Friday, September 4, 2015

:: Misteri - Nenek,Nenek Si Bongkok Tiga ::




Hari Ahad lepas ribut kuat sangat disertakan dengan hujan yang lebat. Tak sangka pulak pokok kelapa belakang rumah adik ai nak tumbang. Habis ranap sebahagian dapur. Dia pun balik rumah parents kitaorang amik gergaji nak pokok.

Kerja nak bersihkan pokok pun bermulalah - hari dah Maghrib sebenarnya tapi terpaksa teruskan jugak takkan nak biar pokok dalam rumah. Yang buat kerja masa tu my brotha ngan adik yang last. Selesai je potong pokok tadi. Derang pun nak pegi la kat area stor tempat simpanan bumbung xtra. Sambil suluh dalam kesuraman Maghrib tu derang ternampak sorang nenek terbongkok-bongkok jalan. So buat tak tau sebab belakang stor tu pun memang jalan menghala ke rumah orang lain.

Nenek tu berpakaian serba putih katanya termasuk la selendang beliau. Nenek tu berhenti seketika belakang stor. Derang pun jalan la sampai je kat stor tu....EH?!!!! Nenek tu dah tak de? Mana pulak pegi orang tua tu? Tadi ada..suluh keliling tak nampak pulak.

Lekas-lekas derang masuk rumah balik. Sampai dalam rumah adik yang last tanya "Nampak tak tadi?"
My brotha jawap "Nampak la...ko nampak ke?" adik yang last angguk.

//gambar:google//

Lepas je derang cakap tu...sekali nenek tu jalan slow melintas belakang pintu rumah. Adik yang last nak la pegi tengok....tup2 orang tua tu 'hilang' lagi. Derang pun tak tunggu dah cepat-cepat habiskan acara mengganti bumbung yang rosak. Tutup pintu.

Siapakah nenek tadi? Sebenarnya dah lama nenek tu tak munculkan diri. Tetiba ada balik...kenapa? Tak pasti.


watermark

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...