1. PENGERTIAN
Defenisi perubatan menyebutkan bahawa tanda lahir merupakan kelainan kulit pada anak baru lahir (neonatus) dimana satu atau lebih komponen normal kulit dijumpai dalam jumlah berlebihanan; kelainan pada pembuluh darah, pembuluh limfa, sel pigmen, folikel rambut, kelenjar peluh, epidermis, kolagen, elastin atau komponen kulit lainnya. Disamping itu, istilah "nevus" yang sering disinonimkan dengan tahi lalat juga sering digolongkan sebagai tanda lahir.
Kata yang berasal dari kata Latin 'naevus' memang bererti tanda dari ibu.
2. JENIS-JENIS TANDA LAHIR
a. Hemangioma :
Hemangioma adalah sekelompok pembuluh darah yang tidak aktif dalam peredaran darah umum dan ia muncul di permukaan kulit. Meskipun boleh tumbuh membesar, hemangioma bukanlah tumor. Tanda lahir ini dapat membesar dua kali ukuran asal, tetapi setelah itu ukurannya akan stabil, lalu warnanya akan menjadi pudar (tampak lebih muda), akhirnya menghilang dengan sendirinya.
Kelainan pembuluh darah yang tidak berbahaya ini umumnya hanya timbul di satu tempat, seperti pada leher atau kepala. Namun pada beberapa keadaan (yang jarang terjadi) timbul di beberapa bahagian tubuh sekaligus.
Hemangioma sendiri dikenal dalam berbagai bentuk: Strawberry Hemangioma, Cavernous Hemangioma, Salmon Patches
b. Mongolian Spots :
Tanda lahir yang tergolong normal dan tidak berbahaya ini dialami hampir semua bayi, terutama anak Asia Timur. Mongolian Spots terjadi kerana sel melanosit (pigmen) terperangkap di bahagian belakang tubuh bayi pada saat pembentukan sistem saraf.
Tanda ini ada yang berwarna biru, biru hitam, atau kelabu asap, hampir sama dengan tanda lebam. Ukurannya pelbagai dari kecil atau dapat pula sangat besar. Umumnya terdapat pada sisi punggung bawah, juga paha belakang, kaki, punggung atas dan bahu. Tanda ini biasanya memudar pada tahun pertama dan ada juga yang kekal sehingga dewasa.
c. Cafe’ au lait ( ai ada ni..bak kata doktor la) :
Bintik berwarna coklat muda atau tua seperti kopi susu. Bentuknya tidak teratur, mendatar pada kulit dengan ukuran sekitar 3-5 mm. Biasanya terdapat di seluruh tubuh.
Bila hanya satu tanda, mengikut kata doktor yang cakap kat ai..tak ada apa yang perlu dirisaukan.
Yang patut khuatiri jika terdapat 5 atau lebih tanda lahir ini dengan diameter lebih dari 5 mm. Segera berjumpa dengan doktor kerana mungkin ia tanda penyakit genetik.
d. Nevus congenital:
Berupa tahi lalat di kepala atau di bagian badan yang muncul semenjak lahir.
Ukurannya paling kecil sekitar 1 cm hingga lebih dari 20 cm. Berwarna kecoklatan sehingga kehitaman dan sebagian ada yang berambut.
Jika saiz/ukurannya semakin membesar kita perlu meminta nasihat pakar.
Jenis tahi lalat lain adalah Nevus nevoselularis, Nevus Verukosus Epidermal, Nevus Sebaseus, Nevus Jaringan Ikat,
e. Akrosianosis:
Tanda lahir yang ditemui pada bahagian jari tangan dan kaki ini kelihatan jelas di permukaan kulit berupa tanda yang kemerahan.
Selalunya terjadi pada bayi perempuan. Bila di amati, ketika bayi menangis atau merasa sejuk, warna tanda kemerahan ini akan berubah menjadi kebiruan dan nampak lebih jelas. Tanda lahir ini tergolong tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya dalam beberapa bulan
f. Kutis Marmorata
Kelihatan seperti sarang labah-labah berwarna kemerahan di permukaan kulit. Selalunya terdapat di bahagian kaki.g. Limfangioma:
Limfangioma juga dikenali sebagai tanda lahir saluran limfa yang bisa dijumpai dimana saja termasuk membran mukosa. Bentuknya merupakan bintik transparent berukuran kecil sekitar 2-4 mm. Jika sakit/disakiti bisa berwarna merah gelap kerana berlaku perdarahan. Rawatan adalah melalui kaedahlaser atau krioterapi.
h. Port-wine Stain:
Sesuai dengan namanya, kelainan yang juga tergolong dalam malformasi vaskuler ini berwarna merah anggur atau keunguan dan selalunya bertambah gelap mengikut usia.
