Wednesday, September 2, 2015

:: Kisah Panda - Perkembangan Terkini Anak Panda Malaysia ::

Pejam celik pejam celik dah 2 minggu jugak la umur anak panda Zoo negara dilahirkan. Masa my brotha balik rumah semalam ai mintak tengok gambar latest anak panda tu..comelnyaaaaaaaaaaa lahaiii!!! walaupun mengempeng je ngan mama dia....tapi dia tetap comel. Dah ada tompok hitam kat telinga badan n tangan..geram lak tengok!!

So far berat si kecik tu dah 350gram (hasil timbang 1/9/2015). Dia sihat dan aktif dan fully BF! Hehehehehe.....Feng Yi/Liang Liang pun sihat sejahtera.

Pada 3 September 2015 adalah acara sambutan birthday utama. Walaupun hari tu masa Ogos dah sambut bday, tapi acara official dan gemilangnya adalah bertarikh 3 September 2015. Katanya Sultan Selangor akan membuat lawatan khas ke Panda Center nanti.





Maaflah ai tak dapat nak publish gambar kat dalam blog ai sebab 'private and confidential' hanya untuk tontonan internal sahaja gambar2 itu. Terpaksalah kita sama-sama tunggu lepas 2 bulan nanti untuk amik gambar anak Feng Yi dan Fu Wa tu nanti ye.



Hopefully pihak zoo bermurah hati nak jemput ahli keluarga untuk pra tonton baby panda nanti..leh la ai share ngan uolls! Hehehehhee..

Sampai itu sahaja berita panda kali ini. Jumpa lagi!





watermark

1 comment:

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post