Friday, May 9, 2014

:: Syarat & Cara untuk Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa ::



Pasport Malaysia Antarabangsa
1. Pengenalan
Pasport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.
a. Kelayakan - Warganegara Malaysia.
b. Tempat Memohon - Permohonan boleh dikemukakan di semua Pejabat Imigresen Negeri di Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia jika berada di luar negara.
c. Tempoh Sah Laku - Tempoh sah laku selama dua (2) tahun atau lima (5) tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan.
d. Spesifikasi Gambar Pasport Polikarbonat
1.Kepingan gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang
2.Saiz wajah pembawa passport berukuran minima 25-30mm
  (50% - 60% ukuran ruang gambar mengikut ICAO)
3.Lebihan ruang di antara kepala dan hujung kepingan gambar berukuran 10mm
4.Lebihan ruang antara dagu dengan hujung bawah kepingan gambar berukuran 10mm
5.Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
6.Tiga suku profil tidak dibenarkan
7.Pemohon memandang tepat ke arah kamera
8.Mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup
9.Rambut tidak melindungi wajah
10.Tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung 
2. Bayaran Pasport
a. RM100.00 untuk 2 Tahun
b. RM300.00 untuk 5 Tahun
3. Bayaran Bagi Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas) dan Kanak-Kanak (berumur dibawah 12 tahun)
     a. RM80.00 untuk 2 Tahun
     b. RM150.00 untuk 5 Tahun
4. Bayaran Separuh Harga (RM 150.00 untuk 5 Tahun)
Bagi pelajar berumur di bawah 21 tahun yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di luar negara)
a) Dokumen Sokongan :
i.        surat tawaran IPT atau Agensi Pengambilan Pelajar atau surat tawaran biasiswa / tajaan
ii.        Resit bayaran yuran pendaftaran
iii.        Kad Matrik Pelajar (jika sedang belajar)
5. Pengecualian Bayaran / Percuma (Gratis)
a. Golongan orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajiikan Masyarakat dan mengemukakan Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.
6. Bentuk Bayaran
a. Tunai
b. Wang pos atau bank draf yang dipalang
i. Malaysia - Atas nama KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA atau PENGARAH IMIGRESEN NEGERI dimana permohonan dikemukakan.
ii. Luar Negara - Atas nama SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/PENOLONG SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/KEDUTAAN BESAR MALAYSIA/KONSULAT JENDERAL MALAYSIA (di mana berkaitan).
*Cek persendirian atau syarikat tidak diterima.
7. Cara Memohon Pasport Kali Pertama
Pemohon perlu mematuhi prosedur berikut:
a. Pemohon hadir sendiri di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
b. SEMUA permohonan kali pertama harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah :




Buku pasport baru akan dikeluarkan kepada permohonan gantian pasport.
8. Permohonan Gantian Pasport Melalui Kaunter

