Tuesday, October 9, 2018

:: Mu Koh Lanta National Park (Apa yang menarik di Koh Lanta) ::



Assalamualaikum & Hai Korang!
Cantik tak gambar kat bawah nih?

Inilah Mu Koh Lanta National Park, Thailand.




Mu Koh Lanta National Park antara tarikan atau spot yang must visit bila korang berada di Koh Lanta. Terletak jauh nun dihujung pulau ini tempatnya memang breath taking dan tenang.



Kalau korang duduk berhampiran Saladan Pier/Khlongdao ia mengambil masa lebih kurang 40  minit jugak kalau nak sampai. Faktor jalan kecik dan berbukit-bukau yang sebabkan kurang lebih 40 minit tu untuk sampai. Tapi.....melihat keadaan sekeliling tak berasa pun.

Kalau korang stay di Khlong Dao atau Khlong Khong atau Long Beach, korang leh singgah-singgah pantai-pantai yang cantik sepanjang jalan.




Pantai yang menarik untuk korang singgah. Tak kisah la nak amik-amik gambar, explore, bersidai, buat aktiviti laut dan sebagainya. Ai senaraikan :

Secret Beach :
Atas sikit dari Long Beach/Phra Ae Beach. Pantai ni terletak ke dalam sikit dari jalan besar. Korang pasti akan perasan satu simpang kecil di kanan jalan kalau korang memandu secara SUNDAY DRIVE. Jalan masuk dia agak berbatu dan tanah merah. Tapi pantainya yang dipenuhi pokok kelapa serta lembu belaan (tapi lembu tak p pantai la) memang cantik.



// jalan nak masuk Secret Beach //




Diamond Cliff :
Selain dari view point yang terletak di antara Khlong Nin & Khlong Hin. Kalau duduk area Khlong Nin tempat ni dekat tak sampai 5 minit. Pantai dia lawa jugak tapi kalau nak mandi pandai-pandai pilih tempat sebab batu besar-besar & kalau air pasang ombak agak tinggi.





Nui Beach :
Antara pantai tersorok jugak tapi sebenarnya betul-betul sebelah Diamond Cliff je. Pantai ni masih berada di sebelah kanan jalan kalau  korang dari arah SALADAN. Pantai ni sesuai kalau nak melepak sebabnya time ai pergi bersidai-sidai para mat saleh dan minah saleh atas batu kat sini.







Pantai Rumpai Laut (Pantai ni ai belasah je nama dia sebab ai tak pasti apa nama pantai ni) :
Masih disebelah kanan jalan menuju ke Mu Koh Lanta. Betul-betul tepi jalan tau pantai nih. Bila air surut, pantai berbatu ni akan dipenuhi oleh rumpai laut yang buat dia nampak unik dimataku ini.




Ban Kantiang :
Haaaa..ni satu lagi pantai tersembunyi. Landmark yang korang perlu alert adalah elephant treking kat sebelah kiri nanti jalan depan sikit pantai ni belah kanan.





Nui Bay Beach :
Sila parking kenderaan korang ditempat selamat kat tepi jalan. Dan turunilah bukit itu dengan kaki secara berhati-hati. Pantai tersembunyi biasanya lawa. Macam ai kata kat entry ai sebelum ni, kat Lanta ni banyak tempat untouchable lagi. Terpulang pada korang nak explore.



Khlong Chak Beach :
Kalau korang suka aktiviti kayak sini sesuai untuk buat perkara berkenaan selain dari pantai ni sesuai untuk bersidai.

Bamboo Beach:
Pantai terakhir yang korang boleh ada quite easy access adalah Bamboo Beach terletak kat bawah bukit jugak sila berhati-hati waktu turun.

Banyak lagi persisir pantai yang lawa lepas bamboo beach ni tapi korang sanggup ke redah hutan terjun gaung? Hehehehehe

Lepas dari Bamboo beach ni sampailah korang ke Mu Koh Lanta National Park.

Tempat yang daya tarikan nya adalah Rumah Api di atas bukit. Pantai bersih dan cantik selain dari banyak pokok palma. Serta monyet!
PLEASE DON'T FEED THE MONKEYS!






