Wednesday, April 17, 2013

:: Mengenalpasti ciri-ciri tangisan bayi ::


(comel kan? trimas pok cik gugel)



 1. Lampin BASAH
          Umumnya yang pertama kali dilihat saat bayi menangis adalah apakah lampinnya basah? KAlau bukan sebab lampin basah, mesti ada sebab lain…..antaranya:
Ciri-ciri:
Tangisannya berirama teratur, dan  terus-menerus, makin lama suaranya makin kuat pulak. Ini menandakan lampinnya basah & baby dah tak selesa sangat dah tu.

2. LAPAR
          Baby kita lapar kot…? Hurmmmm…
Ciri-ciri:
Tangisan lapar lebih kurang aje ngan ciri menangis masa lampin basah, maksudnya irama tangisan baby agak teratur di situ, secara terus menerus dan semakin kuat. Dan untuk menguatkan lagi ciri2 menangis lapar ni bila mulut baby terkumat-kamit atau seolah-olah menguyah-nguyah..haaaaaaaaaaaa lapo la tuh!

3. SAKIT
Tah-tah baby kita sakit tak?
Ciri-ciri:
Tangisan baby kalau dia merasa sakit adalah berbeza dengan ciri di atas. Baby akan menangis dengan kuat lepas tu berhenti lepas tu nangis balik. Lebih kurang cenggitu la ciri baby menangis kalau dia tengah sakit so kita as parents kena teliti dan pandai bezakan ciri tangisan nih.

4. LETIH

Letih agaknya. Ye la walaupun baby kecik tak pandai sepak bola or berlari satu padang, baby pun leh letih jugak. Ye la..tah tah kita dok bergurau senda ajak dia main seharian ke tetamu dating rumah tak berhenti melayan dia ke, dia pun leh letih tau..
Ciri-ciri:
Menangis agak manja di situ dan merengek-rengek…letih la tu!

5. Kembung Perut
Perut tak sedap (kembung perut).
Ciri-ciri:
Lebih kurang macam sakit time dia sakit, tapi muka dia akan jadik merah. Perut mengeras kalau kita tepuk perlahan leh dengar macam bunyi perut kosong. Lepas tu baby kita seolah-olah menbentak-bentak kaki tangannya..ye la sakit perut la katakan.

Yang ni ada sedikit petua dari mak ai yang ai nak perturunkan kat uolls, if katakan anak uolls kembung perut, seeloknya amik minyak kelapa (yg ori buat sendiri lagi bagus) sapu sikit kat ubun-ubun dia sambil kita selawat, InsyaAllah..lega la dia nanti.
J


6. Sejuk Sangat/Panas Sangat

Kemungkinan dia sejuk sangat atau panas sangat kot.
Ciri-ciri:
Merengek-rengek menangis. So kita kena check la balik suhu bilik ok ke tak or tah-tah berpeluh-peluh baju basah sebab panas sangat. Maka dengan itu kita buat la apa yang patut…

7. Terkejut
        Rasanya yang ni paling mudah nak kesan kot, kalau baby terkejut sangat pun derang akan menangis..so pujuk la anak kita baik2..peluk cium dia…mmmmmmmmmuuuuuuuah!!!


p palang s : mimi ada menangis bosan..kalau dia menangis bosan..dia golek2 sambil nangis..so cepat2 la dukung, kalau dalam kereta maka jawapannya kena bagi dia duduk dekat seat driver....hehehhe




 

1 comment:

Nasuha said...

Anda di tag http://nasuhanass.blogspot.com/2013/04/segmen-gadis-blogger-dslr.html
TQ.

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...