Monday, November 28, 2016

:: Tips Penjagaan Cat/Interior Kereta ::



Hai...hari ni ai nak kongsi dengan korang macamana cara ai jaga cat dan keadaan dalam kereta. Ai bukan ada kereta autoshow ada kereta harian pun ai ada.
Tapi ai terutamanya Incik Pinky sangat sangat sangat sangat sangat menitik beratkan penjagaan luar dan dalam kereta.
Ai punya detail tak seteruk Incik Pinky punya detailing.

Sepanjang ada kereta boleh kira berapa kali je pergi cuci dekat kedai selebihnya semua cuci & lap sendiri.
Korang tahu tak 'tembakan' air dari hose kedai cuci kereta boleh merosakkan keadaan CAT kereta korang?
Kain lap kereta material yang salah juga boleh menyebabkan 'body' kereta CALAR!!!






Jadi mulai sekarang ai cadangkan pada korang untuk mencuci/lap kereta sendiri kerana ia bukan sahaja satu cara untuk korang bersenam malah akan memanjangkan hayat cat kereta korang.
Satu lagi cara nak jaga cat kereta adalah selepas sahaja kereta korang dibasahi hujan adalah baik untuk korang siram atau bilas kereta dengan air paip (susah sikit kalau yang duduk rumah flat/apartment yang tak de parking).
Menutup kereta dengan kanvas yang korang biasa tengok kat kedai aksesori juga boleh merosakkan cat kereta sebab kadang-kadang bila keadaan lembab korang tutup kereta lama-lama nanti cat jadi 'MATI'.
So tutuplah kereta dengan kain lembut macam kain2 cadar yang korang dah tak guna dan pastikan kereta dalam keadaan betul-betul kering.



Dari segi dalaman kereta....
Pada ai tak kira la kereta autoshow ke tak ke....EATING are usually extremly NOT ALLOWED in car!



Interior haruslah sentiasa di lap seminggu sekali at least untuk memastikan dalaman bersih tambah lagi dashboard supaya tak kusam.
Untuk mereka yang pakai seat leather atau pvc, sila lap menggunakan kain lembut dan pencuci khas sebab kalau korang pakai kain kasar nanti seat akan BERCALAR!
Karpet kaki ketuk dan basuh adalah paling recomended dan sila jemur!


Bukan senang nak jaga kereta bagi cantik bersih berkilat...banyak benda kena buat. Pecah peluh jugaklah. Hehehehehe...
Itu je kot nak bebel pasal penjagaan kereta kali ini.
Lain kali kita cerita lagi ok!


watermark

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...