Tuesday, July 14, 2015

:: Resepi Rendang Kerang ::


Bahan:
2kg kerang direbus dan buang kulit
5 batang serai*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit cili api*

2 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 helai daun limau purut
garam & gula

Cara:
kisar bahan2 bertanda (*)..
tumiskan hingga naik bau..
masukkan santan.. asam keping.. garam.. gula..dan kerisik..
kacau hingga kuah menjadi pekat..
masukkan kerang dan kacau lagi
masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit..
DOne!




watermark

Monday, July 13, 2015

:: Resepi Butter Prawn Simple Syahoney Kitty ::


Sejak-sejak hujung Ramadhan ni rajin pulak ke dapur...ada je nak masak.
So hari ni ai nak share ngan uolls resepi butter prawn. Simple je...simple sangat!


Bahan-Bahan :

Udang 500 gram
Butter 100 gram
Daun kari 2 pelepah
Susu cair
Bawang putih 5 ulas
Cili Padi (optional untuk org yang suka pedaas)
Serbuk kari 1 sudu besar
Kuning telur 5 biji (lebih pun tak pe)
Minyak masak


Cara :
1) Udang dah bersihkan buang kepala letak tepi
2) Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Bila minyak dah panas, masukkan butter. Cairkan sepenuhnya.
3) Kuning telur tadi sila masukkan ke dalam kuali, api sederhana. Caranya tuang ala-ala teh tarik...actually kalau lagi tinggi lagi cantik sarang telur nanti sambil kacau secara membulat ye. Tuang n stir gitu. Kacau je sampai kuning telur tu masak. Jangan hanguskan sudah la....lepas tu angkat! Ketepikan
4) Dengan minyak yang baru, tumiskan bawang putih sampai agak garing.
5) masukkan serbuk kari. tumis sampai naik bau.
6) Masukkan susu cair ikut sesedap rasa ada org masukkan sikit je sebab nak butter prawn kering. Ada yang masukkan banyak untuk berkuah.
7) Dah  menggelegak, masukkan daun kari dengan udang. Tunggu sampai masak.
8) Dah masak, angkatlah..dah taburkan sarang telur yang dah siap tadi. OK DONE!

Selamat mencuba dan memasak!



watermark

Wednesday, July 8, 2015

:: Kereta Hello Kitty - Projek Air Brush KureSya ::


Dah lama sangat rasanya merehatkan kureSya adalah dekat 6 bulan! Lama woooooooooooooo 6 bulan tu......tak buat kemunculan kat mana-mana AutoShow atau apa-apa perjumpaan.

KureSya tengah projek tu...heheheh tak sabar nak tunggu siap...!



 puas hati betul dengan kerja tangan Nuar....nanti leh buat review untuk dia! Hehehehhee~

watermark

Tuesday, July 7, 2015

:: Lama menyepi ::


Assalamualaikum & Salam Ramadhan
Rasanya lama sangat menyepi dari menulis dekat sini. Bukan apa ai ada alasan tersendiri. Banyak menyepi dari dunia sosial sekarang. BUSY gitu. Boleh? Hahahahaha....

So apa yang berlaku lately dalam kehidupan ai? Busy jaga anak....busy dengan kehidupan. Projek terbaru? Macam biasa la bila sampai je Ramadhan busy la dengan biz biskut raya.

Hari ni disebabkan tak de idea nak tulis apa...nak simpan je dulu...ai nak share resepi BUTTER PRAWN la....boleh ek!

Selamat memasak!

Bahan- bahan :
15 ekor udang galah
6 batang cili padi
4 ulas bawang putih
2 batang kecil daun kari
1 sudu kecil lada sulah(kasar)
1 sudu butter
3 biji telur (Kuning Sahaja)
sedikit garam
sedikit minyak masak
sedikit minyak bijan
sedikit susu cair




Cara-caranya :
1) Mula2 bersihkan udang. Peram udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Biarkan seketika.
2) Panaskan minyak dan butter.
3) Pecahkan telur & kacau kuning telur hingga sebati
4) Bila minyak dan butter sudah panas, masukkan telur kuning. pastikan guna api sederhana. Sambil masukkan kuning telur sambil kacau minyak tu supaya dapat serdak yang betul2 cantik. kacau laju2 tapi pastikan semuanya dalam kawalan.
(proses ini kena menggunakan kedua2 belah tangan).
5) Bila telur sudah masak ianya akan kelihatan seperti serdak. Pastikan ianya terapung untuk menunjukkan ianya sudah masak.
6) Angkat dan toskan. gunakan minyak tadi untuk menggoreng udang.
7) Goreng udang separuh masak sahaja. angkat dan toskan
8) Tumbuk cili padi dan bawang putih. masih menggunakan minyak tadi. tumis rempah tumbuk tadi bersama daun kari. masukkan setengah cawan susu cair dan masak sampai mendidih
9) Masukkan udang tadi. masa ni boleh serasikan rasa...kalau tak masin boleh tambah garam. Letakkan sedikit minyak bijan untuk menaikkan bau udang tersebut
10) Bubuh dalam pinggan dan Taburkan serdak telur di atas udang.
Note : Jika mahukan sedikit kemanisan dalam masakan, anda letakkan sedikit gula bagi menambah rasa.


watermark

Top Post