Thursday, September 30, 2010

:: Damd!! ::

Part paling besh buat seseorang yang bakal berkahwin macam aku .....

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

PENENGKAN KEPALA SENDIRIK cari itu ini (bukan barang hantaran) kerana TIGHT BUDGET!!!

Demm!!!!!!

Wednesday, September 29, 2010

:: Al-Fatihah ::

Mohon kwn2 sedekahkan Al-Fatihah kepada Ahmad Tajudin yg telah kembali ke rahmatullah pada pagi td akibat kanser pankreas.
Allahyarham adalah tunang kepada lalink baik ai iaitu Cik Nane . Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan moga Nane tabah menghadapi dugaan dari-Nya dan redha atas ketentuan Illahi. Al-Fatihah~

Salam Takziah dari Me n My Family to u Lalink..ai love u!

Tuesday, September 28, 2010

:: Confused!!!! ::



Budak budak ni suh aku masak makaroni....



tapi nak masak



Makaroni & Cheese ke












atau











makaroni Tuna???


Monday, September 27, 2010

:: Contest : Aku MaLUUU ::


aramakkkkkkkkkkkk kene TAGG buat kontest ngan cik dL la pulek.......hmm.....aku ni kalao citer secara live mmg leh menang raja lawak...nak tulis nih..nak kene amek mood lak..hurmmmm hurmmmm hurmmmmmm ......
tido lambat lagik la aku malam nih......


:: Mencarut ::

Hari isnin ....

Seperti yang kita semua tahu...hari ini tidaklah seperti hari hari yang lain bagi most of us la....

Macam biasa..aku bagun pagi..uruskan apa yang patut bla bla bla...Naik Putra.

Tak tau kenapa aku tertarik untuk berlarilari anak mengejar putra hari ini.

Aku masuk kat pintu 2nd last sebab ada makcik TETTTTTTTTTTT yang terhegeh3 entah apa dia buat kat pintu Putra LRT yg last tu.

Aku pon masuk la..mencelahcelah sikit...berdiri kat 2 org awek. Sorang Rihanna acuan tak ngam ngan seorang muslimah MODEN.

Aku pun mula la layan perasaan dok PK apa tema aku nak wat nanti nih..pening dah kepala. Orang cakap makin nak sampai hari dugaan makin bertimpa..MEMANG PON!

Sampai kat Stesen DAMAI ......

Muslimah : Tengok la kereta tu!!! (sambil dia muncung ke arah hiway)

Rihanna : Kereta mana? Yang PINK tu ke??? (dia pon muncung jugak)

Muslimah : Haah ....

[[[[ FYI kereta tu very light PINK almost macam PUTIH effect PINK]]]]

Muslimah : Entah lelaki entah perempuan

Rihanna : Mesti la Perempuan....takkan la LELAKI lak???

Muslimah : Eh...jangan cakap tau...ade lelaki yang pakai kereta PINK

Rihanna : Iye ke???

Muslimah : Iye......ada satu mamat ni..pakai kereta MyVi warna PINK...ada hello kitty lagi

Rihanna : Akak tengok kat mana??

Muslimah : Kat internet, tapi skang dia dah jual kereta tu sebab dia dah CLASH ngan awek dia

Rihanna : ade ke macam tu???!!

Muslimah : Dekat REBUNG ada jugak satu kereta warna PINK..penuh HELLO KITTY tapi awek yang bawak...

Aku : [[[[ Macam ngumpat aku je nih ]]]]

Rihanna : iye ke?

Muslimah : tapi sekarang dah jarang nampak dah....dah tak kije kat situ agaknya

Aku : [[ sah aku!! mana ada orang lain pakai keta PINK penuh Hello kitty kat rebung tuh!!]]

Rihanna : Yang Myvi tu mesti dia buat keta dia untuk awek dia kan? sebab tu bila CLASH dia jual keta dia tu...

Muslimah : Tu la pasal....

Rihanna : Tengok...ada je balak nak buat kereta untuk awek tapi ade ke awek nak buat kereta untuk balak dia???????

