Monday, June 13, 2016

:: Resepi Ikan Bilis Tumis Asam ::



BAHAN-BAHAN:

Ikan bilis secukup sesuka hati anda = digoreng
2-4 biji bawang merah = dikisar
2-4 ulas bawang putih = dikisar
15gm halia = dikisar
1 tangkai cili merah = dihiris
Cili kering ikut suka = dihiris (rebus dulu ye)
2-3 biji bawang besar = dihiris (ai memang suka bawang hahaa)
air asam dalam semangkuk kecik
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bahanbahan yang telah di kisar. Tumis sehingga naik bau. Masukkan pulak cili kering.
2. Selepas itu masukkan air asam. Kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan bawang besar, cili merah,  dan ikan bilis yg telah di goreng. Gaul lagi sehingga sebati.
4. Akhir sekali masukan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan angkat.
5. Sedia dihidangkan.

Sedap bak angggg!
Trimas mak mertuaku sebab bagi idea untuk resepi nih. Berkenan sejak makan dari dalam pantang lagi.

watermark

No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post