Monday, June 17, 2013

:: Petua Melebatkan Rambut Bayi ::

Macam-macam petua yang ai baca dan dengar ..tapi petua yang bakal ai kongsikan ngan uolls adalah petua yang diturunkan kepada ai oleh my mom....

1) sapu minyak kelapa (tapi kalau baby kecik sangat sikit2 sudah sebab 'panas' katanya)

2) pucuk manis+susu ibu (ramas2 daun pucuk manis tu dalam susu ibu...sapukan kat kepala baby ala2 tepek bedak sejuk gitu) - andai kata dah tak de susu badan...gunakan alternatif minyak zaitun/baby oil sebagai ganti

3) sapu minyak buah keras. Buat sendiri je.

cara-caranya. Beli buah keras. Goreng kering buah keras berkenaan. Sampai warna dah kecoklatan pekat..jgn sampai hangus lak. Angkat, lepas tu campur skit ngan minyak kelapa buatan sendiri. Siap!

Cara 2 : ada juga orang rebus buah keras ni...sebab biasanya buah keras akan keluarkan minyak. Bila ada ala-ala minyak terapung2 tu..amik la minyak yang ada tu. Cenggitu la lebeh kurang cara nak buat minyak buah keras.

so far? memang berkesan...
Jangan lupa selawat... :)



4 comments:

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Gud sharing..done follow back.;p

QasehnyaRania said...

thanks share. kena take noted walaupon blom ada bb
salam kenal


nak merasa serbuk HALAL CHEESE POWDER tak. kalau nak meh join GA saya ni.

http://lobaksusue.blogspot.com/2013/06/qr-mini-giveaway-kedua.html

Nurul Aziz said...

Buah keras.. dah nak habis sebotol minyak buah keras, tapi rambut tetap ajeeeeeee begitu. Hehehe.. adeh!

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. perghh bagus petua ni. orang tua nak buat jugak boleh? hihihi ;p

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...