Lebih kurang seminggu yang lepas atau lebih tepat lagi tarikhnya adalah pada 10 Januari 2014. Sedang saya elok menikmati sarapan tiba-tiba gigi geraham saya terbelah! OUCH!!!! yes...memang sakit.
Cenggana boleh terbelah?
Kalau nak dicerita lebih detail, adalah kerana sewaktu saya mengandungkan mimi dulu..kalsium2 saya terlampau banyak hilang. Effect paling teruk adalah pada gigi saya. Gigi yang terbelah dua tu actually dah chipped sikit. Tapi still boleh guna..so guna la. Tapi tak sangka pulak tiba-tiba gigi tu nak terbelah dua dan menyebabkan satu bahagian bergoyang dan sakitlah sewaktu menguyah!
So saya pun dengan segera ke klinik pergigian paling terdekat dengan pejabat saya. Iaitu KLINIK PERGIGIAN BANGSAR (GOV).
Bermulalah review saya dan perjalanan dan pengalaman saya untuk pertama kali di KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN ini!
Masa menunggu - 1 jam 30 minit. (tak kisah sangat sebab ada kawan menyembang Mak Cik Jahariah namanya)
Tak lama lepas tu nombor pun di panggil. Merata saya tengok dalam klinik tu ada stiker amaran "Di larang mengambil gambar" "di larang membuat rakaman video" - sebenarnya luar dalam bilik rawatan ada amaran tu....dah kenapa? Terdetik jugak dalam hati.
Saya masuk bilik (yang sebenarnya sebuah partition kecil je) - ada seorang awek dan seorang doktor cina pelat2 cakap melayu dah tunggu.
Dia suruh saya baring - saya ikut.
Dia suruh bukak mulut - saya ikut.
Dia check-check gigi saya sambil mengomel. Oh...! Mulutnya sangat jahat dan ayatnya sangat kasar dan agak kurang hajar yang mana sebagai seorang pesakit saya amat terganggu dengan kata-kata doktor itu!
Sudahnya....dia treat saya dengan KASAR sekali.
Sebelum tu terlupa nak cerita bab BIUS!
Dia bius saya 2 kali. Lepas bius terus dia halau saya keluar suruh tunggu. Saya tunggu lagi kat luar dalam 30 minit sebelum di panggil.
Selama ini saya hanya berjumpa 2 org doktor gigi sahaja dan mereka sangat 'berseni' orangnya. Di sebabkan kecemasan hari tu saya pergi klinik lain. Dan bertemu dengan doktor gigi yang KASAR bukan sahaja dari segi kerja malah bahasanya juga kasar!
Habis dia rongkah mulut saya..sampai bukaan mulut saya dah over limit. Bila saya 'mengaDUH' lagi dirongkah mulut saya ni! Sampai dia laung kuat-kuat kat awek assistant dia "SHIMA! SHIMA! u habiskan la dia nih!"
Wahhhhhhhhhhhhhhhhh...apakah jenis ayat itu?
Dia korek2 gusi saya macam korek tanah yang super keras nak siap gerudi nak buat tanam kabel!
Oh.....sakit oi!
Saya tidak langsung diberi peluang untuk berkumur atau meludah sepanjang rawatan. FINE!
Air liur dia biarkan je meleleh or telan je ngan darah2 dan ubat2 bius!
Macamni ke perkhidmatan yang patut diberikan oleh seorang DOKTOR? Mana sumpah janji setia etika "Merawat Pesakit Dengan Ikhlas Bertanggung Jawap dan Kasih Sayang" ?????????????????
Dan tahukan anda keesokkan harinya GUSI saya bengkak TERUK sehingga saya perlu mendapatkan rawatan di KLINIK SWASTA yang lain!!!!?
Baju saya juga ada terpercik darah! Sangat dasyat kerja doktor tu (memang anda tidak akan diberikan sebarang alas ye). Maaf ye, bagi saya doktor sebegini tak sepatutnya di nobatkan sebagai seorang DOKTOR!
Atau mungkin doktor sebegini beranggapan "Alah...bayar RM2 je..." so servis pun servis dua ringgit la!
So kesimpulannya ialah....saya mahu doktor ini dimabil tindakan! Perkhidmatan di klinik ini perlu diperkemas.
Ajar doktor-doktor sebegini ETIKA dan BAHASA.
Dan saya memang tak syorkan sesiapa pun ke KLINIK PERGIGIAN BANGSAR di bawah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ini.....kerana saya ada pengalaman yang sangat teruk walaupun ianya berpunca dari seorang DOKTOR yang bernama FCS!
sekian. Luahan hati saya yang terguris.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Top Post
-
Kat sini ai list down kan klinik/tempat yg tawarkan scan 3d/4d sekitar Malaysia. Maka dengan itu..call la dulu n tanya la macam2 sebelum ...
-
Dah lama rasanya tak menyumbangkan cerita...hahahhaha.. ingat tak cerita yang lepas pasal pintu bilik meeting dalam opis iolls tu? Haaa...
-
Dear Mimi, Ini adalah catatan mama buat mimi, manalah tau berguna kemudian hari nanti bila mimi pulak dah ada anak...hehhehehe Tanggal 1...
-
oh..sejak dua menjak ai..badan kadang2 rasa tak besh....rasa nak muntah tu pun ada lah jugak....dari segi nafsu nak makan....membuak2 macam...
-
Tarikh: Penolong Pengarah, Bhgn Nikah, Cerai dan Rujuk Pentadbiran Undang-undang Syariah Tingkat 3, Blok Perpustakaan Ko...
Takut!!!! =_='
ReplyDeleteish.. teruknya etika doktor tu.. mcm tu ke nak jadi doktor??
ReplyDelete