Friday, September 16, 2016

:: Review - Train To Busan ::

Hai semua,
Kali ni ai nak review sikit tentang cerita/movie Train To Busan yang tengah top pop meletop2 macam pop corn ni. Jujur, ai BUKAN peminat cerita Korea/lelaki korea/negara Korea.

Memula masa orang (even BFF) ai sendiri suh tengok i was like.............. KRIK KRIK KRIK. Best ke?
Last sekali ai mengalah tengok je la demi memenuhi kehendak semasa/sekeliling yang rata-rata kata best (tanpa melihat ulasan secara online).

Starting cerita nih...? Agak slow pada ai. Sebabnya kata cerita ZOMBIE..i budget cerita ZOMBIE wajiblah menakutkan ai (kecuali zombie kampung pisang), sebabnya ai jenis tengok Movie seram tak seram-seram pun (payah nak takutkan ai dengan Movie seram)

Bila dah start scene naik train ai tengok ada awek berlari masuk tren dok ikat kaki sambil berdoa semoga tak ada apa buruk yang akan berlaku terus ai agak, dia ni mesti dah kena KOKAK dek zombie nih...habis la satu tren nanti... HAIH~

Kemudian, cerita jadi agak laju sikit bila isu mula timbul dalam tren (masa derang tengok berita kat TV konon ada rusuhan). Ok, now my eyes are glued to the screen. Lama-lama cerita ni jadi terus BEST!






Overall cerita ni TAK MENAKUTKAN LANGSUNG!
Tapi................................banyak MORAL value yang kita boleh pelajari dari Train To Busan nih.

1) Kasih sayang, ikatan kekeluargaan tu AMAT penting walaupun ko kije CEO negara sekalipun.
2) Jangan sangka orang yang garang, muka gangster tu JAHAT!
3) Jangan pentingkan diri sendiri
4) Kau tetap akan mati tak kira kau siapa
5) Wabak/Penyakit tak kenal usia dan jawatan kau
6) Tak kira kita kenal atau tak seseorang itu bila tiba masa orang dalam kesusahan sekiranya kita boleh bantu, bantulah orang tu.

Banyak lagi kalau nak senarai. Dan padan ai..HERO sebenar dalam cerita ni adalah Abang Sado Garang-garang Manja tu. Dia sanggup korbankan diri untuk semua orang dalam tren tu. Walaupun dia marah kat bapak budak kecik tu pada mulanya tapi dia tak kisah sebab dia tak pentingkan diri dia. Disebabkan dia jugaklah bapak budak tu jadi SEDAR diri betapa EGO & sikap pentingkan diri sendiri tu takkan ke mana kalau kita dalam situasi genting macam tu.



 Jangan di lupa nenek yang bukak pintu bagi access masuk kepada semuaaaaaaaaaaaaaaaaa zombie dalam tren tu. YES, biar sama rata terbalas atas tindakan PENTINGKAN diri derang semua tu.



Budak2 ni pulak mangsa keadaan atas sebab orang lain terpengaruh..kesian depa.

Yang pasti semua orang MARAHKAN orang tua yang so called CEO syarikat tren amenda tah tu kan? Sebab dialah ending semua orang mati kecuali pregnant lady & dak kecik tu (mujur tak kena tembak je).



So itulah ulasan ai buat kali nih..siapa nak tengok leh p tengok sebab kawan ai tengok sampai nanges2 eventho dia LELAKI. Cerita ni tak menakutkan tapi TANGKAP HATI.

Sekian.





watermark

No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post