambil masa lebih kurang 1jam-1jam 30 minit.

Sepanjang perjalanan korang tak mungkin la boring kalau korang jenis suka tengok alam sekitar.



As for me ai suka tengok keindahan dunia modifikasi pickup truck derang hahahahhahaha....



Dalam bus Mimi dah start tak  nak duduk diam. Dah boring agaknya sampai ai terpaksa paksa dia menyusu untuk bagi dia diam sambil dia tengok movie fav dia.
Kalau tak dicontrol....mau dia lari keliling bas!

Sampai sahaja di jetty terus check in. Dan masuk ke passenger entrance. Luas ferrynya dan yang best segala kontena lori besar bas semua boleh masuk tak macam ferry penang.




Perjalanan dari Donsak ke Samui lebih kurang 1 jam 30 minit.
Cuaca bulan February memang superb. Atas ferry tu tak de orang Malaysia kecuali kami bertiga. Tandas,cafe, bilik berhawa dingin semua ada katas ferry  ni so tak de masalah kalau lapar, nak buang air atau nak tempat duduk selesa.





Cuma perlu di ingat time beli makanan, sila baca label terlebih dahulu. Pepaham la kita bukan di tanah sendiri.

Sampai sahaja di Jetty Samui a.k.a Nanthon, kami check out dan berjalan kaki ke tempat menunggu hotel transfer. 



Mujur dah beli siap-siap tak yah la nak bertanya sana-sini. Tapi kalau nak ikutkan rate standard satu orang memang akan dikenakan bayaran THB 200 dari jeti ke hotel sekitar Samui.




Untuk hari pertama kami memilih untuk menginap di B2@Samui.
Perjalanan dari Nanthon ke Chaweng di mana terletaknya B2@Samui adalah 20 minit.


.
(Review B2 : KLIK SINI)







Besoknya seawal kul 0645 kami sudah dijemput oleh agent/pemandu mini van pergi ke jeti untuk aktiviti island hopping. Mujur Mimi dengan sukarela bangun tak macam selalu jenuh kejut lepas mengamuk baru segar mata. Mungkin dia pun sama-sama excited kot!


Jeti ke Koh Phangan/Koh Tao tak jauh dengan Big Buddha. Tetapi perjalanan dari hotel ke jeti dalam 20 minit jugak la.


Menggunakan perkhidmatan/pakej yang kami dah beli awal-awal lagi semuanya melegakan hati, sampai jeti check in...dapat ribbon khas. Sarapan pagi semua dah disediakan atas ferry. Tapi....perjalanan dari jeti ke Koh Tao pula lebih kurang 2 jam! Tapi selesa la sebab ada coach aircond.



Dalam ferry ni jugak ada cafe..so jangan risau.
Ingat..baca label sebelum membeli makanan!


Sampai di Koh Tao kena tukar kepada bot lain pula.
Dari Koh Tao ke Nangyuan pulak amik masa dalam 30 minit macam tu...penat ke tak penat?? Mimi dari bangun-tidur-bangun tak sampey-sampey...hehehhehehehe





Sampai pulak di Koh Nangyuan kena naik bot kecil pula sebab bot besar tak dibenarkan masuk, takut coral rosak!
Tukar je bot amik masa 2-3 minit nak sampai jeti.......Seronok tak terkata Mimi sebab angin kuat menerpa muka dia.



Dekat sini korang tak dibenarkan pakai FIN!


Makan minum semua ada atas pulau, tapi harga agak mahal.
Tempat duduk berpayung juga adalah untuk sewaan berharga THB150 untuk sepasang tempat duduk.



Di sini kami snorkeling dan jangan risau makanan tengahari provided tapi bukan di pulau sebaliknya atas bot besar. Makanan HALAL! Don't worry.


Untuk mereka yang nak amik pakej berasingan ke Koh Nangyuan, satu kepala biasanya akan dikenakan THB1500.






Lepas dari beraktiviti selama 1 jam 30 minit di Nangyuan....kami ke area Sairee beach/mae haad bay..
di sana airnya lebih dalam dan coralnya lebih cantik dan elok. Di sini andai ada yang berhajat nak amik lesen scuba leh la register dengan diver professional. Sebab dekat sini la newbie berscuba!






Sewa khemah = RM15

Total = RM15


********************************

27/2/2015 - Jumaat (day 3)

Hari terakhir kami di Chaweng, pagi-pagi lagi kami dah bangun. Amik angin dekat pantai Chaweng.
Sepanjang pengamatan ai...Chaweng pantainya agak kurang bersih. Penuh dengan sampah sarap tepi pantai bila waktu pagi. Mungkin sebab pantai Chaweng waktu malamnya adalah tempat “PARTY”







Tapi pemandangan tetap cantik - so jangan pandang ke pasir pantai tu la. Hehehehehe
Breakfast disediakan jam 0700. B2 @Samui menyediakan breakfast yang ala kadar sahaja, cukuplah nak alas perut.


