Monday, June 10, 2013

:: Kota Kinabalu Tour - Part 3 ::


Seterusnya kami dibawa melawat beberapa tempat yg ikonik di Kota Kinabalu



Atkinson Clock Tower -
Menara jam ini dibina bagi memperingati mendiang Francis George Atkinson, pegawai daerah pertama Jesselton yang meninggal dunia kerana penyakit malaria atau "Demam Borneo" ketika berusia 28 tahun pada Disember 1902.
Struktur asal dah tak ada sebenarnya yang ada sekarang pun adalah struktur yg dah dipulihara ye la diperbuat dari kayu..kalau dari tahun 1902 dah tentu 'makan' dek usia kan?
Dan kepada mereka yang belum pernah pegi don't put too high expectation sebabnya tempat ni kecil sahaja dah macam abandon sikit ye.


AL bercerita kat couple dari United Kingdom ni pasal Atkinson Tower.

Selepas Atkinson Clock, kami di bawa ke Bukit Bendera atau lebih terkenal dengan nama - Observatory Tower of Kota Kinabalu.


Tak berapa tinggi tempatnya, tapi cukup tinggi untuk nampak bandar KK.


Ini Masjid Negeri Sabah. Masjid Negeri Sabah pernah diklasifikasikan sebagai bangunan masjid yang tercantik di Asia. Dan yang uniknya masjid ini ada 'part'nya yang diperbuat dari emas. Real gold okay!


dan disebabkan Mama Kitty yang dok bebel tanya bila nak shopping bila nak shopping, AL kemudiannya membawa kami ke :



di sini la ai menghabiskan beberapa RM. Yang penting mulut manis tawar menawar dan yang paling di advice adalah membawa 'local people' unless you know how to speak in their dialect. And no worries it won't cost you much when your are here in Kota Kinabalu.


Ku borong sebanyak-banyaknya kuih cincin ni sebab ku sangat suka. Yang tak bestnya ai terlupa  beli amplang!


Ha....kalau uolls ke pusat kraftangan kat KK nun..kalau nak beli mutiara sabah, beli kat mak cik ni sebab berpeluh jenuh ai berjalan dan ask around she is the one that can give me the best lowest price! Tak kisah la mutiara air tawar ke air masin ke. Kedai number berapa tak ingat dalam 50++ kot...lupa daaaaaa.




Ini pulak cubaan AL mengorat awek jual t-shirt sebab nak suruh bagi harga runtuh kat kitaorang. Hahahaa. Result? BERJAYA!
Sekali lagi for those who is looking for a tour guide or car rental service in Kota Kinabalu, you can call Mr AL at 016-3392902.


Oh ya..sebelum ai terlupa ada beberapa gambar yang i tak sempat snap contohnya Pasar Filipina/Filipino Market yang terletak kat belakang Pasar Kraftangan. Buat yang tak tau apa itu Filipino Market senang cakap actually ianya adalah sebuah 'pasar malam'

Lagi satu Gaya Street, yang ni pun tak sempat nak snap - bagi ai Gaya street market ni, masa ai pegi lebih banyak jual barang bundle. Ngeeeee. So kalau bawak anak-anak kecik tu tak yah la nak pegi sangat, lalu je tak pe. :P


ini Menara Tun Mustapha yang leh pusing 360


ok.....bersambung di episod seterusnya!






1 comment:

  1. nice rite sabah!! i love sabah so much!!sebab sabah tanah airku :3 huhu!! btw hyee sis tengs coz sudi comment blog zee!! i've done follow u!! and once againn hyee HELLO KITTY fanss :S

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post