Wednesday, November 13, 2013

:: Apa itu Parlimen Belia? ::

~Latar Belakang~
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia telah bersetuju supaya dilaksanakan Makmal Transformasi Pembangunan Belia sebagai satu usaha untuk mengenali serta memahami keperluan sebenar generasi Y di negara ini. Makmal yang dilaksanakan pada 1 November 2010 hingga 10 Disember 2010 telah menghasilkan 6 inisiatif transformasi yang dilihat wajar untuk dilaksanakan khususnya dalam menjadikan generasi Y sebagai fokus utama pembangunan belia negara.

Salah satu inisiatif tersebut adalah adalah mewujudkan Parlimen Belia Malaysia. Parlimen Belia Malaysia merupakan platform bagi menyuarakan suara belia yang berbeza daripada kaedah pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN). MPBN telah diwujudkan pada tahun 1971 sebagai satu forum ala “Parlimen Belia” bagi membincangkan pendekatan, isu serta aktiviti pembangunan belia negara.

Peranan MPBN ini amat besar dalam sejarah pembangunan belia negara khususnya dalam menentukan hala tuju dan pendekatan pembangunan belia yang perlu berubah mengikut keperluan dan peredaran masa. Hasil makmal mendapati bahawa MPBN amat baik dan wajar diteruskan sebagai forum terpenting bagi menyuarakan pandangan dan “suara belia” dalam pembangunan belia negara. Makmal juga mendapati bahawa MPBN telah melalui beberapa fasa perubahan yang penting dan wajar dalam menangani situasi semasa yang sentiasa berubah.

Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan MPBN sebagai platform dalam menyuarakan suara belia perlu dikaji dan diperkasakan selaras dengan usaha transformasi pembangunan belia itu sendiri. Oleh itu, kementerian melalui makmal telah melahirkan inisiatif Parlimen Belia Malaysia berasaskan jumlah persatuan belia yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia. Hanya 20 peratus daripada belia Malaysia terlibat dalam persatuan belia.

Parlimen Belia Malaysia ini adalah bagi memberi peluang kepada 80 peratus belia yang bukan ahli persatuan belia bersuara bagi mewakili belia-belia di peringkat akar umbi dalam memberi pandangan terhadap pembangunan belia negara. Peranan dan fungsi Parlimen Belia Malaysia sebagai platform kepada belia menyuarakan idea dan pandangan hampir menyamai Parlimen Belia di kebanyakan negara-negara maju seperti Australia, United Kingdom, New Zealand dan Negara-negara Eropah.












~Objektif~

Pelaksanaan Parlimen Belia Malaysia adalah bertujuan untuk melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa sejajar dengan keperluan negara masa kini dan masa hadapan.

Objektif Parlimen Belia Malaysia adalah: Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemimpin dari kalangan generasi Y demi kepentingan survival dan penerusan kepimpinan negara jangka panjang; Sebagai platform kepada belia bagi memberi peluang dan pengalaman secara praktikal dalam proses membuat undang-undang serta memahami sistem pentadbiran negara. Menjadi rujukan mengenai trend belia kepada pentadbiran Negara.

~Kriteria~

Kriteria Utama Ahli PBM adalah seperti berikut:-
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur 18-30 tahun semasa memohon;
  3. Memiliki kualiti kepimpinan, penglibatan dan hubungan aktif dalam program komuniti;
  4. Tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah.*perlu mendapatkan pengesahan berkelakuan baik daripada agensi atau pihak yang berkenaan jika pernah disabitkan kesalahan;
  5. Tidak muflis;
  6. Mempunyai minima 5 orang penyokong yang berumur belia (15-40 tahun) dari negeri yang ingin diwakili;
  7. Menggunakan alamat di dalam kad pengenalan

~Kaedah Pemilihan~

Kaedah Pemilhan Parlimen Belia Malaysia adalah seperti berikut:-
  1. Struktur pemilihan APBM yang baru adalah mengikut negeri yang pada asalnya dipilih mengikut kawasan Parlimen.
  2. Keahlian PBM adalah seramai  119 orang iaitu mengikut taburan kepadatan populasi belia di setiap negeri. Rasional bilangan Ahli Parlimen Belia Malaysia adalah seorang APBM bagi setiap 100,000 belia (1:100,000). Pecahan APBM mengikut negeri adalah seperti
BIL
NEGERI
POPULASI BELIA
BIL. AHLI PBM
1.
PERLIS
100,800
2
2.
KEDAH
791,100
8
3.
PULAU PINANG
644,200
6
4.
PERAK
936,100
9
5.
SELANGOR
2,472,400
25
6.
KUALA LUMPUR + PUTRAJAYA
771,200
8
7.
LABUAN
40,100
1
8.
NEGERI SEMBILAN
420,300
4
9.
MELAKA
350,1004
4
10.
JOHOR
1,372,500
14
11.
PAHANG
636,100
6
12.
TERENGGANU
460,300
5
13.
KELANTAN
654,300
6
14.
SARAWAK
1,018,300
10
15.
SABAH
1,142,000
11
JUMLAH
11,809,800
119

.3. Kaedah pemilihan 119 Ahli PBM dilaksanakan secara online melalui Sistem Pemilihan Ahli Parlimen Belia Malaysia (e-PBM) diwww.parlimenbelia.gov.my.
4. Bagi memastikan kredibiliti dan kebolehupayaannya memproses pemilihan APBM, pihak ketiga akan dilantik untuk mengaudit sistem E-PBM.
5. Pemilihan Ahli PBM :
a) Seorang pengundi hanya boleh mengundi calon mengikut bilangan kuota.
b) Pengundi dan calon mestilah berdaftar dari negeri yang sama.
6. Pelantikan Ahli PBM :
a) Ahli PBM yang telah dipilih akan diperakukan pelantikannya oleh YB. Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
b) Tempoh pelantiikan APBM adalah 1 penggal (2 tahun).
JOM SHARE!

Sponsor sikit...KLIK SINI ye

    No comments:

    Post a Comment

    komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

    Top Post