Lepas breakfast, mandi kolam dan berkemas-kemas, kami checkout dalam kul 1130 macam tu.
Selepas ini kami stay di Lamai.

Untuk pengetahuan uolls Lamai terletak lebih kurang 15 minit dari Chaweng, tempatnya kurang sesak dan lebih tenang. Kami dihantar sendiri oleh owner B2 ke Lamai Beach tempat kami menginap. Punyalah baik hati owner B2 tu! Seorang perempuan yang berumur 40an yang tidak mempunyai anak. Tapi dia suka budak-budak dan HELLO KITTY!



Sesampainya kami di Lamai. Kami check in di hotel Coconut Beach Resort (klik untuk review),  hotel yang sempoi di luar, penuh dengan pokok kelapa tetapi dalamanya superb!




Bilik 1903 diberikan kepada kami. Menghadap kolam dan juga pandai yang indah!
Kami amik masa 30 minit untuk berehat sebelum keluar mencari tempat sewa motor. Dari hotel ke pusat Lamai hanya 2 minit sahaja. Dekat sangat tapi, kami mencari motor sewa dekat sejam berjalan kaki ditengah panas akibat banyak motor sewa sudah kehabisan. Akhirnya kami bertemu dengan seorang wanita 40an yang mempunyai agensi pelancongan yang menawarkan kami serendah 200THB sehari untuk menyewa motor dengan beliau - Alhamdulillah.



Review Coconut Beach Lamai : KLIK SINI


Dapat je motor terus pegi cari tempat makan. Serius dekat Lamai nak cari makanan yang 100% halal memang susah. Kalau adapun kedai arab or India yang menyediakan makanan halal tapi masih serve alcohol. Berpusing2 kami cuba cari kedai makanan muslim Pattani tapi tak jumpa. Tak de rezeki nak makan kat sana agaknya. Kesian dekat Mimi tengahari tu dia terpaksa makan coklat dengan aiskrim je.


Petang tu pulak kami lepak tepi pantai sambil menikmati keindahan alam sambil minum air kelapa. Ai pulak amik peluang pegi urut..urut harga murah dan berpanoramkan pantai yang indah ok...dah la mak cik tu pandai urut..siap betulkan peranakkan ai....huuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....terasa berjalan 'benda' di dalam tu. total urut THB300






Sekali lagi lepas Maghrib kami try cari makanan halal Pattani dekat area Lamai...kitaorang naik motor hampir 3km dari Lamai. Tapi rupanya Lamai agak mati diwaktu malam. Nak dijadikan cerita.....tayar motor pulak pancit!!! Aduuuuuuuuuuuuuhai.....Incik Pinky suruh ai tunggu depan Family Mart (ala-ala 7-E) sebabnya dia nak p cari kedai motor, motor tak leh naik dah sebab tayar flat terus. Mimi pulak tidur. Ai pun menunggu la depan family mart tu...dah rasa macam apa dah. Selang 5 minit, Incik Pinky datang balik. Dia cakap dia tak p kedai pun dia pam je...nampak ok sebab tayar ok semula. Kitaorang pun nak teruskan perjalanan la, tak sampai 10 cm.. POM! Hamek....kali ni ai sendiri dengar tayar tu letop.


Huuuu....sekali lagi ai kena turun dan tunggu tepi jalan sambil dukung Mimi yang lena diulit mimpi. 5 minit lepas tu Incik Pinky patah balik...katanya ai kena jalan kaki lebih kurang 1 km untuk sampai ke kedai motor. So berjalan la ai....huuuuuuuuuuuuuuuuuu


Nasib baik kedai motor masih bukak...kos ganti tiub motor THB150. Disebabkan dah lapar n malas nak pikir kitaorang pun decide nak makan je kat kedai India kat Pekan Lamai tu. Tak makan banyak pun asal ada nasi nak suap kat Mimi.

Lepas dinner pegi pasar malam - cari cenderahati dan tshirt.
Dekat Lamai ni kalau korang nak tau..sangat2 kurang orang tempatan yang boleh berbahasa Inggeris. So kena pepandai la nak bercakap or nak nego-nego.

Ok....rasa macam penat pulak cerita nih...kita sambung ye..cerita esoknya pulak. mmmmmmmmmmmmmuah!


*************************
Coconut beach 1 night via Agoda.com = RM150
Aiskrim kelapa = RM6
Urut = RM30
Air Kelapa = RM8
Tiub Motor = RM15
Dinner = RM30

Total = RM239



Bangun je pagi, macam selalu yang kami buat, kami akan amik angin pagi. Pantai Lamai ni lebih bersih dari Chaweng. Serius, pemandangan juga lebih cantik. Mungkin kerana kawasannya sedikit ke arah perkampungan dan antara Lamai dan Chaweng terpisah oleh bukit bukau.