Jika pemohon ingin memohon Pasport baru menggantikan Pasport yang belum tamat tempoh sahlakunya , baki tempoh (had maksima 6 bulan sahaja) yang ada dalam Pasport lama akan dimasukkan ke dalam Pasport baru dengan syarat-syarat berikut:
a. Bukan kes hilang atau rosak
b. Bukan kes dalam siasatan
c. Bukan permohonan gantian pasport untuk tempoh sahlaku dua(2) tahun
Kategori
Dokumen yang diperlukan
Pemohon bawah 18 tahun
§  Sama seperti dokumen yang dinyatakan pada kali pertama permohonan kecuali sijil lahir yang hanya diperlukan jika anak di bawah usia 12 tahun bagi tujuan dokumen pengenalan diri.
§  Pasport Malaysia yang terakhir digunakan.
§  2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
§  Kehadiran ibu/bapa/penjaga sah untuk tujuan kebenaran permohonan.
Pemohon atas 18 tahun
§  MyKad Pemohon
§  Kad Pengenalan Sementara (Resit JPN.KPPK 09 atau 11)(sekiranya tidak memiliki MyKad)
§  Pasport Malaysia yang terakhir digunakan.
§  2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
9. Kes Kehilangan/Kerosakan Pasport Malaysia
a. Kes Kehilangan
i.  Permohonan gantian bagi Pasport yang telah hilang boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan:
o    Kad Pengenalan (KPT)
o    Sijil Lahir
o    2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
o    Borang Soal Selidik Kehilangan Pasport (IMM.42c) yang boleh dimuat turun dan didapati di mana-mana Pejabat Imigresen dan telah diperakui oleh Suruhanjaya Sumpah/Mahkamah.
     ii.  Kelulusan permohonan gantian Pasport yang telah hilang adalah bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan keputusan siasatan dimaklumkan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh permohonan diterima.
     iii. Kategori Kes Kehilangan 
BIL
KATEGORI  HILANG / ROSAK
1
Kehilangan akibat bencana alam (tsunami, gempabumi, banjir dan seumpamanya)
* bukti bencana alam (surat Pegawai Daerah / Penghulu / Ketua Kampung / Perwakilan Malaysia di luar Negara atau Pihak Berkuasa Negara terlibat dan seumpamanya)
2
Kehilangan / rosak akibat kebakaran
*Perlu laporan pihak bomba
b. Kes Kerosakan Pasport Malaysia
Pasport Malaysia diistilahkan rosak jika :
i. Basah
ii. Diconteng / terconteng
iii. Dikoyak / Terkoyak
iv. Dibakar / terbakar
v. Dimakan anai-anai/serangga
vi. Gambar pudar / luntur
vii. Butiran dalam pasport dipinda
Permohonan gantian pasport yang rosak boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan
o    Dokumen-dokumen sokongan (asal beserta salinan) seperti Kad Pengenalan (KPT)
o    Sijil Lahir dan
o    2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Kelulusan permohonan gantian Pasport yang telah rosak bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan tempoh keputusan siasatan dimaklumkan dalam tempoh lima(5) hari dari tarikh permohonan diterima.
10. Maklumat Am
a. Penggunaan perkataan anak lelaki (A/L) dan anak perempuan (AP/) bagi kaum India dan bukan Islam di mukasurat utama Pasport Malaysia telah dimansuhkan tetapi dinyatakan pada mukasurat 'PEMERHATIAN'/'OBSERVATION'.
b. Jika pemohon dibawah usia 18 tahun, kad pengenalan ibu atau bapa diperlukan.
c. Pasport Malaysia yang tidak dituntut selepas tiga (3) bulan dari tarikh kutipan yang dinyatakan pada resit bayaran akan dibatalkan dan dilupuskan.Pemohon yang pasportnya telah dibatalkan jika memerlukan pasport hendaklah mengemukakan permohonan baru mengikut proses biasa beserta bayaran.
d. Tiada lagi kemudahan memasukkan butir-butir kanak-kanak dalam pasport ibu atau bapa. Kanak-kanak (termasuk bayi yang baru dilahirkan) perlu memohon secara berasingan dan ibu bapa boleh memohon untuk menukar gambar setelah bayi meningkat usia 2 tahun ke atas disertai dengan 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang., Sijil Lahir dan hadir bersama-sama anak berkenaan di Pejabat Imigresen.
e. Berdasarkan Akta Penjagaan Kanak-Kanak (Guardianship Act 1961- Pind 1999), ibu kini boleh seperti bapa membuat pengesahan bagi permohonan anak bawah 18 tahun.



p palang s : Sumber - Imegresen Malaysia


p palang s : kepada sesiapa yang belom join GA anjuran saya, KLIK SINI
Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

3 comments:

DYatie said...

Thanks for sharing!

Siti Nooryanawati Mohamed said...

Yg sistem baru ni dah x perlu bawa gambar, sistem baru ni macam buat IC, dia akan snap gambar kita kat c2 jugak. Skrg gambar kat passport, black & white daaa...

Tapi make sure, utk pompuan pakai tdung yg kaler gelap...klu x nanti dia suruh tukar tudung kat c2... Hehehe~

Nuriesya Nadia said...

Kitty kitty , kita tag kitty tuk Liebster Award.

http://nadiaradzif.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-puan-husna.html

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...