Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.
1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru
Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian
seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa
rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.
Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga
barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji
sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di
Pulau Pinang.
Ia dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia.
Turut mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di
Sarawak dan Paka di Terengganu.
Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka
tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah
ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di
pulau.
Mungkin ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di
jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua
terpaksa dibuat untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu.
Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang.
Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu
tingkat tiga bilik di Tanjung ToKong disewa dengan kadar RM1,000
sebulan. Namun kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal
yang boleh diperolehi sekitar RM500 sebulan.
Walau kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga
barangan keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding
bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.
Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding
Kuala Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan,
walaupun Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang
termahal, mungkin kerana kesegarannya.
Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah
antara RM10.00 ke RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.
Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala
Terengganu, ia menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan
pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala
Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.
Namun di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara
hidupnya agak tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat
tinggal pekerja industri gas dan petroleum. Ia memberikan kesan pahit
kepada penduduk tempatan yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan
barangan keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai
pendapatan lebih baik berbanding mereka.
Keadaan sama berlaku di Sarawak, bandar Bintulu dan Miri yang menjadi
pusat industri gas dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini
terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan ketara.
P/s; Menjelang tahun 2014 ini, sememangnya ia adalah tahun yang
mencabar bagi rakyat Malaysia. Mana tidaknya dengan kos sara hidup yang
semakin meningkat, minyak, tol dan elektrik serta makanan adalah
sebahagian utama keperluan rakyat Malaysia, ditambah pula dengan harga rumah yang semakin meningkat naik.
Adakah dengan mencari alternatif lain seperti bekerja sambilan mampu
mengurangkan tekanan kos sara hidup yang dialami oleh rakyat?
Pada pendapat kami kerajaan perlulah mengurangkan atau tidak lagi
menaikkan harga keperluan asas seperti minyak dan elektrik kerana ia
memberi impak yang amat besar kepada seluruh penduduk Malaysia. Kerajaan
juga perlulah mencari/merangka alternatif selain pemberian BR1M, ada
lagi insentif lain yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban
rakyat.
Selamat menyambut Tahun Baru 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Top Post
-
Kat sini ai list down kan klinik/tempat yg tawarkan scan 3d/4d sekitar Malaysia. Maka dengan itu..call la dulu n tanya la macam2 sebelum ...
-
Dah lama rasanya tak menyumbangkan cerita...hahahhaha.. ingat tak cerita yang lepas pasal pintu bilik meeting dalam opis iolls tu? Haaa...
-
Dear Mimi, Ini adalah catatan mama buat mimi, manalah tau berguna kemudian hari nanti bila mimi pulak dah ada anak...hehhehehe Tanggal 1...
-
oh..sejak dua menjak ai..badan kadang2 rasa tak besh....rasa nak muntah tu pun ada lah jugak....dari segi nafsu nak makan....membuak2 macam...
-
Tarikh: Penolong Pengarah, Bhgn Nikah, Cerai dan Rujuk Pentadbiran Undang-undang Syariah Tingkat 3, Blok Perpustakaan Ko...
hehehe. . mmg mahal kos tggl d bntulu. . aini tggl d sana. . :)
ReplyDeletewow tak sangka k.trg no.6
ReplyDelete