Muslimah : Mesti ade

Aku : [dalam HATI...ADA!! ADA!!! TETTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT .... - saat ni aku berdoa semoga Allah bukakan mata insan3 yang bakal KENE JEKPOT dengan SO CALLED BF/TUNANG/LAKI derang ..nak je aku cakap kat awek berdua tu....korang jangan tak tau...ade je awek yg cenggitu....mangsa keadaan..nak ai kenalkan?? ehh OPPSSSS ape yang ai cakap nih?!! muahahahahahhahahahhaha]]]

**** Lepas tu aku terlepas beberapa point perbualan MENARIK derang ****

Tup tup terdengar nama DR FAZLEY di sebut3

Muslimah : bla bla bla bla bla... dia tu kawen ngan adik angkat dia tau

Rihanna : Haah...lama tak dengar citer pasal Dr Fazley tu,....dia dah KAWEN ke belom agaknya ye?

Aku : [adeyyhhh laaaa...mana ko pegi selama nih?? ]]]

Muslimah : kan dia dah ada anak???

Aku : [[[TETTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT]]]]]

Sunday, September 26, 2010

Prosedur JPJ Tukar Enjin dan Prosedur Tukar Nama Pada Geran kereta....











Menjawab Soalan:

"Ape tindakan yg diambil klu enjin kete tak daftar? "
Menjadi satu kesalahan bagi pemilik kenderaan yang membuat pengubahsuaian terutama pada enjin tanpa kebenaran JPJ dan akan dikenakan tindakan. “Bagi mengelakkan tindakan diambil, pemilik kenderaan diminta supaya sebelum menukar enjin, berurusan dengan JPJ dan membuat permohonan terlebih dahulu bagi memastikan pengubahsuaian itu dilakukan mengikut piawaian ditetapkan,"
Awas Kereta Anda Boleh Disita….






Pemilik kenderaan terbabit di kompaun maksimum RM300 kerana menukar enjin tanpa kebenaran oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
Nombor enjin tersebut ibarat kad pengenalan
Bagi mengelak kenderaan kita daripada dibatalkan pendaftarannya oleh JPJ







Pemeriksaan nombor enjin mestilah sama dengan pendaftaran JPJ
lokasi untuk nombor enjin pula dicop pada blok silinder enjin
Jenis-Jenis Permohonan
1. Kategori 1 : Penukaran enjin yang sama model dan keupayaan kapasiti dengan enjin asal.
2. Kategori 2 : Penukaran enjin dari model yang sama dan keupayaan kapasiti tidak melebihi atau tidak kurang 25% dari enjin yang asal.
3. Kategori 3 : Penukaran enjin dari model yang sama dan keupayaan melebihi atau kurang 25% dari keupayaan asal.
4. Kategori 4 : Penukaran enjin dengan menggunakan bahan api berbeza dari yang asal.
5. Kategori 5 : Penukaran enjin dari model yang berlainan dari enjin asal.
"*Peringatan bila convert enjin, sistem suspensi, brek dan ekzos perlu juga diambil berat pastikan dalam baik, bersesuaian dan selamat...pastikan convertion kita halal"
Syarat syarat permohonan
Syarat syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin·
-Tidak ada pengubahsuaian pada enjin 'Mounting'·Kimpalan pada enjin 'Mounting' tidak dibenarkan.
-Propeller Shaft' tidak dibenarkan dipotong atau disambung di mana-mana bahagian.
-Tiada keretakan atau karat pada enjin 'Mounting'.
-Sistem brek perlu dinaikkan taraf bagi enjin kapasiti melebihi 25% daripada kapasiti enjin asal.
-Sistem gantungan (Suspension System) perlu dinaikkan taraf merangkumi 'Spring Stiffness'.
Prosedur register enjin kereta Lepas covert,
dokumen yg perlu ada:
1. Borang Pemberitahuan Penukaran Enjin Borang B2
2. Geran Pendaftaran yang asal
3. Resit asal pembelian enjin/halfcut dari kedai potong.. kene pastikan enjin yg nko beli tuh ade Resit
4. Surat Kastam K2 yang disahkan (dapatkan dari kedai potong dimana anda beli enjin anda)
5. Insuran yang baru
seterusnya... siapkan dokumen2 tersebut dlm 4 salinan.. bawak dokumen2 tersebut ke:

Bahagian Teknik
Aras 2, Blok D 4, Parcel D ,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62620 Putrajaya
Tel: 03 88866425Faks: 03 88866689
(kalo post aku x pasti lak blh ke x.. apa2 pon try call bhg Teknik dulu)

