Subuh ai dikejutkan dgn bunyi sayup takbir raya.Tetibe rasa nak membuang...so p la membuat urusan. Mata dah segar. Dan-dan lepas tu perut ni rasa mcm sakit-sakit manja. Untuk makluman, ai dah 34 minggu. sekali sekala'mengeras' dalam 10 saat. Tak kerap. Lagipun baru 34weeks, mungkin braxton hicks aje.
Di atas antara bait penulisan ai tahun lalu.
Dalam kul 0830 ai terasa nak muntah pulak. P muntah. Mimi ngah syok main kat laman. Incik Pinky ngah pomen keta dia. Ai pulak dok melayan sakit perut manja kat ruang tamu. Lastly ai nak ilangkan fokus ai nak p mandi. Mcm biasa la proses nak mandi. Buang apa yg patut....tapi kali ni jadi lain. Bila ai bangun, ai dah tak leh berdiri tegak!!!
Ai pun melututla berpaut kat kolah....TUM!!!! hamek... AIR KETUBAN PECAH!Right away ai nampak kaki kecik pucat terjojol keluar sambil tergedik-gedik bergerak. Mengucap ai dalam hati. Pintu bilik air berkunci, dalam rumah tak ada siapa.
Tak sangka sesungguhnya tak menyangka akan menimang seorang cahaya mata PRA-Matang yang beratnya tak mencecah 1.5kg pun! Syukur Alhamdulillah selepas SETAHUN, Bidadari membesar dengan sihat dan lincah teramat sangat!
Kisah setahun lalu sekiranya masih ingin membaca boleh KLIK SINI.
Teringat lagi betapa sebak dan sesaknya dada time tu bila tengok wayar disambung merata (walaupun ada anak lain yang lagi kritikal keadaannya). Dan serius ai tak berapa nak kisah ai tak berapa nak berpantang sebabnya anak ai lebih penting. Tak terbayang rasanya kalau perkara yang sama berlaku tetapi bukan di negara sendiri.
Inilah Bidadari sekarang, manja terlebih, lincah, banyak cakap, suka meniru aksi dan seriously dia adalah seorang OBSERVER yang sangat aktif!
Bersalin dan berpantang sendiri bukan senang ye semua. Jadi kalau dah sampai 30weeks tu better beringatlah dan bersedialah apa-apa boleh berlaku. Yang paling penting JANGAN PANIK!
Banyakkan pembacaan tentang persedian bersalin, meyambut bayi dan paling penting teknik CPR untuk bayi (nanti ai akan kongsikan).
Walaupun kita rasa sepertinya tak perlu, tapi jujur ai cakap lambat laun ia akan membantu. Even kita takkan guna pun seumur hidup kita tapi...ILMU tu penting juga, manalah tau....tak kita, orang lain.
KLIK SINI untuk kisah ai. Ai tak menggalakkan bersalin di rumah atau apa-apa berkaitan dengannya. Ai cuma nak semua mommy to be bersedia dengan apa jua kemungkinan.....Trimas!
xoxo, Syahoney Kitty/Raden
Uih..i dh 11 thun x preggy ni..bila baca..terus ngilu perut....
ReplyDelete