Monday, April 18, 2016

:: Review - Mr. Os Chalet, Kuala Kangsar ::


Sebelum kita mula mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Mr. Os dan doakan arwah ye.





Plan untuk menginap di Mr. Os Chalet ni tak di plan langsung sebab main terjah aje atas ajakan kakak ipar ai. Makanya kami sekeluarga bergegas la ke Mr. Os Chalet.


Tempat Penginapan : Mr. Os ChaletAlamat : Kuala Kangsar, Perak


Sesampai aje kami sekeluarga di chalet ini, kami dihidangkan dengan pemandangan menghijau kawasan kampung. Dari jalan besar untuk ke sini lebih kurang 200meter.

Parking memang luas. Jangan risau sesuai jugak tempat ni untuk buat family day. Ada kolam renang, ada tempat bersantai/pondok untuk santai dan tempat bbq.


Ni opis chalet Mr. Os, untuk tempahan leh telefon nombor yg ada kat cermin tingkap tu.

Ni la pondok santai yang ai mentioned awal tadi, sebelah ngan swimming pool aje. 

Jalan masuk ke Mr. Os Chalet, start dari tempat korang nampak motor tu dah ada deretan rumah/chalet untuk diinapi/tempah/duduk

Kami sekeluarga menyewa kat blok hijau kuning tu ada 4 pintu di situ. Parking pun luas sangat.




Entrance masuk swimming pool.
Untuk pengetahuan korang setiap pintu/kawasan dalam Mr. Os chalet nih ada nama tersendiri, katanya berdasarkan nama adik beradik Mr. Os katanya.



Bilik kami namanya "Idris" luas juga, ada satu katil queen, satu single dan leh bentang toto lagi kalau nak dok ramai. Kira Selesa la.


Jangan risau....ada TV uolls!



Haaaa....mungkin masalah besar bagi sesetengah orang tapi pada ai masalah kecik je ni tapi agak mengganggu sebab ai ada anak kecik. Semut/bugs sentiasa ada walau dah sapu berkali-kali. Mungkin sebab rumah ini duduk dalam kawasan kampung dan ada dusun dan ada banyak pokok kat kawasan sekeliling.


Ini pemandangan dari atas rumah kami.







Pemandangan dari dalam bilik kami


Ada balkoni, memang best lepak2 sambil tgk orang mandi kat bawah


Kawasan belakang rumah, nampak tak apa maksud ai dari mana datangnya bugs n kengkawan. hehehehehehe


Overall ai berpuas hati la dok kat sini. Bilik ada kipas and aircond. Bilik air ok walaupun tak la besar mana tapi memang ok. Kalau korang sewa banglo yg kami sewa ni bilik leh connect to each other..so senang la tinggal sefamily besar.

Berbaloi dengan harganya serendah RM80.00
Boleh datang lagi in the future. Nyamuk? Tak de..semut ada bawak la 'tools' yg perlu kalau korang nak menginap kat sini sebab semut tu naik pai atas katil. Berhati-hatilah takut masuk telinga.


Maklumat tempahan :

Chalet Manager - En. Sabki

HP : 012 635 0897
        019 457 0897

E-mail : oschalet@gmail.com 


watermark

2 comments:

penyisir rambut said...

wahhhh..menarik..ni memang family arwah mr.os punye ke?

Hunny Kitty said...

haah..adik beradik depa punya

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...