1.sekiranya tiada org dlm atau pon runner...
anda perlu menunggu selama 2 minggu utk dokumen itu diteliti dan dikepilkan dengan surat sokongan... (kalo ade org dlm ataupun runner.. on the spot dh siap dh..) tiada bayaran dikenakan disini
2.Dah siap dokumen tersebut... bawa ke Puspakom utk pemeriksaan
3.Dah siap pemeriksaan Puspakom... bawa pula ke JPJ yang anda nyatakan di dalam borang JPJ (borg JPJ B2)... SEBELUM anda ke kaunter untuk urusan endorsement... sila call penginsurans anda utk memaklumkan penukaran no enjin yg lama ke no enjin yang baru... SEKIRANYA tidak berbuat demikian... JPJ akan menolak permohonan anda...
selesai berbuat demikian... maka anda boleh memandu kenderaan anda tanpa rasa was-was lagi
Prosedur tukar nama kat geran dari segi urusan jpj,puspakom dan insuran?
-Keta nak di beli mesti di test di PUSPAKOM dulu (kita anggap test luluslah)
-Kemudian owner & pemilik mesti hadir di JPJ tempat nak buat penukaran nama tu (MESTI HADIR, takleh pakai wakil)
-Bawa GERAN & RESULT TEST PUSPAKOM sekali masa tu
-Isi borang JPJ untuk penukaran nama, PHOTOSTAT I/C penjual & pembeli, salinan i/c tu kena GAMKAN pada borang tu di JPJ-Serah di kaunter, tunggu sampai pegawai JPJ panggil untuk disahkan i/C bersama-sama, kendian diorang akan proses tukar nama lah.
-Sediakan RM100 untuk proses tukar nama, nanti dia panggil untuk serah geran yang dah di tukar nama & kena bayar duit proses tuSelesai bab tukar nama.
Untuk insuran plak
kalau ko nak buka insuran baru lagi senang, bawa je geran baru tu p pejabat insuran, diorang buat baru je.. setel. Kalau nak buat 1st party biasanya agen nak tengok skali,
Road tax dah mati
pihak insuran just key-in.. print.. pastu bawak geran & salinan cover note tu pergi renew rodtax
Kalau rodtax masih idop
samada transfer nama dari insruran owner (kalau owner nak la) kalau tak ko kena buat insuran baru gakla. Hal2 ni bleh berurusan terus dengan pejabat insuran, diorang akan bagitau cara2 yang baik.

*Untuk tukar nama tu
kalau syarat JPJ mesti owner & buyer wajib hadir pada masa yang sama untuk pengesahan i/C & terus tukar nama. Tapi kalau ada RUNNER yang memang keja dia berurusan dengan JPJ, dia bleh edjustkan tukar nama dalam geran tanpa kita hadir,cuma kita kena bagi geran,result puspakom & salinan i/C tu pada dia. tapi for surelah dengan BAYARAN. Berapa? bergantung pada runner, sebab kita tau, bukan senang nak ejas owner & buyer nak hadir sama time. So nak cari runner, diorang ni banyak kawtim dengan usedcar, Sebolehnya cek betul2 track record runner sebelum setuju deal apa2pun.

Saturday, September 25, 2010

:: CANDID CAMERA CONTEST ::




Sekali lagi aku telah menjadi bosan lalu masuk CONTEST ni pulak...

CONTEST CANDID CAMERA

Tarikh Tutup :

29 September 2010

Pemenang akan diumumkan pada 1 Oktober 2010

Hadiahnya :


Aku tag kat 5 orang dulu...

1> Budak Kejam

2> Bini Popeye

3> Death Lover

4> Cik Nemo

5>Khumaera



.

.

.

.

.

.

.

.

Dan inilah GAMBIRANNYA :


Gambar ini di ambik oleh seorang 'penembak' professional Incik Hash pada hari persandingan BESTest Fren aku waktu aku berjalan menuju ke arah tempat berkumpul sementara menunggu pengantin berjalan terkedek3 ......


♪ ♫ ♩ ♬SEKIAN, TRIMAS!♪ ♫ ♩ ♬

Thursday, September 23, 2010

Handphone sux!


Dear All...

Pagi ni Henpon ku tak boleh ON!

Sekian Trimas...

Aku agak TENSION nih!!!!!!!

Wednesday, September 22, 2010

:: Dear Cik Bedah ::




Dear Cik Bedah,

Walaupon ai ni tidaklah bernasib bertuah....tapi trimas kerana telah menSHORTlistedkan penyertaan ai ye....ekekekekekekkek


Lain kali bagi ai menang tau....nanti ai belanja u cendol pulut beshhhhh (ekeke bodek nih)

last but not least..

Congrats to The WINNER!!!!

