Tuesday, November 8, 2016

:: Bayi Pramatang - 4 perkara WAJIB tahu! ::


1. Pentingkah memberi susu ibu kepada bayi?

Susu Ibu ni biasanya adalah suatu perkara yang SANGAT SENSITIF. Ye....sebab tak semua orang merasa nikmat ada susu badan macam air terjun. Harus di ingat pemakanan yang sihat semasa hamil boleh mempegaruhi production selepas bersalin nanti.
Di Hospital KERAJAAN, SUSU IBU adalah paling utama selepas anak dilahirkan tambah lagi jikalau bayi itu bayi PRAMATANG! Pengalaman ai semasa ai berada dalam NICU bersama Bidadari, pihak hospital memang menyediakan khidmat kaunseling SUSU oleh pakar penyusuan ibu.
Kenapa susu ibu? Ini kerana susu ibu memberikan anak banyak nutrisi. Sekiranya doktor tengok berat bayi kita tu kurang cepat naik, kemudian (biasanya) doktor akan campurkan HMF (Human Milk Fortifier) dalam susu perahan.
Selain itu doktor akan nasihatkan kita memberikan anak Appetton Infant Drop.


2. Perlukah Saya Mengawasi Cara Pernafasan Bayi Saya?

Ye perlu, tetapi ia adalah sesuatu yang normal kepada bayi pramatang untuk mempunyai pernafasan yang tidak sekata. Bukan sesuatu yang pelik sekiranya kadang-kadang bayi pramatang berhenti bernafas seketika.
Perkara ini berlaku kerana sebahagian dari bahagian otak bayi yang mengawal system pernafasan dan otot yang membuka saluran pernafasan masih belum matang.
Tetapi AWAS, jika bayi berhenti bernafas lebih dari 20 saat, itu MERBAHAYA.

Semasa bayi anda berada di hospital, jururawat akan memantau keadaan pernafasan bayi tersebut dengan menggunakan pengawasan pernafasan (apnoea monitor).
Sekiranya bayi anda mempunyai masalah pernafasan yang berisiko tinggi, jururawat atau doctor akan memaklumkan kepada anda. Andai kata anda masih risau jika tidak dapat mengawasi system pernafasan bayi anda dengan betul, anda boleh mendapatkan apnoea monitor untuk kegunaan di rumah.

Apnoea monitor amat memudahkan kerja anda dalam memastikan pernafasan bayi sentiasa dipantau. Ia mempunyai alat pengesan yang boleh mengesan pergerakan dada bayi.
Dipasang seperti tali pinggang di dada bayi anda dan disambungkan ke sebuah mesin yang akan mengeluarkan bunyi sekiranya bayi anda berhenti bernafas.
Ingat, berhenti bernafas buat seketika bagi bayi pramatang adalah normal. Jadi, anda tidak perlu risau jika ia berlaku bawah 20 saat.

Sekiranya apnoea monitor semakin kurang berbunyi, itu menunjukkan sistem bayi anda sedang berkembang dengan baik.
Jika, apnoea monitor berhenti berbunyi, itu menandakan sistem pernafasan bayi anda sudah matang.


3. Bagaimana Saya Ingin Memastikan Bayi Saya Selamat dan Sihat Di Rumah?

Langkah pertama yang amat penting ialah memastikan anda dapat membawa pulang bayi anda ke rumah dengan selamat. Pastikan segala kelengkapan kebersihan sentiasa bersama korang.
Korang juga perlu menidurkan baby dalam posisi yang betul. Pastikan baby TIDAK tidur meniarap. Jika ini terjadi, bayi anda akan susah bernafas dan kemungkinan boleh membawa kepada MAUT.

Bayi pramatang kebanyakannya akan mempunyai bahgian belakang kepala yang rata. Ini disebabkan oleh waktu tidur mereka yang terlalu lama di pusat rawatan rapi di hospital.
Jadi untuk memastikan bahagian belakang kepala bayi anda kemnali normal. Apabila bayi anda sudah boleh menggerakkan leher dan sudah kuat.
Anda boleh meletakkan bayi dalam keadaan meniarap. Kecuali waktu tidur.


4. CPR pentingkah untuk bayi PRAMATANG?

Yang ini pada ai tak kiralah anak kita pramatang atau tidak. Korang WAJIB tahu cara-cara CPR untuk bayi/kanak-kanak. NExt entry ai akan tunjukkan cara.


watermark

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...