Kami breakfast dekat cafe hotel je. Lepas breakfast, basah2kan diri pool. Kitaorang terus keluar berjalan-jalan sekitar Lamai. Viewpoint, Hinta & Hinyai (Grandmother's & Grandfather's Rock).


Terasa tak puas sebenarnya duduk di Lamai, kami dah kena ke Suratthani. Lamai sangat cantik dan damai bagi ai...terasa rugi tak bermalam 3 hari! Hahhahahahhaa~

Dari Coconut Beach kami di jemput oleh agent ke jeti untuk ke Suratthani. Memandangkan tiket semua dah beli so tak de problem la.

Sampai di Suratthani, agent untuk hantar kami ke Hotel MyPlace dan pun menunggu. Tapi rupanya dia tak hantar sampai hotel pun. Dia hantar sampai opis dia je..lepas tu dari opis agent kami naik tuk-tuk ke hotel. Kami sampai jam lebih kurang 1730. Tapi kami tengok Bandar Suratthani macam dah nak CLOSE! Sunyi.......







Sampai di hotel kami di welcome dengan sangat 'warm' siap bagi peta bandar dan tunjuk mana tempat menarik yang kami boleh pegi.

Mujur hotel yang ai book ni dekat dengan semua tempat..walking distance semuanya. Tapi pepaham la walaupun walking distance tapi agak penat sebab kena berganti2 dukung Mimi.Ni lagi saru nak cerita. Bandar Suratthani bukan tempat Halal friendly food! Kami terpaksa mengekori student2 yang muslim di pasar malam. Kat mana derang berhenti beli makan kat situ la kami makan. Dan akhirnya malam tu kami cuma jamah meehoon goreng dan cocok-cocok. Oklah dari tak de.


Kepada peminat Hello Kitty, kat Suratthani ada banyak kedai Hello Kitty ye...leh la datang tengok2...hehehhehehe..tapi maaflah owner kedai agak sombong orangnya.



Suratthani lepas kul 2200..dah tak de apa yang korang boleh tengok...hiburan pun kurang ada...so TIDO je la... :P


***********************************************
Cenderahati = RM10
Minyak Motor = RM 8
Tuk-Tuk = RM2
Hotel MyPlace via AirAsiaGo = RM60
Dinner = RM15

Total = RM95


Semalam kata orang dekat opis Phatip tour tu derang akan jemput kami kul 0900 dekat depan hotel.
So..pagi2 lagi dah kemas. Lepas kemas bersarapan dulu. Punyalah bagus layanan hotel MyPlace ni...siap time checkout bagi gift lagi hehehehehe...


Lepas breakfast kitaorang pun just lepak sementara menunggu time nak dijemput. Nak tau apa jadi? Sampai 930 yang ditunggu tak tiba. Reception hotel pun tolong call opis Phantip..rupanya dah ada salah faham kat situ. Dia tak ckap BAS yang akan jemput. Rupa2nya kami dah terlepas BAS!!!!!



Alamak!!!!! dah la flight kul 1220. Ni kalau lambat lagi matilah!!!
Last2 kami di hantar ke opis Phantip tak jauh dari MyPlace hotel. Dan kami terpaksa menunggu 1 jam 30 minit untuk bas yang seterusnya. Dalam hati berdoa agar flight delay. Dah la tukang bawak bas pun bawak bas punyalah slow.


Syukur sangat bila doa dimakbulkan...flight delay 2 jam! Hamekkkkk nak sangat delay kan? bagi delay sunguh-sungguh. Jenuh menunggu! Hehehehehehehe

Jam lebih kurang kul 4 kami sampai di KLIA2 ...tetiba menggagau cari duit Malaysia pulak..hahahahahaha~
Mujur bawak ATM kad.

Letih jugak tapi seronok. Sampai rumah dekat kul 6.
So...perjalanan kali ni mengajar kami lebih erti susah sikit dari trip2 yang sebelumnya. Namun berbaloi....ada rezeki nak repeat lagi.
So itu aje!

***********************************************

KLIA Express = RM70

Total hangus KL-Suratthani-Koh Samui-Koh Tao-Koh Samui-Suratthani-KL
RM2122 untuk kami anak beranak 5 hari 4 malam

P palang S : kalau korang ada persoalan nak tanya..boleh tinggalkan soalan dan email kat komen box...nnt i jawap ye. Trimas

watermark

1 comment:

MaMa Chantique said...

Wahhh..menarik walaupun agak kepenatan...baca pun dah penat berdebor pun yer..especially bab tayar moto pancit tu..huaaa ngeri juga kalau terkena kat tempat org gitu..huhu

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...