Petikan di bawah adalah dari Cik Bedah punya Blog :

Peserta Contest Pengantin/Anda & Handphone

oraitttt...

kawan-kawan...

sila lah rujuk gambar-gambar ini..

adakah anda tersenarai...

jika tiada..

sila maklumkan secepat mungkin..

kerana...

pengadil seperti sudah berkenan...

dengan calon-calon....

terdapat 16 peserta







Sekian Trimas....

Psttt.... nak ferero Roche yg 3 bijik tu leh tak? hehehehehheh

Tuesday, September 21, 2010

:: Adoiyai! ::

Sangat MEMALUKAN bila aku terbca artikel nih...
sebelom tu awal pagi la...bos aku tunjuk kat aku email ORI ...
tup3 dah ada org blog kan jadah nih...hadeyh laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Monday, September 20, 2010

:: Maksud Tanda Lahir dari istilah perubatan ::



1. PENGERTIAN



Defenisi perubatan menyebutkan bahawa tanda lahir merupakan kelainan kulit pada anak baru lahir (neonatus) dimana satu atau lebih komponen normal kulit dijumpai dalam jumlah berlebihanan; kelainan pada pembuluh darah, pembuluh limfa, sel pigmen, folikel rambut, kelenjar peluh, epidermis, kolagen, elastin atau komponen kulit lainnya. Disamping itu, istilah "nevus" yang sering disinonimkan dengan tahi lalat juga sering digolongkan sebagai tanda lahir.
Kata yang berasal dari kata Latin 'naevus' memang bererti tanda dari ibu. 


2. JENIS-JENIS TANDA LAHIR

a. Hemangioma :

Hemangioma adalah sekelompok pembuluh darah yang tidak  aktif dalam peredaran darah umum dan ia muncul di permukaan kulit. Meskipun boleh tumbuh membesar, hemangioma bukanlah tumor. Tanda lahir ini dapat membesar dua kali ukuran asal, tetapi setelah itu ukurannya akan stabil, lalu warnanya akan menjadi pudar (tampak lebih muda), akhirnya menghilang dengan sendirinya.

Kelainan pembuluh darah yang tidak berbahaya ini umumnya hanya timbul di satu tempat, seperti pada leher atau kepala. Namun pada beberapa keadaan (yang jarang terjadi)  timbul di beberapa bahagian tubuh sekaligus.

Hemangioma sendiri dikenal dalam berbagai bentuk: Strawberry Hemangioma, Cavernous Hemangioma, Salmon Patches

b. Mongolian Spots :

Tanda lahir yang tergolong normal dan tidak berbahaya ini dialami hampir semua bayi, terutama anak Asia Timur. Mongolian Spots terjadi kerana sel melanosit (pigmen) terperangkap di bahagian belakang tubuh bayi pada saat pembentukan sistem saraf.

Tanda ini ada yang berwarna biru, biru hitam, atau kelabu asap, hampir sama dengan tanda lebam. Ukurannya pelbagai dari kecil atau dapat pula sangat besar. Umumnya terdapat pada sisi punggung bawah, juga paha belakang, kaki, punggung atas dan bahu. Tanda ini biasanya memudar pada tahun pertama dan ada juga yang kekal sehingga dewasa.



c. Cafe’ au lait ( ai ada ni..bak kata doktor la) :

Bintik berwarna coklat muda atau tua seperti kopi susu. Bentuknya tidak teratur, mendatar pada kulit dengan ukuran sekitar 3-5 mm. Biasanya terdapat di seluruh tubuh. 

Bila hanya satu tanda, mengikut kata doktor yang cakap kat ai..tak ada apa yang perlu dirisaukan. 

Yang patut khuatiri jika terdapat 5 atau lebih tanda lahir ini dengan diameter lebih dari 5 mm. Segera berjumpa dengan doktor kerana mungkin ia tanda penyakit genetik.


d. Nevus congenital:
Berupa tahi lalat di kepala atau di bagian badan yang muncul semenjak lahir. 

Ukurannya paling kecil sekitar 1 cm hingga lebih dari 20 cm. Berwarna kecoklatan sehingga kehitaman dan sebagian ada yang berambut. 

Jika saiz/ukurannya semakin membesar kita perlu meminta nasihat pakar. 
Jenis tahi lalat lain adalah Nevus nevoselularis, Nevus Verukosus Epidermal, Nevus Sebaseus, Nevus Jaringan Ikat,







e. Akrosianosis:

Tanda lahir yang ditemui pada bahagian jari tangan dan kaki ini kelihatan jelas di permukaan kulit berupa tanda yang kemerahan. 

