Friday, November 4, 2016

:: Bayi Pramatang : Melahirkan Bayi Pramatang ::



Sebagai seorang Mama kepada seorang bayi pramatang, sudah tentu perasaan pada ketika melahirkan adalah bercampur baur.
Ini pertama kali dalam sejarah hidup dan keluarga sendiri mempunyai ahli 'pramatang'.

Melihat tangan, kaki dan tubuh yang sangat kecil, very TINY tu rasa macam...Allah.........tak tau nak kata.
Dan semestinya SEMUA bayi pramatang akan DITAHAN didalam pengawasan doktor, dan kebanyakkan mereka sudah tentu akan 'tinggal' di dalam INCUBATOR.

Kisah ai sendiri, melahirkan Bidadari pada 34 minggu dengan berat cuma 1.18kg. Pada mulanya doktor telah menjadualkan ai untuk CSEC pada minggu ke-36 dengan alasan bayi terlalu kecil (yang mana ai ngan Mimi sendiri pun kecil jugak orangnya)
dan juga doktor bagitahu ai ada fibroid yang menghalang 'laluan' baby.

And yes, Miracle does happen. Allah punya kuasa maka miracle berlaku dan ai melahirkan seorang bayi miracle juga.
Bukan senang menjaga bayi pramatang even di dalam hospital. Banyak yang kita perlu titik beratkan terutama KEBERSIHAN diri.
Tangan perlu sentiasa bersih sekiranya mahu menyentuh bayi.

Bidadari sendiri berada di dalam incubator selama lebih kurang 40 hari dan open incubator dekat seminggu.
Alhamdulillah sepanjang berada di dalam NICU/SCN Bidadari tidak mempunyai masalah. And yes, Bidadari seorang BAYI yang SANGAT hebat dan tough!
Dan mujur juga ai room-in bersama Bidadari (dah la jauh dari family, berpantang dalam hospital tapi ai terpaksa tolak semua tu ke tepi demi ANAK. Memang banyak kelainan bila kita berpantang yang-yok je..tapi tak pe la)
Bayi pramatang mestilah kerap disusukan supaya berat badan mereka naik dengan pantas dan memastikan mereka mendapat nutrisi.

Untuk kes Bidadari doktor menasihatkan ai untuk menyusukan Bidadari '3 hourly' memang jangan harap sangat ada masa nak rehat..dah rasa macam kerja dalam hospital dah time tu.
Lepas bagi susu dalam 1 jam. Balik bilik nak kena rehat dalam 30 minit nak kena pam susu pulak untuk buat stok.

Letih tak yah cerita la sampai ada masa Misi laung kot tingkap bilik pun tak sedar!
Berat badan bayi doktor akan monitor closely setiap hari. Cuma waktu official timbang (ikut pengalaman ai) adalah selang sehari.
Nak tunggu result timbang berdebar-debar tau...serius sangat mendebarkan. Sebab result berat tu lah akan memutuskan samada bayi anda bakal GRADUATE atau tidak dari NICU.

Seperti Bidadari sendiri, 2 kali mengalami penurunan berat badan selepas naik beberapa gram. FUH!!!! letih mak nok!!!
Bilamana doktor nampak berat badan seseorang bayi pramatang itu agak slow, doktor biasanya akan menasihati parents untuk membelikan (dalam kes Bidadari kitaorang kena BELI sendiri) APPETON INFANT DROP.
APPETON INFANT DROP ni bertindak untuk boost up kan berat bayi selain dari membekalkan nutrisi kepada bayi.

Di dalam NICU, bayi2 pramatang biasanya akan di pantau sepenuhnya dari semua sudut. Penglihatan, Pendengaran, Pernafasan ..semualah!
Segala macam istilah perubatan kita dengar dan sambil-sambil tu kita belajar.

Dan akhirnya Bidadari graduated dari NICU dengan berat 1.71kg. Alhamdulillah...dan selepas cakap leh discharge aje terus cepat-cepat ai call Incik Pinky untuk jemput kami.
Yang mana Incik Pinky datang dari KL -----> Penang.

Dan bermulalah kisah PERTAMA kali membawa bayi PRAMATANG travel sejauh lebih kurang 400km jaraknya.
Tu nanti ai cerita kemudian, Bayi Pramatang dan travel/melancong/perjalanan jauh.

Sampai sini sahaja dulu ye.
MMMMMMMMMmmmmmmmmmmmmuah!




watermark

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...