Thursday, April 7, 2016

:: Seram - Sesat!! ::

Oh ya. Kejadian ni masih lagi baru. Waktu kejadian malam awal lagi dalam pukul 2100. Ai teman adik ai cuci kipas bilik dia dekat garaj depan rumah. Mimi pun ada sama main-main kat garaj.

Angin tak de sunyi je malam tu. Tetiba tengah syok-syok adik ai membebel sambil cuci bilah kipasnya, dia terdiam. Pandang ai. Ai pandang dia balik. Senyum. Dia bangun. Terus cakap, "Mimi dah main, jom masuk!"
Mimi lak menjawap, " No!" cepat-cepat dia lari main kat tepi kolam ikan pulak.
Masa tu tetiba rasa bola roma naik. Tah kenapa. Adik ai letak kipas dalam rumah n terus tarik Mimi masuk rumah cepat-cepat. Tutup pintu. Masuk bilik tak cakap sepatah haram pun.

Esoknya, adik ai tetiba tanya.
"Akak, malam tadi akak ada cuba nak bukak pintu bilik ke?"
"Tak de..kenapa?"
"Pukul berapa tak tetibe dengar tombol pintu kena gegar2 macam ada orang nak masuk,"
FYI, pintu ngan katil adik ai sebelah-sebelah je. Hujung katil dia kat pintu. Tapi dia suka tidur kepala membelakangkan pintu tu.

Dia pun bukak la cerita balik. Dia cakap time dia ngah cuci tingkap tu tetiba dia terbau wangi. Tu yang dia cepat-cepat habiskan kerja dia n ajak masuk. Masa dia laung nama mimi tu katanya lepas habis ayat je, dia dengar ada suara mengajuk balik tapi sayup je macam dekat belakang pokok-pokok bunga dekat luar garaj tu.

Terus malam tu rasa nak demam membawak ke esoknya. Pastu dia cakap kat opis dia ada sorang dak lelaki ni jenis hijab mata terbukak. Dia tegur pagi tu tanya kat adik ai. "Tak sihat ke?" "Ada 'benda' sesat kat rumah" katanya.

Terus ai teringat, malam tu ai ada terjaga dalam kul 3 lebih. Ai keluar nak p amik pampers bidadari. Memang rasa seram lak tetiba bila dengar bunyi 'flap ..flap flapp' rama-rama besar terbang dari atas bilik ai n berlegar kat ruang tamu. Besar macam kelawar!

Tapi ai tak fikir apa, ai selesaikan tugas n masuk bilik balik walaupun sebenarnya malam tu ai ngan bidadari tidur2 ayam je.

Benda apa lagi la sesat kat rumah ai tu..hopefully dia dah balik rumah dia.



watermark

2 comments:

YieN said...

Serammmm jugaq :(

Mommy Cici said...

alamak seramnya -__- padahal awal lagi

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...