Selalunya terjadi pada bayi perempuan. Bila di amati, ketika bayi menangis atau merasa sejuk, warna tanda kemerahan ini akan berubah menjadi kebiruan dan nampak lebih jelas. Tanda lahir ini tergolong tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya dalam beberapa bulan



f. Kutis Marmorata
Kelihatan seperti sarang labah-labah berwarna kemerahan di permukaan kulit. Selalunya terdapat di bahagian kaki.

g. Limfangioma:

Limfangioma juga dikenali sebagai tanda lahir saluran limfa yang bisa dijumpai dimana saja termasuk membran mukosa. Bentuknya merupakan bintik transparent berukuran kecil sekitar 2-4 mm. Jika sakit/disakiti bisa berwarna merah gelap kerana berlaku perdarahan. Rawatan adalah melalui kaedahlaser atau krioterapi.

h. Port-wine Stain:

Sesuai dengan namanya, kelainan yang juga tergolong dalam malformasi vaskuler ini berwarna merah anggur atau keunguan dan selalunya bertambah gelap mengikut usia. 

Bentuknya tidak teratur serta ukurannya juga berbeze dari kecil sehingga saiz yang besar. Selalunya terdapat wajah dimana kajian mendapati bahagian kanan selalunya akan mempunyai jenis tanda ini berbanding bahagian kiri, sebabnya - tidak dapat dipastikan.

 Banyak sindrom yang dihubungkan dengan tanda lahir ini adalah sindrom yang berkaitan dengan kelainan saraf dan juga bentuk tumbesaranorgan. Cara rawatan dilakukan dengan laser bermetode Flashlamp Pulsed Dye Laser, selamat bagi anak-anak mahupun dewasa.


3. TANDA LAHIR GENETIK?

Sebuah tanda lahir terbentuk merupakan noda pada kulit sebelum kelahiran. Satu dari sepuluh bayi lahir dengan tanda lahir pembuluh darah. 

Penyebab tidak diketahui tanda lahir dan tanda lahir pembuluh darah tidak turun-temurun.

Ianya terjadi pada mana-mana permukaan kulit. Ia merupakan sel pembuluh darah yang berlebihan dalam kulit dan terdiri daripada sel-sel yang merupakan bahagian  lapisan dalam pembuluh darah. 
ia sering terjadi pada bayi prematur. Ia selalunya tidak berhubungan dengan ketidaksihatan (ada ke perkataan nih? hahahaha).

Tanda lahir dapat terjadi dalam berbagai warna seperti biru, kelabu asap, coklat, coklat hitam, merah muda, putih, merah dan ungu. Ia datang dalam berbagai ukuran dan bentuk. Ia kadang-kadang tidak terang dan kadang-kadang sangat terang. Ada jugak tanda lahir yang makin kita tua makin hilang ada pulak yang makin tua makin bertambah/membesar

4. FAKTOR PENYEBAB

Penyebab beberapa tanda lahir tidak dapat dikenalpasti. Ada jugak orang yang mengaitkan tanda lahir dengan kisah-kisah pantang larang/mitos ataupun cerita-cerita jangan buat itu ini semasa ibu mengandung (yang ni wallahu'alam.... bak kata my mom...arwah nenek ai ada larang jangan layur daun pisang main-main masa buat kuih...ni cerita yang konon nak kaitkan ai ngan cae au lait ye..hahahhaha), tapi itu semya kuasa Allah....

Untuk pengetahuan uolls tanda lahir ni banyak terjadi pada kaum perempuan berbanding kaum lelaki..kenapa? Haaa...yang tu ai pun tak pasti. Tanda lahir ni biasanya terjadi di pembuluh darah ataupun sel pigmentasi kita ye.


Menurut data ahli nujum...ehh ahli perubatan, 30% tanda lahir akan kelihatan sejak bayi lahir. Baki 70% cuma akan muncul kemudiannya selepas beberapa bulan. Tanda lahir  juga biasanya akan ada pada yang berdarah "caucasian" (nak feefeling caucasian la cenggini hahahah btw my grandma O-) dan jugak pada bayi yang lahir dengan berat badan yang kurang.