Sepanjang korang berada dekat pantai Mu Koh Lanta ni, sila jaga kebersihan ya.
Lepas tu korang nak lepak sepanjang hari sambil mandi manda pun tak pe asalkan jaga keselamatan.....jom layan gambar.



// Jalan menuju ke Mu Koh Lanta //


// bayar sebelum masuk //


// kaunter tiket //



// gambar mungkin tak berapa cantik tapi kalau korang tengok barisan pokok palma ni....kat tengah-tengah laman Mu Koh Lanta ni...memang cun habis //


// Aksi ini boleh di tiru tapi jangan melampaui batas //


// Lepak tanpa mandi pun dah puas hati, tapi...jaga barang peribadi korang monyet kat tepi pantai ni agak xtreme //




// geram nak mandi, tapi baju salin tak bawak..kita bukan style mat saleh pakai bikini serelum baju lain lak lepas tu...hahaha //



Untuk cerita penuh pasal trip ke Koh Lanta dengan hanya menaiki kereta dari Kuala Lumpur,
watermark

16 comments:

  1. Mmg cantik sgt tempat ni ya. Tapi National Park kat malaysia ni pun tak habis teroka lagi. Stakat Penang National Park je pernah sampai 😅😅

    ReplyDelete
  2. Cantik betul la tempat sini. Tak pernah lagi berkesempatan ke sini. Banyak lagi tempat menarik kat Thailand ni. Thailand cuma pernah ke Phuket, Krabi dan Hatyai sahaja. In future maybe ke sini atau Bangkok.

    ReplyDelete
  3. Banyak jugak tempat-tempat menarik kat thailand rupanya. Tak pernah lagi pergi thailand. Satu hari nanti nak pergi la dengan family.

    ReplyDelete
  4. Bestnya tengok gambar2 kat sini. Cantik cantik ya. Terungin plak nak p sini.

    ReplyDelete
  5. Mu Koh Lanta National Park, Thailand looks so pretty place. I like the zen like beach, so relaxing there

    ReplyDelete
  6. Lawanya pantai pantai ni. Unik la pantai rumpai laut. Hehe menarik sangat. Boleh pergi nanti

    ReplyDelete
  7. Inilah keindahkan alam semesta ni, semua pantai pun lawa dengan kecantikkan semulajadi tersendiri. Selamat bercuti!

    ReplyDelete
  8. Cantik sungguh pemandangan tempat..harap satu hari nanti dapatlah sis ke.sana. kena kumpul duit dulu ni..hehehe

    ReplyDelete
  9. SubhanaAllah cantiknya pemandangan di sini ya. Belum ada rezeki utk ke Thailand, baca entri nie rasa nk terus ke sana. Tak sangka kita boleh guna pengangkutan darat yer ke sana. Nanti nk baca

    ReplyDelete
  10. Cantik pantai pantainya. Kita ni tengok pantai dari jauh okay lagi.
    Klau dekat takut. Takutkan ombak. Hehehe
    Banyak rupanya pantai disana yang boleh diterjah.

    ReplyDelete
  11. Cantiknya view kat sana.. suka tengok pemandangan laut macam ni.. suka laut sebenarnya.. tapi dah lama tak pergi.. tengoklah nanti boleh la try bawa harraz pi tempat-tempat macam ni tapi bukan ke Koh Lanta la kan.. hehe.. yang dekat-dekat rumah je.. kalau ada.. haha

    ReplyDelete
  12. Cantiknya pantai2 kat sana..sedap mata memandang...

    ReplyDelete
  13. All the beaches look so beautiful and pristine. How come it looked like nobody else was there, only you guys?

    ReplyDelete
  14. Nampak macam best tempat tu, Kelly belum berkesempatan sampai ke situ lagi. Mudah-mudahan boleh plan a trip there soon.

    ReplyDelete
  15. Wah...cantik giler pantai dua rasa mcm nk pegi sana,xpernah lg pegi kat pulau2 ni

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post