Tuesday, January 7, 2014

:: Pedih ulu dan senak ketika kehamilan - Gaviscon ::

Pernahkah anda dengar tentang GAVISCON?

Dalam entry kali ini saya ingin berkongsi dengan para ibu bapa di luar sana tentang pedih ulu hati/senak/gastrik/ketidakhadaman dalam kehamilan.


Kehamilan adalah salah satu pengalaman unik yang hanya difahami oleh kaum hawa. Ketika ini, hubungan erat terjalin antara anak dan ibu. Pada ketika ini jugalah ibu-ibu inginkan persekitaran yang terbaik untuk kehamilan dan jauh dari kesulitan yang berkaitan dengan kesihatan. Hanya yang terbaik dalam segala-galanya dalam menyambut kelahiran anak tercinta, itulah hasrat semua ibu di dunia ini.






Namun demikian, tempoh kehamilan juga datang dengan situasi yang kurang menyenangkan kepada ibu-ibu. Antaranya pengalaman yang tidak dielakkan ole para ibu ialah pedih ulu hati dan senak. Maka, adalah penting bagi ibu-ibu untuk mengetahui mengapa pengalaman tersebut berlaku dan bagaimanakah untuk menghadapinya.

Salah satu punca mengapa wanita hamil lebih kerap mengalami pedih ulu hati san senak ialah perubahan hormon dalam badan ketika kehamilan. Hormon Progesterone yang mengendurkan otot-otot badan ketika kehamilan menyenangkan asid perut mudah mengalir ke ruang esofogus kerana keberkesanan otot injap perut juga dipengaruhi oleh Progesterone. Selain itu, janin yang membesar dalam kandungan ibu setiap hari menyebabkan asid perut mudah mengalir ke esofogus kerana tumbesaran janin memerlukan lebih banyak ruang setiap hari dan mendekatkan asid perut kepada rongga esofogus. Dalam ini, jikalau ibu-ibu tidak menjaga pemakanan dan aktiviti-aktiviti harian mereka ketika kehamilan, pengalaman pedih ulu hati dan senak mungkin bertambah serius.


Pengalaman-pengalaman yang kurang menyenangkan ini bukan tanpa penyelesaiannya. Beserta dengan post ini adalah infografik yang disediakan oleh Gaviscon untuk wanita-wanita hamil, dengan harapan dapat membantu mengurangkan pengalaman yang kurang menyenangkan di antara wanita-wanita hamil







1 comment:

  1. salam perkenalan
    jemput join segmen ni..http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/10/9-awesome-blogs-of-month.html

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post