Monday, November 4, 2013

:: Itu Karma! ::


Adalah seorang teman ni yang bertemankan seorang teman yang lain. Menyampaikan khabar yang agak tak berapa nak best kalau membacanya tapi dari segi logikanya mungkin orang lain cakap 'PADAN MUKA' dia. Setelah berlori makian walaupun ada terdetik sedikit kesian tapi nak buat macamana kalau dah the wheel turns to you kan?

Orang dah kata orang dah nasihat jangan menongkat langit. Tapi begitulah dia sejak dari bangku sekolah lagi rupanya. Memang tak ramai suka sikap GOOD-GOOD beliau itu buat jadi meluat pulak! Tapi orang saja berkawan dengan dia agar dia tidak rasa sunyi belakang hari. Tapi macam biasa la akibat terlampau spoiled dan manja menjadikan beliau tidak berpijak di bumi nyata. Berkawan pun berkasta! Haih!

Orang kata kali pertama tu banyak jugak mengajar dia - malang sekali tidak! Sudah kali kedua masih mendongak ke langit. Tak tau nak sampai berapa kali baru nak cakap tak sombong! Oh..i'm not speaking english here! PUI!!!! Katanya belajar kat London something-something....so?
Belajar la kat manapun tapi kalau tak hormat orang tua, depan kita gini belakang kita gitu. Tak guna jugak.

Ada satu kejadian baru-baru ni jugaklah...kesian tengok orang tua tu bagi salam berkali-kali. Tak dibukak pintu. Dibiar je orang tua tu terpacak depan rumah dengan salam yang tak disahut padahal orangnya ada je dalam rumah. Tak boleh nak jumpa cucu sebab dah 'putus' keluarga katanya. Tapi hormatla sikit masih cucu dia kan? Lagipun siapa yang suka lari dari bicara kat mahkamah kalau bukan diri sendiri? Dah tu skang..? Habis 'time' je terus pacak khemah depan rumah buat kenduri! Mula kata orang itu ini...padahal diri sendiri ada kaji pasal apa yang jadi sebelum ni. Tu la orang kata masa ada duit je boleh CINTA boleh CERITA lepas tak de duit?

Tengok orang lain nak jadi macam orang lain tapi ukur baju kat badan yang stok montok mantap kecur air liur tak macam diri sendiri. Kawan/sedara mara keliling nak UP, awak TAK NAK kalah! Padahal - KOSONG!

Nampak diluaran amboiiiiiiiiiiii alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahai sopan santun halus tulus mulus la. Tapi dalam - huis!!! Even kawan baik sendiri takut ngan true color! Agaknya manusia gini memang jenis suka guna pakai orang time senang dan menyenangkan diri sendiri. Tapi bila 'zaman' tu dah berakhir, jemput pergi kenduri/keraian pun dah tak lagi!

Kesian..kesian itu je aku leh kata. Kali ni tak tau berapa lama. Mak aku kata kita tengok je orang cenggini. Percaya tak 'buat baik balas baik..buat jahat balas jahat - itu karma kan?'

sekian!




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...