5. BERBAHAYAKAH?

Dalam beberapa kajian, tanda lahir dapat mengganggu berat badan. Namun ini jarang terjadi. Tanda lahir dianggap berbahaya jika munculnya di bagian tubuh yang sangat penting. Seperti, menutupi sebahagian mata atau mulut, sehingga mengganggu penglihatan dan tak boleh nak makan. Atau jika tanda lahir muncul pelbagai organ dalam tubuh. Seperti hati, usus, organ pernafasan, bahkan otak. 



6. MENGHILANGKAN TANDA LAHIR

Laser perhaps dapat menghilangkannya...tapi kalau tak leh nak hilangkan dengan laser n segala teknologi yang ada...redha je anggap ianya sebagai satu kelebihan bukan kekurangan...ok sekia dari ai.. Puan Kitty!

Wednesday, September 15, 2010

:: CONTEST : Pengantin & Handphone ::



Aku sebenarnya MALAS skit la nak buat kije hari ni...aku seronok lak tengok gambar udang..sotong....seronok gak kalau berbuka esok main masak-masak!!!
Ye lah...sebagai seorang wanita bekerjaya..aku ni hujung minggu je full taime di dapur sebelehnya PART-TIME only lah..ekekekek
Sedang aku meneropong2 udang dan sotong di laut..aku ternampak gambar ni...ape cerr kan? aku pon bacalah...Oh contest rupanya....hik3 .. "Contest Pengantin & Handphone" lak turr..
aku yang gatal jari ni pon tak pikir panjang..terus je masuk!!! Selammmmmmm..macam menang kan?! tapi aku harus menang! Aku musti konpident! Hehehehe..kali ke dua aku mempertaruhkan muka aku yang comel ni masuk contest online ni...saje je.....lalalallalalala ..
Maka dengan itu.....


Sila KLIK pada Gambar DI ATAS untuk maklumat lebeh lanjut

dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..
Ai dengan bestnya mendaftarkan diri masuk ke dalam ..
CONTEST Pengantin dan TelefonTangan!

Jawapan kepada soalan yang diberikan :

1. Aku buat kontes ni sempena apa??
Sempena Hari Lahir & Ulangtahun Perkahwinan yg bakal menjelang esok bertarikh 18.08.10

2. apakah nama timangan pasangan aku???
abgnakkal

3. senaraikan blog² aku dan pasangan aku..(hint...ade 4 semua nya :wink:)

i) http://cikbedahlaser.blogspot.com/
ii) http://cikbedahcontest.blogspot.com/
iii) http://abgnakkal.blogspot.com/
iv) http://msrpictures.blogspot.com/

Syarat-Syarat Penyertaan..

1. Jawab 3 Soalan yang aku berikan. Buat satu entri khas. - Udah

2. Upload satu (1) gambar anda di mana anda sedang menggunakan
handphone/telofon rumah/public phone/walkie talkie - Udah

3. jadi follower http://cikbedahlaser.blogspot.com dan add blog aku
dalam bloglist korang (ni utk korang taw update terbaru..lepas drpd tempoh ni...nk delete...delete la...) - Udah

4. Copy banner di atas dan letak dalam entry korang serta sidebar
kemudian linkkan. (utk aku tahu korang join contest aku) - Udah

5. Jangan lupa link kan aku kat entry korang ekkk... - Udah

6. lepas dah setel semua... tinggalkan komen di entry ni..
beserta dengan link entry korang tadi. - Udah

7. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 180810 (18 Ogos 2010 jam1808) - HOH?

8. sebarang pertukaran infomasi akan diberitahu dari masa ke semasa..- YO LAHHH

9. Pemilihan pemenang akan dibuat oleh juri-juri tak pro kami...
(rahsia...takut ade sogokan..hahahahah) - BAIKKKKKKKKKKK

10. 3 pemenang akan dipilih...hadiah...belum pasti lagi... hahahahahah - nak ferari buleh? ekekkeke


TARIKH DILANJUTKAN SEHINGGA 16 SEPT 2010 - YESSS la sebab tu ai menyibuk nak masuk!


Tuan tuan dan puan puan serta makhluk alam sekalian ku persembahkan gambarku yang dilakonkan oleh aku sendirik..



Ske tak?? ske tak??
ske laaa ske laaaaaaaaaa
PLISSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

aku actually tak tau nak letak gambar yg mana cos ada several shots yg aku berkepitkepitan dengan henpon.....aku ske seni...so i guess i choose this one on my kesenian side la....
ape ape pon GUD GIRL and GUD LUCK to Myself!!

muah muahhhh
xoxo,
Hunny!

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...