Bentuknya tidak teratur serta ukurannya juga berbeze dari kecil sehingga saiz yang besar. Selalunya terdapat wajah dimana kajian mendapati bahagian kanan selalunya akan mempunyai jenis tanda ini berbanding bahagian kiri, sebabnya - tidak dapat dipastikan.
Banyak sindrom yang dihubungkan dengan tanda lahir ini adalah sindrom yang berkaitan dengan kelainan saraf dan juga bentuk tumbesaranorgan. Cara rawatan dilakukan dengan laser bermetode Flashlamp Pulsed Dye Laser, selamat bagi anak-anak mahupun dewasa.
3. TANDA LAHIR GENETIK?
Sebuah tanda lahir terbentuk merupakan noda pada kulit sebelum kelahiran. Satu dari sepuluh bayi lahir dengan tanda lahir pembuluh darah.
Penyebab tidak diketahui tanda lahir dan tanda lahir pembuluh darah tidak turun-temurun.
Ianya terjadi pada mana-mana permukaan kulit. Ia merupakan sel pembuluh darah yang berlebihan dalam kulit dan terdiri daripada sel-sel yang merupakan bahagian lapisan dalam pembuluh darah.
ia sering terjadi pada bayi prematur. Ia selalunya tidak berhubungan dengan ketidaksihatan (ada ke perkataan nih? hahahaha).
Tanda lahir dapat terjadi dalam berbagai warna seperti biru, kelabu asap, coklat, coklat hitam, merah muda, putih, merah dan ungu. Ia datang dalam berbagai ukuran dan bentuk. Ia kadang-kadang tidak terang dan kadang-kadang sangat terang. Ada jugak tanda lahir yang makin kita tua makin hilang ada pulak yang makin tua makin bertambah/membesar
4. FAKTOR PENYEBAB
Penyebab beberapa tanda lahir tidak dapat dikenalpasti. Ada jugak orang yang mengaitkan tanda lahir dengan kisah-kisah pantang larang/mitos ataupun cerita-cerita jangan buat itu ini semasa ibu mengandung (yang ni wallahu'alam.... bak kata my mom...arwah nenek ai ada larang jangan layur daun pisang main-main masa buat kuih...ni cerita yang konon nak kaitkan ai ngan cae au lait ye..hahahhaha), tapi itu semya kuasa Allah....
Untuk pengetahuan uolls tanda lahir ni banyak terjadi pada kaum perempuan berbanding kaum lelaki..kenapa? Haaa...yang tu ai pun tak pasti. Tanda lahir ni biasanya terjadi di pembuluh darah ataupun sel pigmentasi kita ye.
Menurut data ahli nujum...ehh ahli perubatan, 30% tanda lahir akan kelihatan sejak bayi lahir. Baki 70% cuma akan muncul kemudiannya selepas beberapa bulan. Tanda lahir juga biasanya akan ada pada yang berdarah "caucasian" (nak feefeling caucasian la cenggini hahahah btw my grandma O-) dan jugak pada bayi yang lahir dengan berat badan yang kurang.
5. BERBAHAYAKAH?
Dalam beberapa kajian, tanda lahir dapat mengganggu berat badan. Namun ini jarang terjadi. Tanda lahir dianggap berbahaya jika munculnya di bagian tubuh yang sangat penting. Seperti, menutupi sebahagian mata atau mulut, sehingga mengganggu penglihatan dan tak boleh nak makan. Atau jika tanda lahir muncul pelbagai organ dalam tubuh. Seperti hati, usus, organ pernafasan, bahkan otak.
6. MENGHILANGKAN TANDA LAHIR
Laser perhaps dapat menghilangkannya...tapi kalau tak leh nak hilangkan dengan laser n segala teknologi yang ada...redha je anggap ianya sebagai satu kelebihan bukan kekurangan...ok sekia dari ai.. Puan Kitty!
Anak ros ade kt hidung.. :p doc dah scan otak, hati n organ dalam..alhamdulillah xde yg kacau... :)
ReplyDeletesyukurlah kalau macam tu kak ros
ReplyDelete